Tubuh manusia ada kalanya dijangkiti penyakit. Yang dikatakan seseorang itu sakit adalah apabila keadaan tubuh berasa tidak normal, iaitu berasa tidak selesa.
[ Ah! rupanya kini saya sedang sakit. oooohhh.... ]
Penyakit hati juga penyakit manusia.. Sebenarnya ia penyakit yang paling teruk melanda umat manusia berbanding dengan AIDS, Breast Cancer dan sebagainya. Contoh penyakit hati adalah penyakit
kejahilan, penyakit
syubhat, penyakit
syahwat, dan sebagainya. Jenis-jenis penyakit ini bersifat rohani dan ia akan diterjemahkan melalui perlakuan kita tanpa kita sedari. Sangat merbahaya. Penyakit-penyakit itu tidak mampu disembuhkan dengan ubatan tabii doktor. Jadi, bagaimana nak menghapuskan penyakit hati tu?
Ubat dan Penawar Penyakit Hati
Gelisah dan Sedih
Perasaan gelisah, sedih dan kecil hati tidak dinafikan ianya menyakitkan hati. Ubatnya adalah berusaha menenangkan fikiran dengan mendekatkan diri kepada ALLAH, banyakkan berzikir, sehingga akan lahir ketenangan, perasaan gembira, suka ria dan besar hati menerima kekurangan diri dan insan lain.
Sebaliknya, jika kita menggunakan cara yang salah dan batil, bukan sahaja tidak dapat sembuh, bahkan semakin banyak penyakit yang berjangkit kerananya.
[ Saya memang tak mampu lari dari penyakit ni. Aduh..jika dilayan memang betul-betul menjadi. Harus dilawan! ]
Ragu-ragu
Orang yang kerap berasa bimbang dan ragu-ragu terhadap sesuatu di dalam hatinya, akan sentiasa sakit sehinggalah kebimbangan tersebut hilang. ketika seseorang dilanda kebimbangan; ibarat keadaan suhu orang yang sedang naik menjadi panas, sehingga ia memerlukan pendingin yang boleh menyejukkannnya iaitu embun hidayah keyakinan yang benar. Itulah dia tauhid dan hidayah yang boleh melapangkan dada dan menunjukkan jalan kebenaran.
[ Ni pon penyakit saya gak. adeh banyak betul penyakit dia ]
Cinta dan Rindu
Cara ubatinya? Nikah ^_^
Kalau belum mampu nikah, cara mengubatinya sama seperti penyakit gelisah dan sedih di atas.
[ Yang ini pulak saya no komen. Mungkin saya sedang tawar hati kot. Biasanya menggatal je budak ain nih ]
Kejahilan
Kejahilan dan kebodohan harus diubati dengan mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat. Sesetengah orang mempelajari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat dan beranggapan ia mampu mengubati kejahilan.. Penyakit jahil bukan boleh diubati dengan sebarangan ilmu, silap langkah sumbang jadinya. Ia hanya akan menambah rasa sakit yang tersembunyi dalam hati itu sendiri.
Oh ya. Ada dengar isu senaman yoga? Saya cuma sempat ikut sipi-sipi jek. Dengar radio dalam kereta. Dan baca akhbar sekali-sekala. Saya sendiri bukan pengamal yoga, dan tak tahu menahu pasal mantera yang digunakan di dalamnya. Saya kira amalan seperti solat, zikir, baca Al-Quran, sudah cukup untuk umat Islam mendapat keharmonian jiwa.. wallahua'lam.
Jadi, yang boleh menyembuh penyakit jahil itu hanya ilmu yang bermanfaat sahaja. Seperti ilmu yang menyentuh persoalan iman, keyakinan dan takwa kepada Allah, pembalasan buruk baik dan yang berkaitan dengan balasan syurga dan neraka di akhirat kelak.
[ Saya mesti pupuk diri untuk memperbaiki cara saya menghilangkan penyakit dalam hati saya nih.. Bila salah cara yang saya pilih, hati saya biasanya jadi lebih parah. Saya mahu jadi wanita yang memiliki hati yang baik dan perasaan yang positif iaitu perasaan yang gembira, bersemangat, ghairah, seronok, ceria, yakin, baik sangka dan optimis terhadap semua perkara. ]
Sumber >> SOLUSI (Telaga Biru) dan tambahan dari kepala otak cik'ain