One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label merapek. Show all posts
Showing posts with label merapek. Show all posts

Degil si hitam






Hey! Jeliknya iklan. 

Tapi tak boleh salahkan Air Asia (apasal tetiba Air Asia lak??) Firefly. 
Kalau dia tak buat, ramai lagi yang buat. 
Iklan low class macam ni bersepah-sepah kat 'Negara Islam' ni





Perasaanku.. :p


Bila lama tak menulis, saya terasa diri ini seperti seorang wanita lemau yang kekeringan idea. Cis..


Sekadar gambar hiasan..



Bercinta dengan lelaki lebih muda.



Ada orang tanya pendapat saya tentang:
Hubungan istimewa dengan lelaki yang lebih muda

Jawapan:
Tidak sesuai untuk saya.

Sebab:
1. Lelaki secara fitrahnya lebih lambat alami proses kematangan, berbanding wanita sebayanya.
2. Saya tak mau kelihatan lebih tua dari pasangan.
3. Kerana saya tiada wajah comel seperti Nora Danish. (hehe)
4. Saya tak mau orang kata saya berjalan dengan anak.

Kesimpulan:
Saya sensetif bila orang kata saya nampak tua :|




nehi hei!




Merenyam








Saya terkena gegata. Gegata tu macam gatal-gatal. Merenyam-renyam rasanya. Sangat sedap bila digaru. Tapi dulu mak pesan kalau kena gegata, jangan garu guna kuku. Mak kata bisa. Oleh itu saya perlu memilih sarung tangan atau sikat untuk menggaru. Hehe.

Saya berdoa esok saya sembuh.. Banyak urusan untuk esok. Keluarga dan sekolah. Takkan nak menggaru depan budak-budak pula.. Kalau tidak saya perlu ke klinik pagi-pagi, ambik ubat penenang gatal. Huhu.



Luahan hati

...Teringin sangat nak memandu.
...Try lah juga.
...Tak mau orang mengata.
...Lesen ada. Tapi serupa tak ada.

...Suatu hari, semasa memandu

...Nak masuk satu ruang yang muat-muat.
...Dengan hati yakin dan mantap.
...Saya rempuh tembok.
...Kereta taklah teruk.
...Tapi self esteem saya yang teruk.
...Tak sangka, kemampuan saya untuk menjangka ruang, adalah lemah.

...Sekarang bila ada ruang yang muat-muat
...Saya macam fobia.
...Apa lagi cilok mencilok.
...Kat MRR2.




...Lagi teruk self esteem saya.
...Kalau kereta orang lain yang kemik.




Dah tu bila nak pandainya? T_T

Raksasa





Tengoklah kuku dia. Saya rasa nak tolong ketipkan. Tunggu balik rumah nanti.
Waktu kecik-kecik dulu, kau comel je. Dah besar ni, kau macam raksasa.
Dia ada nama, kur-kur.
Saya suruh ayah bagi saja kur-kur pada orang, sebab saya rasa dia dah tak comel.
Ayah saya kecik hati kot. Sebab dia yang rajin tengokkan dan bagi makan.. hehe


Hari ni saya akan balik awal ke rumah. Tepat 3.40, saya akan cabut. Moga tak ada relief selepas waktu kerja saya.. Tapi... terasa macam ada je. Selalunya memang saya akan pulang lewat, sebab mahu temankan mak di pejabat. Tapi sekarang mak ayah tengah berehat dari kerja.. Itu yang saya suka bila mereka pergi buat haji. Jauh dari kerja yang tak pernah habis-habis :)


.




Kura-kura.



Kat tempat saya kerja, ada satu virus.
Iaitu,
Jangan tunjuk kau pandai itu ini
Nanti kau kena
Kena apa?
Kena buat kerja orang.

haih..

Bukan ke semua orang pun khalifah?
Yang memikul tanggungjawab.
Yang akan dipersoal dan mesti dijawab
Saya yakin, virus ni ada di mana-mana.

.............................


Situasi ni akan menyebabkan semua orang sembunyi dalam cengkerang masing-masing. Macam kura-kura. Tak elok untuk jangka masa panjang sesuatu organisasi.



Gambar ni amik kat situ


Semalam, 8 Oktober, orang gomen dapat gaji. Dapat awal sebab Hari Deepavali minggu depan. Memanglah best dapat gaji.. Alhamdulillah. Tapi jangan lupa untuk berjimat dan menyimpan, sampai 25 November nanti ye. Doa-doalah semoga tak ada perbelanjaan luar jangka atau kecemasan dalam tempoh ini.. Inilah yang namanya, 'Kais bulan, makan bulan'. hehe.

Eh. Papadom, Afdlin Shauki punyer, best tak? :)





Pergi.






Get out from my head. Please..


Credit: Atilla1000

Pasal Taucu

Salam semua :)


Goreng bawang merah + bawang putih + ikan bilis + cili ijau


Tambah petai. mmmm nyum nyum :)


Tambah halia yang gemuk-gemuk, besar-besar. hihih.


Tambah taucu! sedapnya bau~


Tambah air asam jawa, dan tuang air panas
Gula dan garam secukup rasa.
Untuk jadi lauk, tambah telur yang dah siap direbus, atau ikan yang dah siap digoreng.

Siap.


Gambar hidangan tak ada. Sebab saya dan mak dah tak sabar nak makan. hihhih.

Balik dari sekolah petang semalam, agak lewat. Lagi 10 minit nak azan maghrib, mak nak makan untuk berbuka puasa. Saya dah jemu makan rendang daging, ayam masak merah, nasi himpit, lemang, dan kuah kacang dan lain-lain makanan musim raya. Jadi, Taucu adalah menu kami berdua malam semalam. Sedapnya mengalahkan ayam dara goreng berempah. hehe.

Bila musim sekolah, macam ni lah rutin kami. Bila saya cerita ni dekat seorang kawan, dia kata, mesti saya tak pandai memasak. Kalau pandai pun mesti masakan yang biasa dan mudah-mudah aja. huhu..saba je la. Tapi memang betul pun dia kata. Bila fikir-fikir, kesian lah kat laki saya nanti.. Harap-harap dia bukan seorang yang cerewet pasal ini..




"Cikgu! kenapa ada bau petai nih.."







Pertapaan.




"Jom ikut saya.. :D"

Saya akan ke suatu tempat. Jauh. Moga jumpa lagi ya. Untuk kawan-kawan, saya susun sepuluh jari, mohon maaf dari semua, kalau saya belum jadi kawan yang baik. Saya pergi tak lama pun sebenarnya. Kihkih kecoh je lebey kan :D



"Perbuatan yang konsisten selama 40 hari, akan menjadi suatu kebiasaan.."

Ada satu perangai yang saya nak ubah sempena Ramadhan ni.. Banyak sebenarnye. hihi. Takpe lah. Satu per satu. Semoga Ramadhan kali ini memberi pengertian yang mendalam pada diri saya. Syahdunya bila perasaan tu hadir semula dalam diri, lepas sekian lama.. Terima kasih Tuhan.. Terima kasih..




meh sini syg..



1 pagi - Rindu acan lah.. Bila balik letih-letih macam ni, acan je lah yang saya teringat-ingat.. Sekarang ni saya melepek kat katil sambil tengok semula gambar-gambar acan.. Badan, sendi, dan urat saraf saya, seakan dah tidur kepenatan. Cuma mata dan jari yang masih dipaksa melayan emosi saya... Aduh..mata pun dah bg signal mau pejam..terkebil-kebil.. Nanti dulu, lusa nnt Ramadhan kan?:) Saya teruja dalam keletihan. Marhaban ya Ramadhan.. ^_^

ain. dila. aiza.

Hari tu hujan lebat. Duduk kat sekolah sampai lewat petang. Sorang-sorang. Tapi saya tak rasa marah. Sebab saya kan suka hujan! Terima kasih Tuhan. Sebab turunkan hujan :D


Lepas tu tak terus balik ke rumah. Tapi terus ke Jusco belakang rumah. Alasannya, saya malas nak masak untuk berbuka puasa. Kat rumah tiada sesiapa. Kemudian saya ajak Dila, untuk temankan saya. Terima kasih Dila, sebab layan akak :D


Lepas berbuka, solat maghrib. Sambil tunggu isya', kami jalan-jalan cuci mata. Jalan-jalan sana sini. Lepas isya', kami terus balik. Nanti ayah marah, anak dia keluar malam-malam. Terima kasih ayah, sebab jemput ain ngan dila kat jusco malam tu :D


err..ini cerita lain pulak. Best kalau pakai mask. Tak yah makeup pun dah cantik. ha ha. Sekarang, kalau nak jalan-jalan kat mall atau tempat orang ramai, mesti pakai ini ok ^_^
Dalam gambar ni, kitorang tengah tersengih sakan. Tapi tak nampak pon.



$$ Duit



Not 100. Nak? tak bley.

Sebenarnya saya rasa risau bila hati mula berbunga-bunga tengok duit. Saya harap ini bukan petanda awal cintakan duit:D Tapi yang saya perasan sekarang, pantang ada duit, saya nak beli barang baru. Shopping 1k sebulan. Fuh. Bahaya kan? Takut orang nak wat bini. kehkeh.

Syukur sebab mak ada untuk sekat keinginan liar saya. Walaupun mula-mula sakit la juga. Umpama berduit tapi pokai. Kaka. Ok Tenkiu mak.

Saya belajar sesuatu. Banyaknya rezeki bukan pada kuantitinya, tapi pada keberkatannya. Berkongsi duit dengan keluarga adalah satu cara untuk mendapat berkat dari Tuhan.

Ain, hati mesti lapang. Jangan kedekot! Jangan berkira!
InsyaAllah jodoh kau cepat. Ceh tetiba cerita jodoh. Kakaka.

Cerita lama.







Ini gambar lama. 2004.
Taklah lama mana.
Cuma rasa seperti jauh.
Ada kisah. Nanti saya cerita.
Bila-bila saya rajin :D

Dalam gambar, saya selalu kelihatan kekok..
Dari dulu. Cuba juga buat-buat biasa.
Wajah kita, peribadi kita, lahir dari sekeping hati.
Saya mahu jadi seseorang yang transperent.
Tapi tak boleh lah...

Oh ye. Pagi tadi nasib baik saya tak kantoi dengan Pn. Pengetua.
Tak perasan langsung bila dia masuk makmal.
Syok berYM lak tu. Adoi!.
Dia minta tolong taip sesuatu rupanya.
Jauh benar dia mintak tolong.
Kihkih.
Tak kisah lah. Doa-doalah saya tak diserang waktu meeting nanti :D


Minggu santai.


Ini kupon hasil Jualan Jaya minggu lepas. Nanti saya cerita. Rasa-rasanya saya untung ke rugi? Hehee




''Ckgu, sy rsa doraemon ni lucu, jd sy nk kongsi dgn ckgu.. harap cikgu sudi..''



Psiko kan saya? Entah-entah dia dah takut dengan saya..huhu...

Gaji. Sale. Shopping?






Kasut seorang cikgu mudah rosak. Lagi-lagi yang tumit tinggi.
Mahal ke. Murah ke. Sama je. Mesti beli banyak-banyak. Lagi-lagi tengah sale.
Ingat nak tambah lagi. Tapi mak larang :D
Nanti awal bulan dah pokai. "Sape nak tanggung kau?"
kehkeh.


Tapi, nak pakai kasut tajam pun kena tunggu lepas dua minggu.
Nanti orang kata, shopping sakan lepas dapat gaji.
Budak-budak pun tegur. heheheh.
Malu le ai. tamo tamo.


................................................


Saya sedang memerhati,
insan-insan hanyut,
atau hampir hanyut.

Saya tahu saya mesti bantu.
Tapi saya kering idea.
Kadang-kadang kurang kudrat.

Saya sayang budak-budak itu.
Tuhan, ilhamkan saya.
Mak, tolong saya.


............................................

Sekarang kat sekolah-sekolah adalah musim PEMANTAUAN.
Nazir. PPD. Pengetua. DLL.
Dengar je dah tegak bulu roma.
Tak suka ai.

Jadi sekarang sibuk memunggah fail SPBT.
Bukan nak tunjuk rajin, tapi cuma nak tolong.
Tertonggeng-tonggeng gak dibuatnya.
Buruk benau la ekau :))

ICTL saya dah anak tirikan.
Macam boring. Putus harap. Malas.
Cian penyelaras saya.
Cian budak-budak saya.
Ampun mem.
Budak.



**Layan LOV3 SToRY dari Taylor Swift


Monday blues?

Salam.


Pagi tadi sampai kat sekolah jam 9 pagi. Awal.
Hati gembira. Mimpi apa ye malam tadi. Saya tak ingat.
Pengawal yang cengil tu tiada. Lega mata saya.
Terus ke makmal komputer. Ada misi untuk dilakukan.
Perjalanan saya tersangkut-sangkut.
Kain yang saya pakai hari ini lain macam sedikit potongan dia.
"Nak cantik punya pasal.. :: ngeh ngeh.."
Hari ini satu set blue. Ini yang dinamakan monday blues.




Singgah sebentar ke bilik SPBT.
"Mesti tunjuk muka..:D"
Kemaskini sedikit fail dan buku-buku.
Yang baru tiba melambak-lambak dan belum terusik.
Sejak minggu lepas.


Buku-buku perlu di proses, didaftarkan.
Sambil berfikir-fikir siapa yang dapat bantu uruskan.
"Oh ye. Minggu ni saya bertugas."
Pelajar yang didenda kerja amal mungkin boleh diharap.


Tiba masa untuk menjalankan misi utama.
Naik ke makmal, on semua komputer.
Lalu pasang web filter...
Minggu lepas, ada pelajar layari video lucah di makmal.
"Kurang asam betul!"
School Net sudah longgarkan tapisan...mungkin.


Sekat youtube, metacafe, AOL dan yang seangkatan dengannya.
MySpace pun saya tak bagi peluang.
Minggu lepas, seorang ibu kepada pelajar saya mengadu.
Anaknya bersembang lucah dalam sms.
Kenalan dari MySpace..
Budaya kuning merosakkan minda dan perilaku sampai ke tua..
Ini yang dinamakan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


























eh 11.15 malam!

"Ok. Selamat tidur...!" ^_^


Bukti saya nakal.



Petang tadi, masa dalam monorel, ada seorang lelaki kacak.






Itu aje saya nak cerita.



Hahaha


Bahana rabun.



Sesat lagi. Macam mana boleh tersalah train entah.

Ok ambil gambar dulu. Baru turun.

Sayonara...



Ini sepupu saya. Comel kan? Eh bukan. Seksi kan? Acan, you make my life sexier! Hahaha.

Saya bukan nak cerita pasal bercinta dengan kanak-kanak bawah umur. Tadi saya selongkar archieve blog ini, terjumpa artikel lama.. Saya tau korang pun dah lupa entry ni..:D

''Hati yang sejahtera adalah hati yang...

...kenal dan mencintai Allah s.w.t serta takut kepadanya.

...meletakkan Allah dan Rasul-Nya di tempat tertinggi dalam kehidupan, secara konsisten.

...dipandu oleh nilai-nilai murni, dan dapat memandu kepada kebaikan orang lain.

...sentiasa tawaduk dan merendah diri.

...ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan, walau sekecil mana sekalipun.''

Cek! Adakah hati saya ini betul-betul sejahtera. Malunya. Huhu. Sudah terang lagi bersuluh. Saya dapat rasakan betapa tumpulnya keimanan dalam diri saya. Wujudkah pohon amalan untuk saya di alam sana. Kalau ada, mampukan ia menggamit rahmat Tuhan buat diri saya?? Ah! Saya tahu sendiri betapa lalainya saya kebelakangan ini.

Cuti sekolah hampir habis. Mungkin saya kembali liat menghapdet blog. Tolong rindukan saya ye korang.. hihi

Semoga bertemu lagi ye..:D Saya mahu me'refresh'kan minda. Saya mahu kembali dengan semangat dan cerita hidup yang baru! Hehe rindukan saya tau.