One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label how love work. Show all posts
Showing posts with label how love work. Show all posts

Hari ni saya malas pakai baju batik

Salam semua :)




Hari ni saya mood orange. Baju saya warna oren. Kamu? :)


Macam-macam tafsiran warna orange yang saya dapat waktu meng'google' tadi. Kebanyakkannya mentafsirkan ia sebagai warna yang ceria dan mengembalikan tenaga.

Sebenarnya hari ni saya takdelah ceria mana. Biasa2 aje. hehe. Kadang-kadang pagi ni saya rasa seperti terhuyung-hayang sikit. Sebab gempa bumi ke? huhu.

Malam tadi lepas Isya' mak jemput jiran-jiran datang makan-makan di rumah. Seronok bila dapat berkumpul sama-sama. Eratkan silaturrahim tujuan utama. Tapi boleh bayangkan, kami berdua balik dari kerja jam 630 petang, singgah kejap di Giant beli barang dapur, dan sampai di rumah jam 715 malam. Mak decide nak masak kuah kacang dan bihun goreng. Saya tak mau cerita macam mana kami berdua bersilat dalam tempoh 2-3 jam tu. Masak, kemas rumah, susun pinggan mangkuk. Tu belum masuk nak mandi, solat lagi. Bahan-bahan nak masak pun time tu jugak baru nak kupas, potong, blender. Ini plan last minit, ayah saya b'kerja di luar minggu ni, cuma malam tadi dia akan berada di rumah, sebab tu mak pulun juga nak jemput jiran-jiran. Alhamdulillah. Kami masak dengan penuh kasih sayang. haha. Silaturrahim adalah sesuatu yang manis bukan? :)

....................................

Ok. Di bawah ni entry selingan :)


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.



**Entry di atas saya ambil dari sinun :)

.................................


p/s: rasa-rasanya bila orang ni nak jemput saya ke 'rumah' barunya :(



Bila sang 'lipas terbang' masuk ke bilik saya

Bila sendiri
kala hati sunyi
rindu selalu mengusik
menggetar hati

Saat itu iman segera berbisik
agar jiwa segera meningkah
menolak rasa rindu
pada yang bukan halal

Bibir bergerak, dipimpin jiwa
untuk menyebut satu nama
Allah.. ya Allah.. ya Allah..

Bagai angin semilir
sedikit demi sedikit
kembali kekuatan
ketenangan itu hadir

Ya Tuhan..aku lemah
usah biarkan aku tewas
dalam tuntutan nafsu
yang tak pernah henti



** Huhuhu. Sape kate saya jiwang karat dalam komen nanti memang la koranggg. Tanak kawan! ohnoes

** Tapi saya akui itu... Blush

** Oh ye. Malam tadi lipas yang boleh terbang2 tu tersesat masuk lam bilik saya. Adoiii....seb baik takde sape kat situ. Saya bersilat cam Laksamana Sunan! ahahak

Tugas Pertama Cinta?

Salam...^_^

hikhik saya sedang gumbira. taraaa.....tengok nih saya beli apa smlm.. lalalala~



Senyum lebar tak hengat bila sempat mencilok cari novel2 tu kat Giant Permata malam tadi. Tapi saya lom baca lagi. Selak-selak je. Excited sangat. Tak bleh camtu. Nanti lari feel. Saya kena tunggu meter excited tup reda cket baru leh baca. Bagi cool~ hikhik.

Tadi saya jalan-jalan kat alam maya. Terjumpa satu kedai buku on-line. Pstu survey harga dia. Hmm sumer harga turun 10% termasuk novel kat atas nun. Sedikit frust gaks. Tapi saya rasa mesti ada bayaran tuk pos kan. alaaa mesti jadi lagi mahal kann. hehe.

Sementara menunggu meter turun, saya selak2 majalah SOLUSI yang saya beli hari tu. hmm saya nak wat sedikit ulasan tentang satu kolum dalam tu tentang cinta. hehe kolum jiwang? Saya bukan nak berjiwang-jiwang. Tapi ilmu ni beb.. Lambat laun cinta akan hadir gak dalam hidup kita. Waktu tu jangan baru nak nyesal bila cinta ada problem.

Pernah tak u'ols hadapi satu situasi dimana satu masalah timbul akibat masalah komunikasi. Tak kiralah dengan kawan ke. orang-orang atasan ke. ibu bapa ke. adik badik ke. of kos la saya penah. Kebanyakkan masalah timbul akibat dari tersalah skill komunikasi. Besar tau pengaruh dia. Silap hari bulan boleh perang besar dengan orang2 di sekeliling kita.

Jadi, apa kaitan komunikasi dengan aktiviti harian kita? Saya amik sedutan dari apa yang diulas oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam majalah tu.

Manusia perlu didengar cakap dan suara hatinya sepertimana dia perlukan makanan. Tanpa makanan, badan tidak akan sihat dan bertenaga. Maka begitulah juga manusia yang cakapnya tidak didengar, jiwa dan perasaannya akan sakit dan terdera. Kekasih yang baik ialah ialah seorang pendengar yang baik. Soalnya bila kali terakhir kita menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita?

Suami dan isteri yang baik akan menjadi pendengar yang baik kepada cerita, berita, luahan rasa pasangannya. Walaupun mungkin yang diperkatakan itu sudah berkali-kali dan kerap kali 'diulang-tayang'..

Beza antara 'Hearing' dan 'Listening'

Mendengar bukan sekadar dengan telinga. Besar bezanya antara hearing dan listening. Hearing ialah dengan telinga Listening ialah dengan mata dan jiwa.

Kita tidak hanya menajamkan telinga, tetapi kita memberi hubungan mata dan percantuman jiwa apabila mendengar kata-kata pasangan kita. Jangan cepat membalas. Jangan segera menyampuk. Tapi cukuplah dengan mendengar... dan terus mendengar.

Mata kita tumpukan ke matanya. Palingkan seluruh badan menghadapnya. Bukankah itu cara Rasullullah s.a.w apabila mendengar orang lain bercakap dengannya?

Ada satu lagi ayat beliau yang saya nak catat kat sini. Beliau mengatakan hanya orang yang sombong dan ego saja yang tidak suka mendengar dengan mata dan jiwa dari insan lain..


hm.. saya nak muhasabah diri jap ^_^

**psstt.....kacang botor dan kacang bende ai baru betunas...hi hi hi suka...~

lomantiko lomantiko


101 LOMANTIC IDEAS
by Michael Webb


IDEA # 1
If your partner is going away for a few days, tell her that you are worried about her so you have organized a bodyguard to look after her. Then give her a small teddy bear.

(baguih idea ni. walopun memang tak masuk dek akal camno patung kecik comey leh jaga kita.. tapi layankan jek.. ahahah)


IDEA # 2
Buy a packet of glow in the dark stars and stick the stars on the roof above your bed to spell out a message such as "I Love You" When the lights go down, your message will be revealed!

(den suko idea nih.. ihihi. tampal kat dinding belah atas kete pun cun gak kan. Untuk yang selalu tido dalam kete @oops)


IDEA # 3
On a special occasion, buy your partner eleven real red roses and one artificial red rose. Place the artificial rose in the center of the bouquet.
Attach a card that says:
“I will love you until the last rose fades.”

(uiks. kiut jgk idea nih.. hihi @bunga)


IDEA # 4
Buy the domain name of your partner's name if it is available for example www.TanyaJohnston.com. Create a web page containing a romantic poem and a picture of a rose. When your partner is surfing the web, casually ask whether she has ever checked to see whether her domain name is taken. Let her type it in to discover her page.

(seswai tuk pasangan yang celik it..best best...@senyumkenyit )


IDEA # 5

Get a piece of paper and some crayons. Draw a bright childlike picture with a smiley sun and two stick figures holding hands. Add labels with your two names pointing to the stick figures. Write "I Love You" inside a heart.

Next get a large formal envelope. Place your drawing inside and type up a formal address label of your partner's work such as:

For the immediate and urgent attention of:
Rebecca Jones
Level 20
Collins & Smith Solicitors
New York

Mail it to your partner so she receives it in the middle of a busy day.

(i lap u too la...kombang kempis idung ni hah kalo dapat mail gitu.. ahahaks @cinta)



** pisss... @adil hehe. Ini entry miang namo yo. Sapo kato nok romantik ni susoh weih... sonang eii.. takyah skin contact pong.. toksah mengado-ngado!

** being romantic is one of the basic need in a relationship wokeh! So jangan kedekut ye abang2, akak2..ahahaks @sengihnampakgigi

** banyak lagi idea si Michael Webb ni bagi. Ada 101 idea. Kalau mahu google sendirik la yep @cium


Bila Cinta Berbisik


" Apabila cinta telah berbisik, lautan api bukan lagi halangan, gunung tinggi tiada lagi tandingan. Hanya sekali cinta berbisik, maka runtuhlah ego lelaki, punahlah keangkuhan perempuan. Tahukah engkau apa yang dibisikkan oleh cinta? Ia membisikkan keberanian untuk kau berlari ke kaki langit, menggapai bintang yang berkedipan, lalu menunjukkanmu jalan kehidupan sehingga kau bisa menempuh segala rintangan hidup ini, tiba di perhentian waktu yang kau impikan dan menemui dia. Kau memimpin tangannya ke satu jalan, jalan yang akan membawa kau dan dirinya ke alam penuh fantasi, tiada duka dan kecewa, hanya berdua sehingga ke akhirnya. Namun untuk mengecapi semua itu, bukan alang-alang pengorbanan yang perlu kau tunaikan. Bukan sedikit air mata yang akan tumpah, bukan sekeping dua hati yang akan terluka, bukan sesaat dua masa yang perlu kau atasi, bukan sehari dua untuk kau menanti cinta itu berbisik, malah sepanjang hayatmu ia tidak akan mencukupi untuk kau kenal erti cinta, kerana itu cinta enggan berbisik..."


~ Bintang Jatuh, Ruhani Mat Darin



"LOVE IS,
FORGIVING EVENTHOUGH IT'S HARD 2 FORGET
HOLDING HANDS AND NEVER WANT TO LET GO
HOPING THAT 2MOROW WILL BE AS WONDERFUL AS TODAY
SHARING SECRETS AND WHISPERS AND STAR SPANGLED NIGHTS
AND MOST IMPORTANTLY, LOVE IS,
KNOWING THAT U'LL NEVER BE LONELY AGAIN...."

~ Anon



hapdet: Semalam saya keracunan makanan! huhuh. Tu la. Saya cakap sakit perut, sumer orang suh g toilet jek. Nyampah. Bila bibir i dah pucat lesi baru sumer nak caye. huh nyampah. Seb baik klinik tu bukak lagi tau! hurrr...

Belacan lam peti ais tu dah expired ke hapeee??! 

8 Petanda Dia Adalah Soulmate (Jodoh) Kamu...

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, d alam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada u ntuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya? Saya belum.



Apa Yang Lelaki Cari Pada Wanita?



  • Lelaki mahukan wanita yang bijak dan bekerja tetapi yang lebih penting ialah wanita yang dapat mendorong dan mengurangkan kemungkinan membabitkan lelaki itu ke kancah tekanan yang dihadapi oleh kaum wanita. 
  • Lelaki lebih suka memilih pasangan yang jauh lebih muda dari umur mereka dan jika boleh wanita itu tidak pernah mempunyai teman lelaki dan bergaul dengan lelaki.
  • Lelaki suka memilih wanita yang senantiasa nampak kemas, bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki itu penting dalam kehidupan di dunia ini.  
  • Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya, lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada mereka.

p/s: sumber dari member..

Tackle Perempuan - Dr.Fadzilah kamsah



1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih saying yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan

2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan

4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering inginmelakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. itu kerana mereka SAYANGkan kamu!


Ke arah mewujudkan Keluarga Bahagia! kehkeh

Anda Mungkin Gila...

Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau.

Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak engkau hubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga.

Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah, gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu.

Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya? Dia mungkin di tengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak menyahut fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu. Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan diri.

Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati. Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa.

Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan perasaan orang. Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan.

Cinta, kasih dan sayang itu jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman.


untuk awak...


Jika awak memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail.. hendaklah awak mengambil terus ikan itu.. janganlah sesekali awak lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail awak dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah awak memberi banyak pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangi awak.. hendaklah awak menjaga hatinya.. jangan sesekali awak terus meninggalkannya begitu sahaja... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama awak dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati awak..

Jika awak menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluan mu.. apabila sekali retak.. tentu sukar untuk awak menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang... sedangkan jika awak cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika awak memiliki seseorang terimalah seadanya.. janganlah awak terlalu mengaguminya dan janganlah awak menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi awak menerimanya.. akhirnya awak kecewa meninggalkannya.. sedangkan jika awak memaafkannya boleh jadi hubungan awak akan berterusan sehingga ke akhirnya..

Jika awak telah memiliki sepinggan nasi..yang awak pasti baik untuk diri awak.. mengeyangkan berkhasiat.. mengapa awak berlengah,cuba mencari makanan yang lain.. terlalu ingin mengejar kelazatan kelak,nasi itu akan basi dan awak tidak boleh memakannya awak akan menyesal..

Begitu juga jika awak telah bertemu seorang insan.. yang awak pasti membawa kebaikkan kepada diri awak menyayangi awak..mengasihi awak.. mengapa awak berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain..(kesempurnaan) Kelak,awak akan kehilangan apabila dia menjadi milik orang lain.. awak juga yang akan menyesal..............