One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label feeling feeling gitu. Show all posts
Showing posts with label feeling feeling gitu. Show all posts

tangan menaip. mata berat. kepala berdenyut.

Buah jambu tiga serangkai
Jatuh sebutir ke tanah jawa
Apa ilmu cik adik pakai
Makin dipandang makin ketawa


Kelat pisang kelat
Muka bujur tahi lalat
Batu pisang batu
Sumpah adik hanya yang satu


Alah emak kawenkan aku..

** Ini sajak ke pantun ke, saya pun tak tau. Rasa lucu, jadi saya tempekkan di sini ^_^

** Adehhh dah pukul bape nih. Saya takle nak masuk tido lagi. Mem & Boss belum balik dari opis.. Mesti derang banyak keje lagi.. Pasti derang letih.. hmmm saya tengah tengok takraw kat tibi sensorang nih.

** Kadang-kadang saya takut nak jalinkan apa-apa hubungan, risau disalah ertikan. Saya memang selalu disilap tafsir..

** Selamat bercuti dunia....! hikhik walaupon orientasi masih berbaki, tapi saya sudah consider CUTIIII....~

Bila sang 'lipas terbang' masuk ke bilik saya

Bila sendiri
kala hati sunyi
rindu selalu mengusik
menggetar hati

Saat itu iman segera berbisik
agar jiwa segera meningkah
menolak rasa rindu
pada yang bukan halal

Bibir bergerak, dipimpin jiwa
untuk menyebut satu nama
Allah.. ya Allah.. ya Allah..

Bagai angin semilir
sedikit demi sedikit
kembali kekuatan
ketenangan itu hadir

Ya Tuhan..aku lemah
usah biarkan aku tewas
dalam tuntutan nafsu
yang tak pernah henti



** Huhuhu. Sape kate saya jiwang karat dalam komen nanti memang la koranggg. Tanak kawan! ohnoes

** Tapi saya akui itu... Blush

** Oh ye. Malam tadi lipas yang boleh terbang2 tu tersesat masuk lam bilik saya. Adoiii....seb baik takde sape kat situ. Saya bersilat cam Laksamana Sunan! ahahak

lomantiko lomantiko


101 LOMANTIC IDEAS
by Michael Webb


IDEA # 1
If your partner is going away for a few days, tell her that you are worried about her so you have organized a bodyguard to look after her. Then give her a small teddy bear.

(baguih idea ni. walopun memang tak masuk dek akal camno patung kecik comey leh jaga kita.. tapi layankan jek.. ahahah)


IDEA # 2
Buy a packet of glow in the dark stars and stick the stars on the roof above your bed to spell out a message such as "I Love You" When the lights go down, your message will be revealed!

(den suko idea nih.. ihihi. tampal kat dinding belah atas kete pun cun gak kan. Untuk yang selalu tido dalam kete @oops)


IDEA # 3
On a special occasion, buy your partner eleven real red roses and one artificial red rose. Place the artificial rose in the center of the bouquet.
Attach a card that says:
“I will love you until the last rose fades.”

(uiks. kiut jgk idea nih.. hihi @bunga)


IDEA # 4
Buy the domain name of your partner's name if it is available for example www.TanyaJohnston.com. Create a web page containing a romantic poem and a picture of a rose. When your partner is surfing the web, casually ask whether she has ever checked to see whether her domain name is taken. Let her type it in to discover her page.

(seswai tuk pasangan yang celik it..best best...@senyumkenyit )


IDEA # 5

Get a piece of paper and some crayons. Draw a bright childlike picture with a smiley sun and two stick figures holding hands. Add labels with your two names pointing to the stick figures. Write "I Love You" inside a heart.

Next get a large formal envelope. Place your drawing inside and type up a formal address label of your partner's work such as:

For the immediate and urgent attention of:
Rebecca Jones
Level 20
Collins & Smith Solicitors
New York

Mail it to your partner so she receives it in the middle of a busy day.

(i lap u too la...kombang kempis idung ni hah kalo dapat mail gitu.. ahahaks @cinta)



** pisss... @adil hehe. Ini entry miang namo yo. Sapo kato nok romantik ni susoh weih... sonang eii.. takyah skin contact pong.. toksah mengado-ngado!

** being romantic is one of the basic need in a relationship wokeh! So jangan kedekut ye abang2, akak2..ahahaks @sengihnampakgigi

** banyak lagi idea si Michael Webb ni bagi. Ada 101 idea. Kalau mahu google sendirik la yep @cium


Dia datang lagi..






Ahlan wasahlan Ramadhan Kareem..^_^
Mari banyakkan amal-amal sunat di samping yang wajib..
Ayuh kita rebut pahala-pahala yang disediakan oleh Tuhan untuk kita semua.
Kita hangatkan malam-malam Ramadhan.
Banyakkan bersedekah juga okeh Grin

..........

Di hening subuh.. aku duduk.. memerhati alam
masih sunyi... bening.. damai..
dedaunan segar
aku mendongak ke langit.. indah
burung masih belum mahu berkicau

aku duduk diam.. memeluk diri
tatkala bayu subuh lembut menyapu tubuh
tika itu, ku lihat sang Suria baru menjengah diri
atas arahan penciptanya
itu sunnatullah
tiba lagi satu hari baru

sungguh suci subuh ini.. indah belum ternoda
mampukah diri ini sesuci dan seindahnya
ahh...diri ini sering ternoda
dengan palitan dosa

ya Tuhan..sungguh diri ini terasa kerdil dan hina
Kau tidak jemu-jemu memberiku peluang
memberiku satu hari baru
untuk ku menyuci diri
Kau tidak jemu memberiku rasa ketenangan

aku akui rahmatMu
aku berterima kasih padaMu
kerana masih menyelitkan rasa syukur dalam hati ini

sesungguhnya aku juga tidak rela
membiar diri ini disalut dosa
aku hambaMu yang lemah wahai Tuhan
yang hanya mampu berusaha dan bertawakal

Namunku yakin Kau maha Pengasih
serta maha Pengampun

satu ku pinta ya Allah
berikan pada ku sedikit kekuatan

.........



Prayers

Doa Nabi Muhammad s.a.w..

" Ya Allah, jadikan kami mencintai keimanan, dan jadikanlah iman itu indah di dalam hati kami. Dan bencikanlah kami kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Dan jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang yang benar.."

Alamat atau tanda kita cintakan Allah s.w.t:

1. Banyak mengingati dan menyebut nama-Nya
2. Rasa rindu untuk bertemu dengan-Nya
3. Merasakan asyiknya berbicara berduaan dengan-Nya
4. Rasa cemburu apabila 'kekasih' diganggu atau direndahkan orang lain

"Orang mukmin itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH, bergetarlah hatinya.. dan apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH, bertambahlah keimanan mereka. Dan hanya kepada Rabb-nya mereka bertawakal.."

:puteh_21:

Damba Cinta-Mu

Tuhanku.. Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku.. Maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat, petang ku alpa..begitulah silih berganti

.....

Nenek saya yang cantik...

Bila insan yang kita sayangi pergi menemui Tuhan
pelbagai yang dirasai oleh kita yang ditinggalkan
pilu, sayu, terkejut, dan juga terkilan.

Kita akan mengatakan
rohnya pergi temui Tuhan
tiada lagi kesakitan
tiada lagi tanggungjawab dunia yang beban
tiada lagi rasa sunyi kerana diabaikan.

Bila insan itu telah tiada
cuma yang dapat diharapkan kita
moga rohnya aman tenteram dan bahagia.

Doakan kesejahteraan untuknya
selesaikan hutang piutangnya
mohon maaf bagi pihaknya
dan kirimkan bacaan Al-Fatihah padanya.

......


Arwah nenek saya, Hajjah Ainon bt Dali, pergi tinggalkan kami pada 5 Ogos lalu, hari Selasa jam 4.42 petang di katil Hospital Besar Kuala Lumpur. Saat waktu azan asar berkumandang. Sehari sebelum itu arwah koma. Dengan hanya beralaskan air putih setelah seharian berpuasa sunat Isnin, beliau terjatuh sewaktu dalam perjalanan pulang dari masjid selepas solat isya'. Beliau pergi dengan mudah dan tidak menyusahkan sesiapa.

Saya bersyukur semua anak-anaknya sempat melawat sewaktu arwah masih koma. Beliau pergi secara mengejut, dan ramai ahli keluarga saya berasa terkilan kerana tak meluangkan banyak masa untuknya. Ini termasuklah saya. Pengajaran yang bermakna buat kami agar sentiasa menghargai insan lain sewaktu hayat masih dikandung badan.

Untuk memujuk hati, saya katakan pada adik saya yang masih kecil, arwah di sana akan datang menjenguk cucunya pada bila-bila masa dan untuk itu kita mesti selalu sedekahkan pahala untuknya. Moga roh arwah tenang di sana. Moga arwah tahu kami menyayanginya dan memaafkan segala dosa kami. Sesungguhnya memang hanya itu yang kami harapkan...

Al-Fatihah. Moga secebis pahala itu dapat memberi manfaat yang bermakna kepada beliau di sana..

:puteh_11:

3.minggu


Beri saya 3 minggu, ia mampu untuk: 

hapuskan segala rasa rindu

tawar mawarkan segala perasaan


Cerita I
err..lebih 3 minggu saya tak beri sebarang kabar berita dalam blog nih. Bukan sengaja oke.. Saya terpaksa bertapa. Dalam sebuah gua..gua yang takde coverage. u ols faham kan. Kalau tak paham, buat2 paham je yep. hehe.oh ye. Ada sesiapa mahu teka? Apapun, saya syukur..walaupun rasa bagai ada yang tak kena pada saya waktu lawat blog kengkawan tadi. err..saya rasa macam alien masuk kampung. huhu. siyes!  


Cerita II
Bila masalah datang, saya tak gemar bercerita pada yang lain..bukan saya tak pernah cuba, saya juga teringin untuk kongsi perasaan. Tapi terasa kekok lah.. Mungkin ego? atau mungkin saya act strong? entah la. Bila masalah datang, saya cuma harapkan seorang teman berbual. Seseorang yang sudi luang masa untuk sembang kosong dengan saya. Itu cukup dan selebihnya saya redha.


Cerita III
Bila dah umo 20-an nih, emak saya selalu merungut, koleksi tudungnya makin susut. eheheh. Apa nak buat bila anak perempuan ada 5 orang..sabo je la mak yep. Hari tu saya dengar abang dan ayah saya bersembang. Ayah merungut tali lehernya berkurangan. eheheheh. Abg akim kebas la tuh. Macam tu le bila anak2 mula dewasa.



Cerita IV
Minggu ni saya rasa ada konflik dalam diri.. err tapi bukan konflik jiwa. Oh ye. Tarikh intebiu Guru Sandaran Terlatih saya adalah pada 7 Ogos ini, bersamaan hari Khamis, di Putrajaya. Tarikh konvokesyen pula, 19 Ogos, bersamaan hari Selasa, di UTM Skudai. oh yee..Ujian Praktikal dengan JPJ bila?? Saya tak tahu lagi. Tunggu mood elok sikit lerr.. ^_^

p/s: ayoyo....password pon saya suda lupa lo.. banyak makan semut ke saya neh..

Bila Cinta Berbisik


" Apabila cinta telah berbisik, lautan api bukan lagi halangan, gunung tinggi tiada lagi tandingan. Hanya sekali cinta berbisik, maka runtuhlah ego lelaki, punahlah keangkuhan perempuan. Tahukah engkau apa yang dibisikkan oleh cinta? Ia membisikkan keberanian untuk kau berlari ke kaki langit, menggapai bintang yang berkedipan, lalu menunjukkanmu jalan kehidupan sehingga kau bisa menempuh segala rintangan hidup ini, tiba di perhentian waktu yang kau impikan dan menemui dia. Kau memimpin tangannya ke satu jalan, jalan yang akan membawa kau dan dirinya ke alam penuh fantasi, tiada duka dan kecewa, hanya berdua sehingga ke akhirnya. Namun untuk mengecapi semua itu, bukan alang-alang pengorbanan yang perlu kau tunaikan. Bukan sedikit air mata yang akan tumpah, bukan sekeping dua hati yang akan terluka, bukan sesaat dua masa yang perlu kau atasi, bukan sehari dua untuk kau menanti cinta itu berbisik, malah sepanjang hayatmu ia tidak akan mencukupi untuk kau kenal erti cinta, kerana itu cinta enggan berbisik..."


~ Bintang Jatuh, Ruhani Mat Darin



"LOVE IS,
FORGIVING EVENTHOUGH IT'S HARD 2 FORGET
HOLDING HANDS AND NEVER WANT TO LET GO
HOPING THAT 2MOROW WILL BE AS WONDERFUL AS TODAY
SHARING SECRETS AND WHISPERS AND STAR SPANGLED NIGHTS
AND MOST IMPORTANTLY, LOVE IS,
KNOWING THAT U'LL NEVER BE LONELY AGAIN...."

~ Anon



hapdet: Semalam saya keracunan makanan! huhuh. Tu la. Saya cakap sakit perut, sumer orang suh g toilet jek. Nyampah. Bila bibir i dah pucat lesi baru sumer nak caye. huh nyampah. Seb baik klinik tu bukak lagi tau! hurrr...

Belacan lam peti ais tu dah expired ke hapeee??! 

Fighting the Loneliness!



Lagu 'Melawan Kesepian' oleh Siti Nurhaliza mungkin saya boleh ambil sebagai lagu tema hidup saya untuk kali ni. ececeh ayat. hehe. Aduhh...seksa juga ni. Saya bukan mahu cinta itu kembali pada saya, cuma kadang-kadang rasa kesepian seolah-olah mahu mengheret dan menghambat saya kembali ke situ. Hati saya kuat mengatakan cinta yang baru saya tinggalkan itu, bukanlah yang terbaik untuk saya.. Oleh itu saya bertekad tak mahu kembali ke sana.

Cinta yang sebenar masih terhijab dari pandangan mata hati saya.. Allah belum mahu membukanya untuk saya. Cuma ia sedang memberi ruang dan masa untuk saya mempersiap diri.

Dan Alhamdullillah, perasaan tersebut menguatkan hati saya untuk melawan rasa kesepian itu. Alhamdullillah saya masih mampu tersenyum semanis-manisnya. Hehe.



...





Banyak yang berlaku pada saya kebelakangan ini. Banyak keputusan menyakitkan yang saya dah buat.. Walaupun menyakitkan, saya perlu lakukan itu. Untuk kesejahteraan saya dan orang yang saya sayang. Untuk masa depan yang lebih baik. InsyaALLAH.




Namun, datang juga rasa kesal dalam hati.. Kadang-kadang datang juga rasa simpati..


Tapi kali ini saya mahu bulatkan hati. Saya mesti..


Saya cuma perlukan kekuatan dari Yang Maha Penyayang...

C i n t a M o n y e t





Saya nak cerita pasal kisah ini.. Teringin nak cerita. Sebab saya rasa kenangan tu walaupun cuma sekejap, tapi terasa indah dan suci. eceh. .^_^



Tapi kan...apasal ramai sangat kat cc ni ha..?? takde mood pulak nak mengarang. Lain kali lah. hehe





8 Petanda Dia Adalah Soulmate (Jodoh) Kamu...

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, d alam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada u ntuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya? Saya belum.



Apa Yang Lelaki Cari Pada Wanita?



  • Lelaki mahukan wanita yang bijak dan bekerja tetapi yang lebih penting ialah wanita yang dapat mendorong dan mengurangkan kemungkinan membabitkan lelaki itu ke kancah tekanan yang dihadapi oleh kaum wanita. 
  • Lelaki lebih suka memilih pasangan yang jauh lebih muda dari umur mereka dan jika boleh wanita itu tidak pernah mempunyai teman lelaki dan bergaul dengan lelaki.
  • Lelaki suka memilih wanita yang senantiasa nampak kemas, bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki itu penting dalam kehidupan di dunia ini.  
  • Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya, lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada mereka.

p/s: sumber dari member..

Tackle Perempuan - Dr.Fadzilah kamsah



1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih saying yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan

2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan

4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering inginmelakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. itu kerana mereka SAYANGkan kamu!


Ke arah mewujudkan Keluarga Bahagia! kehkeh

LuvWords


Org Dulu2 pRnH KAte, 
bULu mata
akAn jatUh Bile
aDe soMe1 inGat kiTe.. 
staRt dgR ciTeR tu,
sy TruS sTop inGat Kat aWk.. 
sBB sy takUt aWk xDe buLu matA…

he3

aku pilih untuk setia~



Ahhh

itu lagu memori
teringat cerita lama

hm..mengapa

masih dalam debaran yang serupa

dalam hati ada amanah insan lain
perlu aku pelihara

aku mahu setia
beri aku kekuatan