One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

T u l u n !

Semalam cukup umur saya 22 tahun. Umur yang saya rasa sudah mula matang untuk berfikir. (lambatnye ain matang!huhuh) Ada sesuatu yang terbuku dalam hati. Yang susah untuk saya kongsi. Tapi saya tau, saya perlu berkongsi supaya ia selesai, terurai.



Sebenarnya ini mengenai hati. Saya agak lemah bila berhadapan dengan masalah serupa ini. Saya tak mahu runsing, sebab kepala saya boleh botak jika tertekan. Rerambut yang ada sekarang pun mungkin boleh dikira. (dahsyat!huhu) Saya tak mahu cerita pasal rambut. Maaf. Saya mula melalut.



Adik saya pernah kata yang saya pandai bercakap untuk meluahkan sesuatu tapi saya tak pandai meluahkan melalui penulisan. Itu betul, sebab bila saya mula menghadap monitor, ayat-ayat yang dah tersusun terbang hilang. Seperti sekarang. Padahal baru tadi saya berkobar-kobar nak meluahkan. (Argh..camno nak tulis camni)



Sebab itu saya lebih suka berchatting di ym. Lebih mudah meluahkan jika ada interaksi secara terus. Tapi, itu pun susah juga, sebab saya perlu taip untuk meluahkan sesuatu. huh. Kesimpulannya, saya tak boleh (belum pandai) meluahkan dengan penulisan. Bukan kelebihan saya untuk bermain dengan ayat seperti rakan-rakan blog lain.



Tapi saya mahu kongsi..saya teringin untuk berkongsi. isk!





4 footstep(s):

- G O R O - said...

Selamat hari ulang lahir.

Semoga segalanya dipermudahkan.
Dirahmati dgn rezeki yang murah dan kesihatan yang baik.

Salam

nur'ain said...

Syukran!

Arigato!

Salam kembali..^_~

J u l i a 。.゜✿ said...

hello there. =D

nur'ain said...

hello there too! ^_^