One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label mylife now. Show all posts
Showing posts with label mylife now. Show all posts

Cuti Tamat



Cikgu cikgi semua, saya mengucapkan
" Selamat menyambung kembali perjuangan kita dengan SEMANGAT baru.." :)













hep! jangan malas-malas.


Kamu sweet..^_~





I can't stand alone by myself



Kawan..terima kasih.
Maafkan kelemahan saya yang maha banyak.
Kamu sweet ~ & tetap dalam hati.


Thanks for being there :)




.................


Esok. 16.12.2009, tamat SPM.
yoshhh....! tak sabar tunggu esok hari :D

Sekarang ni saya malas nak menulis panjang-panjang.
Sindrom penyakit lama dah mari.

Umur meningkat. Saya rasa ada perubahan dalam corak pemikiran saya. hehe.
Betul lah apa orang kata; Untuk jadi matang, kita perlukan masa.
Betul ni. Tadi baru saya perasan. Nanti ah cerita pasal ni.
Ada yang nak share tak. Malu la nak citer sorang2. hahaha



Bila sindrom datang bulan menyerang..

Hari ni turn saya jaga exam kat spital. Saya masih belum familiar dengan jalan. Asyik sesat sana sini.. Padahal jalan bukan susah sangat. Jalan sesak.. Sempat lagi saya langgar van petang tadi. Nasib $50 aje yang dia mintak. Saya dah tak ada mood..

.........................

Ok kawan2. Di bawah ni antara sindrom datang bulan.

Jerawat
Badan lebih berisi
Ada rasa sayu tak pasal2 + sedikit murung
Sakit perut bahagian rahim + badan belakang sengal2 + rasa bengkak kat 'sana sini'
Lebih miang dari biasa (Lecturer Biologi saya cakap. Kalau nak penerangan lanjut, ym saya)

............................


Cafe World vs Diner Dash

 
Sebelum maghrib tadi, saya dan awin keluar untuk beli lauk siap. Bukan malas nak masak tau. Tapi gas dapur dah habis. Gas spare ada tapi saya tak reti nak pasang. Meletup rumah nanti siapa pula nak jawab. Gerai tu tak jauh. Sebelah Jusco AU2A je. Ada banyak kedai. Saya pilih sebuah. Jurujualnya dua orang lelaki. Hensem juga. Wajah jernih. Adik beradik kot. Tak pun ipar duai. hehe. Tapi itu bukan sebab saya singgah kedai tu ye. Saya pilih kedai tu sebab bersih. Ok. Nampak bersih.

Sementara memilih lauk, saya lihatkan juga pelanggan-pelanggan lain yang beli lauk di kedai tu. Semuanya lelaki. Ada muda dan tua. Ok takpe lah. Saya pun beli, bayar, dan pergi. Dalam perjalanan balik ke rumah, saya terfikir, tentang pelanggan2 itu, mungkin isteri atau ibu mereka tak sempat masak di rumah. Wanita zaman sekarang sibuk di tempat kerja. Sampai rumah, biasanya dah letih. Dan kalau semangat tak kuat, tak memasak la jawabnya. Sudahnya anak beranak makan apa yang ada kat dapur. Ataupun mungkin beli kat luar.

Sebenarnya macam ini jugalah paten keluarga saya. Cuma mungkin keluarga kami ada ramai anak perempuan, jadi sentiasa berasaplah dapur tu. Gilir-gilir masak. Siapa yang ada kat umah, pandai-pandailah siapkan makan malam. Kalau tidak, memang kena smash lah dengan insan-insan kelaparan dan kepenatan dari tempat kerja. hahaha.

Ini bukan membuka pekung di dada. Tapi saya rasa, keadaan ni juga dialami oleh keluarga yang mempunyai isteri atau emak yang bekerja. Di sisi lain otak saya, saya terfikir, buka gerai makan ni untung juga. Lagi-lagi kat kawasan bandar macam ni. Ni yang nak berangan buka kedai makan.


 
aisehhh.. terpengaruh dengan Cafe World rupanya.




eh. dah lama tak main Diner Dash. hehe.


Kisah "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan."




Ikan di FishVille diberi makan, ikan di rumah saya berbunuhan kelaparan.



 Pokok di FarmVille gemuk dibaja, pokok di rumah saya air hujan pun ok.



Dapur di Café World macam-macam ada, dapur di rumah saya berasap pun tidak.
(Berasap la sikit-sikit. Nanti orang cakap saya tak masak pulak. hehe)





Ironinya!
Saya hidup dalam dunia nyata atau dunia maya?


Tutup kedai.





Korang dah cuci bekas kuih raya belom?:D
Budak ain nih. Orang lain beraya seminggu dua, kau raya sampai sebulan. eheheh.

Sekarang jam 11 pagi saya masih kat rumah. Semua kerja dah siap. Yang belum setel adalah kerja kat sekolah. Malasnya nak g awal-awal.. Tolong nasihat saya sikit.

Macam-macam saya nak cerita. Tapi tunggu masa yang sesuai dulu. Kalau saya cerita awal-awal, nanti orang kata, ''Elee. Kecoh je minah ni. Bukannya Sultan yang risik kau pun.''



Monolog dengan HATI




Wahai HATI..
Dengarlah bicaraku..

Mahukah kau menjadi sekeping hati yang ditarbiah
Mahukah kau jadi penyebab kepada halusnya peribadi
Mahukah kau kepada kebahagiaan, ketenangan, dan kemenangan
Mahukah kau kepada cinta sejati idamanmu
Mahukah kau menjadi seperti HATI Khadijah?..

Duhai HATI
Dengarlah bisikan AKAL
Ia telah banyak menyimpan bukti kekuasaan Ilahi
Rendahkan dirimu agar kau menjadi mulia
Jauhkanlah EGO darimu
Kerana kau hanya akan bersinar bila tanpanya...

Wahai HATI..
Halusilah cita-citaku
Sungguh aku tak mahu selamanya terumbang ambing di sini
Aku hanya perlu pada sekeping HATI yang bisa buatku teguh
Aku kasih padamu HATI..
Sangat indah penciptaanmu..

Ya Tuhanku..
Kasihanilah HATIku
Aku mengerti dirinya
Sesungguhnya ia mencintai kebaikan
Bimbinglah ia
Ku pohon dariMu yang MULIA..
Ku rela sujud padaMu yang AGUNG..

Hehehehe



SOLUSI isu no.10. Sold out di kedai buku dan stesen petronas berdekatan perumahan saya. Alhamdulillah saya terjumpa di satu kedai, yang saya tak sangka akan jual majalah ni. Hehe. Berbunga-bunga hati saya tau :D

Ini Ramadhan hari ke 4. Harapan saya semoga kita masih dalam mood malam pertama Ramadhan. Saya tertanya-tanya kalau rasa ghairah ini akan bertahan ke malam yang terakhir.. Harapan saya lagi supaya rasa itu menjadi semakin hangat dari hari ke hari, insyaALLAH :D

Terima kasih buat hamba-hamba Allah yang mengingatkan saya supaya tak jemu mengejar rahmat Allah di malam-malam Ramadhan..jasamu ku kenang :)


.....................................................


Ehhh.....hidung saya dah terbau-bau harum biskut raya yang fresh dari oven.. Tapak tangan kiri saya dah terasa gatal-gatal..hehe. Ini tandanya saya dah tak sabar hulur duit raya dari poket sendiri. Hihih. Giliran saya untuk memberi dah sampai rupanya..:D

Pertapaan.




"Jom ikut saya.. :D"

Saya akan ke suatu tempat. Jauh. Moga jumpa lagi ya. Untuk kawan-kawan, saya susun sepuluh jari, mohon maaf dari semua, kalau saya belum jadi kawan yang baik. Saya pergi tak lama pun sebenarnya. Kihkih kecoh je lebey kan :D



"Perbuatan yang konsisten selama 40 hari, akan menjadi suatu kebiasaan.."

Ada satu perangai yang saya nak ubah sempena Ramadhan ni.. Banyak sebenarnye. hihi. Takpe lah. Satu per satu. Semoga Ramadhan kali ini memberi pengertian yang mendalam pada diri saya. Syahdunya bila perasaan tu hadir semula dalam diri, lepas sekian lama.. Terima kasih Tuhan.. Terima kasih..




Minggu berganti lagì.


Minggu lepas sibuk.. Seb baik tak gila. hehe. jangan le gila. lom kawin lagi ni. Jerawat tensen pun tumbuh. Ulser dalam mulut pun ada. Cakit!

Tapi saya syukur sangat-sangat, kesihatan saya baik sepanjang minggu. Cuaca panas dan berjerebu. Sana sini orang demam. Moga hujan rahmat akan turun lagi nanti, ubati bumi yang sakit.

Syaaban bulan nabi, tinggal seminggu saja lagi. Semoga rohani dan jasmani kita siap menerima hadirnya Ramadhan.. hmm.. ^_^

Kepala saya masih berdenyut. Letih tak abis lagi kot. Nak rehat! nak rehat!

See you next week. Hehheh.

Monday blues?

Salam.


Pagi tadi sampai kat sekolah jam 9 pagi. Awal.
Hati gembira. Mimpi apa ye malam tadi. Saya tak ingat.
Pengawal yang cengil tu tiada. Lega mata saya.
Terus ke makmal komputer. Ada misi untuk dilakukan.
Perjalanan saya tersangkut-sangkut.
Kain yang saya pakai hari ini lain macam sedikit potongan dia.
"Nak cantik punya pasal.. :: ngeh ngeh.."
Hari ini satu set blue. Ini yang dinamakan monday blues.




Singgah sebentar ke bilik SPBT.
"Mesti tunjuk muka..:D"
Kemaskini sedikit fail dan buku-buku.
Yang baru tiba melambak-lambak dan belum terusik.
Sejak minggu lepas.


Buku-buku perlu di proses, didaftarkan.
Sambil berfikir-fikir siapa yang dapat bantu uruskan.
"Oh ye. Minggu ni saya bertugas."
Pelajar yang didenda kerja amal mungkin boleh diharap.


Tiba masa untuk menjalankan misi utama.
Naik ke makmal, on semua komputer.
Lalu pasang web filter...
Minggu lepas, ada pelajar layari video lucah di makmal.
"Kurang asam betul!"
School Net sudah longgarkan tapisan...mungkin.


Sekat youtube, metacafe, AOL dan yang seangkatan dengannya.
MySpace pun saya tak bagi peluang.
Minggu lepas, seorang ibu kepada pelajar saya mengadu.
Anaknya bersembang lucah dalam sms.
Kenalan dari MySpace..
Budaya kuning merosakkan minda dan perilaku sampai ke tua..
Ini yang dinamakan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


























eh 11.15 malam!

"Ok. Selamat tidur...!" ^_^


Saya belum mahu pupus.





Sekarang saya dalam mood membaca. Bagus kan? Good for me :D


Dua hari ni saya bekerja di PPD. Berkenaan Sisteks SPBT sebenarnya.
Saya harap ada yang rindukan saya di sekolah. haha..


Masalah ugutan belum selesai. Tapi sudah berbincang dengan mak ayah.
Pelik lah saya. Cinta boleh bertukar jadi benci.
Cinta Yang Satu juga yang paling suci..


Saya terima surat amaran bil tertunggak Celcom. Adoi.
Masa saya tutup akaun nombor tu, rasanya saya dah bayar.
eh mestilah dah bayar. Kalau tak macam mana akaun tu boleh ditutup kan?
Apapun, hutang mesti diselesaikan.
Alamak, hutang puasa saya belum langsai..


Mak nasihatkan saya, untuk meleraikan sesuatu yang dah lama tersimpul..
Supaya simpulan itu dapat bantu meleraikan salah satu masalah saya..
Apa tu? hehe. Nanti saya cerita.


hishh..banyak masalah betul budak ain ni.
Saya berdoa supaya Allah benarkan saya untuk berjaya.
Dunia dan Akhirat!



Ah. Saya terasa sudah tua..





Bad Dream Come True



Ugutan lelaki itu dah sampai kepada ayah saya. Rupa-rupanya dah lebih seminggu ayah saya terima msg2 ugutan. Ya Allahhh....saya marah betul pada lelaki tu. Ringan aje mulut saya menyumpah-nyumpah.. Kemudian baru saya teringatkan Tuhan.. huhu.

Emak saya cekap mentafsir keadaan..akhirnya ia sampai kepada pengetahuan dia juga. Itu sesuatu yang paling saya nak elakkan. Adik saya ternampak mak mengalirkan air mata seorang diri di dapur.. aduhh.. sepatutnya biarlah saya sendiri yang tanggung..

Alhamdulillah. Cubaan lelaki itu kali ini, dinafikan Tuhan untuk berjaya.. Saya sangat-sangat terharu dengan pengertian mak dan ayah. Saya sayangkan mereka. Maafkan ain..kerana tak henti2 merisaukan hati kalian..

Saya tak dapat membayangkan cubaan lelaki itu yang seterusnya.. Saya takut untuk membayangkan apa2. Namun saya tak doakan kehancurannya.. Begitu juga doa emak. Semoga lelaki itu memaafkan saya. Semoga lelaki itu lupakan saya. Semoga lelaki itu tenang hatinya. Semoga Tuhan mengampunkan saya.. Semoga maruah saya dipelihara...

caKkk!



Sekali ombak datang, pasir pun turut berubah...

Rindu blog la pulak.. uhukk..


Saya terasa dunia ni berputar cepat.
Kawan-kawan pun dah ramai yang tukar title Puan.
Lebih-lebih lagi cuti sekolah nih.
Gembira sangat-sangat untuk diorang. Excited saya tau.
Saya doakan semoga kehidupan mereka dilimpahi berbilion-bilion kebaikan :D
Bebeh, jangan lupa doakan untuk saya juga ye.

Jujurnya, jodoh saya masih belum kelihatan.
Masih tersembunyi di balik awan agaknya.
Tapi saya tak risau menanti. Saya tahu dia ada. Yes. Very positif.
CJ pun ada doakan untuk saya, di depan Kaabah sana.
Best. Best. Tenkiu CJ :D



Komuter



Saya on d way ke Kajang. Di dalam komuter. Jam 8 pagi.

Ini hari ke 4 saya mendengar taklimat ICTL di SK Saujana Impian.

Wajah-wajah di dalam tren semuanya kelihatan kaku. Tiada suara sapaan mahupun senyuman. Ia seperti barisan robot yang mahu ke tempat kerja. Pasti wajah saya pun seperti itu sekarang. Wahhh! Tak mau. Saya mahu mulakan hari baru dengan wajah manis. Ok... Bibir saya sudah tersenyum. Pastikan anda semua senyum seperti saya. Otot-otot pipi anda akan lebih kental.

**acan suka diusap dahinya. Syok betul agaknya. Kompem terlelap.

...



Bye bye acan.. Be a good boy. We'll miss you. Thanks for being with us..

Kami masing-masing memendam rasa malam ni.. Wajah dia bermain-main dalam fikiran. Ah sedih~

Sayonara...



Ini sepupu saya. Comel kan? Eh bukan. Seksi kan? Acan, you make my life sexier! Hahaha.

Saya bukan nak cerita pasal bercinta dengan kanak-kanak bawah umur. Tadi saya selongkar archieve blog ini, terjumpa artikel lama.. Saya tau korang pun dah lupa entry ni..:D

''Hati yang sejahtera adalah hati yang...

...kenal dan mencintai Allah s.w.t serta takut kepadanya.

...meletakkan Allah dan Rasul-Nya di tempat tertinggi dalam kehidupan, secara konsisten.

...dipandu oleh nilai-nilai murni, dan dapat memandu kepada kebaikan orang lain.

...sentiasa tawaduk dan merendah diri.

...ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan, walau sekecil mana sekalipun.''

Cek! Adakah hati saya ini betul-betul sejahtera. Malunya. Huhu. Sudah terang lagi bersuluh. Saya dapat rasakan betapa tumpulnya keimanan dalam diri saya. Wujudkah pohon amalan untuk saya di alam sana. Kalau ada, mampukan ia menggamit rahmat Tuhan buat diri saya?? Ah! Saya tahu sendiri betapa lalainya saya kebelakangan ini.

Cuti sekolah hampir habis. Mungkin saya kembali liat menghapdet blog. Tolong rindukan saya ye korang.. hihi

Semoga bertemu lagi ye..:D Saya mahu me'refresh'kan minda. Saya mahu kembali dengan semangat dan cerita hidup yang baru! Hehe rindukan saya tau.



my feel...?




Cuti-cuti sekolah macam ni, duduk di rumah agak menyesakkan dada. huhhuh.
Malam tadi, lepas tengah malam, baru saya mula menanda paper test budak-budak.
Cuaca sejuk. Dingin selepas hujan.

Sambil saya berguling-guling kerana berasap dengan jawapan budak
DJ radio Muzik fm yang temankan malam saya.
Syok juga.. Layan segmen tengah malam.

Topik malam tadi, "Perkara-perkara pelik yang dilakukan sewaktu bercinta" ..

Macam-macam panggilan dan sms yang saya dengar..
Kebanyakkan lelaki pulak tu. keh keh kelakar pon ada dengar pengalaman orang.
Baru saya tau lelaki pun ada anak patung untuk dipeluk waktu mabuk bercinta. ngehehee.

Saya teringat kisah saya waktu bercinta monyet dulu. Haih namanya pun cinta monyet.
Bergayut ajalah. Bukan cakap apapun. Bila saya ingat-ingat semula terasa membazir betol!
Kalau dapat kumpul, Honda Jazz pon lepas agaknye. huh.

Sekarang itu bukan zaman saya lagi. Umur dah banyak ni weihhh. Masuk 24. huhu.
Sekarang saya memburu lelaki lelaki gentleman yang mahu berjumpa mak ayah dan keluarga saya.
Hehheh..

Seseorang yang sudi berkongsi aktivitinya dengan saya
Yang serius dan ikhlas menerima saya seadanya
Yang selalu rela dicemburui olah saya
Tak mahu yang romantik, risau memanjang pulak saya nanti
Tak mahu juga yang kayu, tak ceria pula hidup saya nanti


ngeh ngeh ngeh ini bukan cerewet
Laksamana Sunan tu target saya
Perfect!

wahahahah! tak kawin la ngkau ain ;)

KL sedang musim hujan.



Hujan itu rahmat. Ia menyejukkan bumi. Dan menyejukkan hati saya :D Saya suka hujan. Walaupun basah pakaian saya. Saya tetap suka.

Ini entry genre apa, saya pun tak pasti. Hehe. Layankan aje ok.

Moral of the story

ALHAMDULILLAH..!

Sebelum masalah tersebar, alhamdulillah ia dah setel. hikhikhik.
Saya telah kenal seorang kawan yang mengambil berat masalah saya.
Walaupun ia cuma masalah URL. hehehe.
Saya memang sayang 'nurainsteps.blogspot' nih.
Moral yang saya perolehi, usah terburu-buru membuat keputusan.
Dan yang paling penting, usah terburu-buru merajuk tak tentu pasal.
ahaks!