One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Haji


Musim itu telah hampir tiba







Kali ini,
mak dan ayah akan berangkat ke sana,
dan menjadi antara tetamu,
Tuhan yang Maha Agung..
insyaALLAH


 Syahdunya. uhu..



Alhamdulillah




Alhamdulillah




Alhamdulillah






Nota: Mak ayah dapat penerbangan awal.. 20hb Oktober.. Perasaan saya bercampur baur. Tak terluah rasanya di sini. Apapun, saya sangat gembira dan terharu. Doa saya sebagai anak, semoga urusan ibadah mereka di sana, diredhai dan dimudahkan Tuhan..

..............................

Satu malam, selepas mak ayah selesai kursus Perdana di Putrajaya, saya dan mak duduk bersembang. Tentang tarikh-tarikh perjalanan di sana, wasiat, dan lain-lain.


Mak: Ain nak mak doakan apa kat sana nanti..?
Saya: Doakan ain kawin cepat mak..(dalam hati)


ha ha ha




Senyum..^_^




Senyum seindah suria
Yang membawa bahgia
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri 

♪ Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Ku tersenyum
Kau tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum..membahagiakan
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum kepada semua
Dengan senyuman terjalinlah ikatan 



Rasanya ada sesiapa ingat lagu ni lagi tak? :D

Kata orang bijak pandai, individu yang mampu memberikan senyuman ikhlas, walau apapun situasi, adalah insan yang bahagia dan tenteram hatinya. Keikhlasan hati boleh terpancar dari riak wajah seseorang, dan ia mampu menyinar ke dalam hati insan lain.

Niatkan semoga senyuman kita dikategorikan sebagai sedekah dan ibadah, bila ia mampu membiaskan rasa bahagia kepada insan lain. Kerana senyuman adalah tanda kita menghormati dan menyayangi dirinya.








Apapun, senyuman bukan untuk mengorat ya!


Okeh. Selamat beramal..! ;)







Pasal Taucu

Salam semua :)


Goreng bawang merah + bawang putih + ikan bilis + cili ijau


Tambah petai. mmmm nyum nyum :)


Tambah halia yang gemuk-gemuk, besar-besar. hihih.


Tambah taucu! sedapnya bau~


Tambah air asam jawa, dan tuang air panas
Gula dan garam secukup rasa.
Untuk jadi lauk, tambah telur yang dah siap direbus, atau ikan yang dah siap digoreng.

Siap.


Gambar hidangan tak ada. Sebab saya dan mak dah tak sabar nak makan. hihhih.

Balik dari sekolah petang semalam, agak lewat. Lagi 10 minit nak azan maghrib, mak nak makan untuk berbuka puasa. Saya dah jemu makan rendang daging, ayam masak merah, nasi himpit, lemang, dan kuah kacang dan lain-lain makanan musim raya. Jadi, Taucu adalah menu kami berdua malam semalam. Sedapnya mengalahkan ayam dara goreng berempah. hehe.

Bila musim sekolah, macam ni lah rutin kami. Bila saya cerita ni dekat seorang kawan, dia kata, mesti saya tak pandai memasak. Kalau pandai pun mesti masakan yang biasa dan mudah-mudah aja. huhu..saba je la. Tapi memang betul pun dia kata. Bila fikir-fikir, kesian lah kat laki saya nanti.. Harap-harap dia bukan seorang yang cerewet pasal ini..




"Cikgu! kenapa ada bau petai nih.."







Hari ni saya malas pakai baju batik

Salam semua :)




Hari ni saya mood orange. Baju saya warna oren. Kamu? :)


Macam-macam tafsiran warna orange yang saya dapat waktu meng'google' tadi. Kebanyakkannya mentafsirkan ia sebagai warna yang ceria dan mengembalikan tenaga.

Sebenarnya hari ni saya takdelah ceria mana. Biasa2 aje. hehe. Kadang-kadang pagi ni saya rasa seperti terhuyung-hayang sikit. Sebab gempa bumi ke? huhu.

Malam tadi lepas Isya' mak jemput jiran-jiran datang makan-makan di rumah. Seronok bila dapat berkumpul sama-sama. Eratkan silaturrahim tujuan utama. Tapi boleh bayangkan, kami berdua balik dari kerja jam 630 petang, singgah kejap di Giant beli barang dapur, dan sampai di rumah jam 715 malam. Mak decide nak masak kuah kacang dan bihun goreng. Saya tak mau cerita macam mana kami berdua bersilat dalam tempoh 2-3 jam tu. Masak, kemas rumah, susun pinggan mangkuk. Tu belum masuk nak mandi, solat lagi. Bahan-bahan nak masak pun time tu jugak baru nak kupas, potong, blender. Ini plan last minit, ayah saya b'kerja di luar minggu ni, cuma malam tadi dia akan berada di rumah, sebab tu mak pulun juga nak jemput jiran-jiran. Alhamdulillah. Kami masak dengan penuh kasih sayang. haha. Silaturrahim adalah sesuatu yang manis bukan? :)

....................................

Ok. Di bawah ni entry selingan :)


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.



**Entry di atas saya ambil dari sinun :)

.................................


p/s: rasa-rasanya bila orang ni nak jemput saya ke 'rumah' barunya :(



Kita kawan.



Jangan buang kawan
Nanti kawan buang kamu


Jauhi prasangka
Lihatlah kebaikannya
Serta beri alasan untuk memaafkan..


Aidilfitri ini, saya belajar sesuatu tentang silaturrahim :)
Indahnya hubungan bila disandarkan pada redha Allah
Manisnya terasa walau tanpa bersua muka

...........................


p/s: Banyaknya makan.. Tak perasan dah naik 1.5 kilo.. :D


Foto


Foto Aidilfitri 2009. 
Diambil pada hari raya ke-lima..semua dah kenyang ketupat baru nak amik gambar. kihkih.
Semoga kebahagiaan ini dibalas dengan kesyukuran.
Satukan hati kami dengan kasih-Mu Tuhan.





Saya rindukan sekolah. Selamat b'kerja untuk semua ya.. ^_~




p/s: Saya tak ada baju raya.. Tahun ni edisi raya pakai apa yang ada. hahaha ;)



Aidilfitri ku -1-



Hihih... Gambar lama-lama. Selalu rasa manis bila dikenang...hmm :)

Kalau tak salah, gambar ni di ambil pada raya tahun 1994.
Saya darjah 3. Tinggi juga saya waktu ni kan.
Tempat: Rumah embah di Batu Laut, Selangor.



Korang ada gambar oldies macam ni tak? Nak tengok boleh? 


Selamat Hari Lebaran Aidilfitri...
Saya rasa aidilfitri kali ni semakin bermakna..
Mungkin kerana saya semakin dewasa.
Dan melihat sesuatu dari perspektif yang lebih luas.


Datanglah ke rumah ye. Kat Keramat AU2A jep :D
Jaga diri kamu semua ye.
Seronok bercuti dan bersama keluarga diharap dapat membuatkan kita lebih berhati-hati :)

Nah. Kad Raya pinjam untuk semua... ^_^








Kad!



Salam ^_^

Kad-kad raya masih dalam proses. Ada yang dah saya kirim, ada yang masih dalam pembuatan. Konon2 mau handmade. Sekali tak siap-siap. Hehe. Saya bajet, mungkin kad akan sampai sewaktu kalian sedang bercuti raya di kampung. Hu hu. Maaf.. Perancangan masa saya tak menjadi. Tapi saya tetap hantar tak kira di pagi raya sekalipun. Diharapkan sabar menunggu, dan selamat menyambut aidilfitri untuk semua :D



*update*

Kad-kad sudah saya kirim, satu hari sebelum raya. Alhamdulillah. hehe :D Ada 15 kad yang semuanya, 6 antaranya adalah khas untuk kawan-kawan blogger. Semua yang memberi alamat, saya kirimkan kad dan juga sedikit duit raya :D err..er..harap-harap kad-kad tu sampai lah.. Kalau tidak bukan rezeki kita lah nampaknya.



Yeay! Kad raya!:D



Puasa ada 12 hari lagi, tapi saya dah sibuk pasal raya. Tak baik kan..

Sebenarnya dah lama saya tak kirim-kirim kad raya. Tahun ni rasa teringin.. macam zaman budak-budak dulu, teruja dengan kad raya.

Disamping tu, boleh juga kita menambah kenalan kan? Selain rakan lama, dan rakan sekerja, saya mahu tambah dan eratkan hubungan dengan rakan blogger juga:D suci tak niat saya..? hehehe..

Kalau kamu sudi, emailkan alamat ke smiley_utm[at]yahoo[dot]com ye. Kat kotak komen pun boleh kalau berani. Janji alamat tu valid. Jangan risau..saya akan pastikan alamat kamu selamat dalam simpanan:D

Kad saya murah dan simple2 aje.. Kamu-kamu tak kisah kan..? Hehe. Saya mahu kirim duit raya sekali. Terutama untuk ibu-ibu mengandung. hehheh. Tapi jangan fikir saya nak beri puluh2 ringgit pula tau.. Kopak den. Hirup megi aje lepas raya nanti.. Kihkih. Semua ni untuk kenang-kenangan saya dengan kamu. Hantar alamat ye. Jangan tak hantar tau:D