One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers


Assalamualaikum. Tiba-tiba teringat blog ni. Berkurun dah tak mai jenguk. Sampai terlupa ada blog zaman muda-muda dulu. hihi. Eh. Ada orang mai lagi ke ni? Belasah je la ek. Syok sendiri pun apa salahnya. Rindu untuk menulis dah membuak-buak. heheh.

Nak habaq juga la. Nak sign in blogger ni pun lama bukan main tau tak. Kes terlupa password. Bukan password je, email pun lupa daa.. Sebelum ni ada juga try dua tiga kali, tapi asyik failed memanjang, terus give up. Cuma kali ni tinggi sikit tahap kesabaran, akhirnya membuahkan hasil positif. heheh.

Duk tercongok sat, fikir lama sebelum nak taip ni. Fikir pasal apa lama sangat tak buka blog. Ini antara sebab-sebabnya:

1. Dah KAWIN. Ini faktor utama.
2. Tak pandai bahagi masa. Eh. Ini baru faktor utama. Sebab orang lain pun kawin jugak, relek je hapdet hari-hari. heheh.
3. Sedar-sedar dah ada anak dua. Lagi la bizi memanjang. hehe.
4. Nanti saya update lagi.

Sekarang, pada umur 29 tahun, saya dah ada dua cahaya mata yang memberi warna-warni pada hidup kami. Alhamdulillah. Satu peringkat yang baru mula nak sibuk. Peringkat kami mula membentuk cara hidup sendiri. Peringkat saya membiasakan diri untuk tak mengambil hati sangat pada kata-kata orang. Peringkat saya dan suami membiasakan diri untuk tak bershopping mengikut kemahuan. Banyak lagi sebenarnya. Bateri lappy nak habis pulak. cis. Potong stim betul. K la, stop dulu na.


Heheh sukati saya je stop tiba-tiba. Well...ini lah diri saya di alam nyata sekalipun.



Sweet je saya rasa.



Bila budak lelaki bawa bekal air kordial dari rumah. Saya buat hipotesis, mak dia masak tengahari sedap2 pastu ada air sejuk. Pas2 mak dia suruh bawak air tu ke sekolah. Hehe. Mak suri rumah. Special sungguh saya rasa. Boleh beri perhatian penuh pada perkembangan anak-anak. Sentiasa kat rumah bila anak dan suami memerlukan. Tak payah pening-pening fikir nak hantar anak nursery mana. Orang gaji mana. Selamat ke tidak. Sesuai ke tidak.
Huhu.

Heh! mulalah ni saya berangan. Haha. Tapi zaman serba duit sekarang ni, susah nak lihat ibu muda jadi suri rumah. Ok. Stop berangan. Sambung ronda exam.



Kuiz suka-suka hati.



Tadi beli mjlh Wanita kt Petronas. Sejak habis blaja, dh lma sy tk beli mjlh ni. Sebab byk beno iklannya.. Haaa so kalau u'ols terer, tekalah kenapa terbuka plk hati saya nk beli edisi Wanita kat atas nun. Hehe. Kalau jwpn tu sama dgn skema saya, (ceh dah macam exam kat sekolah plk) saya adiahkan je mjlh tu..:D




Selagi nyawa belum di tenggorok



"Mulanya rehat seorang mujahid apabila menghembuskan nafas terakhirnya. Tatkala pedang menghunus ke dada, nadi berdenyut dengan denyutan lailahaillallah. Namun, terlihat di ruang yang menanti, sebuah syurga yang kekal abadi. Semoga roh kalian dicucuri rahmat, wahai pejuang Badar."

Malunya. Saya selalu merungut hal yang kecil-kecil. Berjuang dan menyumbang kepada Islam apatah lagi.





Kredit untuk SOLUSI.



Morning cikgu..,:)



"Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Maafkanlah pasangan hidup kita, seperti memaafkan diri sendiri. Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.." - Pahrol Mohamad Juoi

"..it same goes to our own family, friends & students.." - Nur'ain [hehe]


Si tembam.



Tadi saya beli 2 novel baru.. Best. Best. Moga ada manfaat buat saya ^_^

Musim sukan sekolah saya akan bermula esok. Murid-murid semua, mari kita bermandi peluh. Hehe.

Tajuk kat atas tak ada kaitan dengan apa-apa. Haha.

Jumaat :D



Bila seminggu tak membaca dan menghayati ayat Tuhan, rohani saya terasa kekurangan. Sama juga, bila seminggu tidak ber'dua' denganNya, terasa saya menjauh dari Dia.. Seolah jiwa mengosong. Iman mengontang. Diri tercari-cari sesuatu. Mujur Tuhan tak membiarkan. Dia ada dan selalu mengingatkan. Terpulang pada hamba bagaimana untuk menghargai kasihNya.







Short form.




Siti Nur'Ain Mohd. Said Naem.


Haha. Nama atok pun ada saya abadikan dalam buku persediaan mengajar.
Bagus punya cucu.
Sekolah saya memang suka guna singkatan macam ni.










Benda ni pun nak cerita kan.. ntah apa2.
Kebelakangan ni saya memang suka mengarut-ngarut.





Dinner



Itadakimas..~

Malu



"Saya tertarik pada sifat malu yang ada pada dia. Sifat tu bagaikan perisai kepada martabatnya. Dia lelaki.. Sedangkan saya perempuan."


Ada sesuatu yang saya nak cerita tentang seseorang, yang sifat pemalunya melebihi anak gadis..










Nantilah. Kita tido dulu ek. Da ngntuk..


IKEA & Me :D



Bila tengok katalog IKEA, mulalah berangan.. Bukan apa, untuk masa depan jugak. Haha. Best..




ele korang pun sama kan. Hehe.






Buang. Jauh. Rasa.





Seksanya.


Seksanya perasaan tengok cerita cinta. Heart attack!


Betullah kata org bijak pndai. Ikutkan nafsu lesu. Ikutkan perasaan, ada pengaruh syaitan..


Cuti Tamat



Cikgu cikgi semua, saya mengucapkan
" Selamat menyambung kembali perjuangan kita dengan SEMANGAT baru.." :)













hep! jangan malas-malas.


Pe'el budak2..




Cun kan beg baru cikgu2 SMKPJ. Bak kata pengetua saya, rugged. 
Sesuai untuk cikgu-cikgu muda.
(Tak sanggup pulak nak gendong beg gi kelas. haha)
Semangatnye dapat barang baru :D














heh.



Andalusia???






ANak DAra Lanjut USIA? aishhhh sy baru 24 tau. Hehe.
Kenalkan ini teman baru saya..:) Pinjam dari kawan.
Doa dan harapan saya setiap kali mula membaca apa-apa bahan bacaan ;
Semoga ada kebaikan untuk saya di dalamnya.
Insyaallah :D


Please-lah

Jangan dekat dengan saya kalau kamu cuma fikir loan dan $$$$



Mat, sori. Memang entry ni rentetan dari pesanan penaja entry awak. (Jangan delete ek. Bukti penting tu.)
Saya cuma teringat beberapa pengalaman dingorat oleh mamat yang fikir saya bodoh.
Tapi pengalaman saya tu sumpah tak ada kaitan dengan awak. (Kena jaga gak hati kawan-kawan)




 
Tekel saya sebab saya kerja gomen?

Kata saya:  
it's irritating beb! Duk jauh-jauh. Syuh. Syuh!

Nasihat saya:
Tolonglah. Betulkan niat awal kamu. Jangan fikir wanita sebagai alat. 
Walaupun kamu tak berterus terang, tapi niat kamu itu akan terserlah dari tingkah laku dan kata-kata.
Kalau tak mahu merana badan, belajarlah membina hubungan dengan IKHLAS.









Huh. Serius hangin.

Degil si hitam






Hey! Jeliknya iklan. 

Tapi tak boleh salahkan Air Asia (apasal tetiba Air Asia lak??) Firefly. 
Kalau dia tak buat, ramai lagi yang buat. 
Iklan low class macam ni bersepah-sepah kat 'Negara Islam' ni





Kamu sweet..^_~





I can't stand alone by myself



Kawan..terima kasih.
Maafkan kelemahan saya yang maha banyak.
Kamu sweet ~ & tetap dalam hati.


Thanks for being there :)




.................


Esok. 16.12.2009, tamat SPM.
yoshhh....! tak sabar tunggu esok hari :D

Sekarang ni saya malas nak menulis panjang-panjang.
Sindrom penyakit lama dah mari.

Umur meningkat. Saya rasa ada perubahan dalam corak pemikiran saya. hehe.
Betul lah apa orang kata; Untuk jadi matang, kita perlukan masa.
Betul ni. Tadi baru saya perasan. Nanti ah cerita pasal ni.
Ada yang nak share tak. Malu la nak citer sorang2. hahaha



Saya akan menghadapai masalah apabila..





...nak pilih baju untuk dipakai esok hari, sama ada nak ke tempat kerja, dating, atau apa-apa majlis, kenduri kawin contohnya.





Bosan.



Berdoalah untuk jadi pendengar yang baik kepada kekasih.


Mak tengah wat ape?
Mak tengah cakap ngan Ayah..

Ayah tengah wat ape?
Ayah tengah baca paper..


Dialog kat atas cuma contoh aje. Saya tak akan membuka pekung di dada. :)




Apa salahnya, beri masa untuk pandang matanya, bila dia cakap dengan kamu..
Simple mistake. Yet, it's hurt. Makan dalam. Tau tak?


2010.





Patung, mesti kau pun tengah fikirkan target untuk tahun baru.






Kan?



Jom buang sawang!




Saya bukan dalam mood cinta.
Bukan juga dalam mood sunyi.

Hati saya tenang.
Dan bebas.






Sedaosima. Thanks for the fresh graphic. :)

auwwww sedapnya tembikai!

Lelaki & Merpati





Lelaki soleh jinak umpama merpati. 
Dekat boleh, bila cuba ditangkap ia terbang..








heh. Suka-suka hati je.

Perasaanku.. :p


Bila lama tak menulis, saya terasa diri ini seperti seorang wanita lemau yang kekeringan idea. Cis..


Sekadar gambar hiasan..



My love ♥






Cant wait to explore him ;)



Bila sindrom datang bulan menyerang..

Hari ni turn saya jaga exam kat spital. Saya masih belum familiar dengan jalan. Asyik sesat sana sini.. Padahal jalan bukan susah sangat. Jalan sesak.. Sempat lagi saya langgar van petang tadi. Nasib $50 aje yang dia mintak. Saya dah tak ada mood..

.........................

Ok kawan2. Di bawah ni antara sindrom datang bulan.

Jerawat
Badan lebih berisi
Ada rasa sayu tak pasal2 + sedikit murung
Sakit perut bahagian rahim + badan belakang sengal2 + rasa bengkak kat 'sana sini'
Lebih miang dari biasa (Lecturer Biologi saya cakap. Kalau nak penerangan lanjut, ym saya)

............................


Cafe World vs Diner Dash

 
Sebelum maghrib tadi, saya dan awin keluar untuk beli lauk siap. Bukan malas nak masak tau. Tapi gas dapur dah habis. Gas spare ada tapi saya tak reti nak pasang. Meletup rumah nanti siapa pula nak jawab. Gerai tu tak jauh. Sebelah Jusco AU2A je. Ada banyak kedai. Saya pilih sebuah. Jurujualnya dua orang lelaki. Hensem juga. Wajah jernih. Adik beradik kot. Tak pun ipar duai. hehe. Tapi itu bukan sebab saya singgah kedai tu ye. Saya pilih kedai tu sebab bersih. Ok. Nampak bersih.

Sementara memilih lauk, saya lihatkan juga pelanggan-pelanggan lain yang beli lauk di kedai tu. Semuanya lelaki. Ada muda dan tua. Ok takpe lah. Saya pun beli, bayar, dan pergi. Dalam perjalanan balik ke rumah, saya terfikir, tentang pelanggan2 itu, mungkin isteri atau ibu mereka tak sempat masak di rumah. Wanita zaman sekarang sibuk di tempat kerja. Sampai rumah, biasanya dah letih. Dan kalau semangat tak kuat, tak memasak la jawabnya. Sudahnya anak beranak makan apa yang ada kat dapur. Ataupun mungkin beli kat luar.

Sebenarnya macam ini jugalah paten keluarga saya. Cuma mungkin keluarga kami ada ramai anak perempuan, jadi sentiasa berasaplah dapur tu. Gilir-gilir masak. Siapa yang ada kat umah, pandai-pandailah siapkan makan malam. Kalau tidak, memang kena smash lah dengan insan-insan kelaparan dan kepenatan dari tempat kerja. hahaha.

Ini bukan membuka pekung di dada. Tapi saya rasa, keadaan ni juga dialami oleh keluarga yang mempunyai isteri atau emak yang bekerja. Di sisi lain otak saya, saya terfikir, buka gerai makan ni untung juga. Lagi-lagi kat kawasan bandar macam ni. Ni yang nak berangan buka kedai makan.


 
aisehhh.. terpengaruh dengan Cafe World rupanya.




eh. dah lama tak main Diner Dash. hehe.


Rangkaian Sosial

"The effects of online social networking towards students' life, focusing into their studies, skills, beliefs, and concerns to the environment."







Teringin nak kaji. Malaysian punya. Eh bukan. SMK Pandan Jaya punya.
Kadang-kadang budak2 ni spend lebih banyak masa pada 'muka buku' berbanding buku.



Ntah betul ke tidak english saya. Kalau salah tolong betulkan. ;)

Kisah "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan."




Ikan di FishVille diberi makan, ikan di rumah saya berbunuhan kelaparan.



 Pokok di FarmVille gemuk dibaja, pokok di rumah saya air hujan pun ok.



Dapur di CafĂ© World macam-macam ada, dapur di rumah saya berasap pun tidak.
(Berasap la sikit-sikit. Nanti orang cakap saya tak masak pulak. hehe)





Ironinya!
Saya hidup dalam dunia nyata atau dunia maya?


Chess





hohoho. Dah lama tak main catur. Tewas dengan budak kecik :)


Jaga exam itu indah.. Kadang-kadang.




Pengetua saya pernah bising, cikgu2 letak kete kat padang, padang dah rosak.
Cikgu-cikgu PJ pun bising gak. Semua nak bising. hehe.
Nak buat macam mana, ruang tak ada.



Gambar ni saya ambik masa tengah jaga exam. Mengantuk.
Nak tido depan budak tak boleh.
Lagipun saya tido tak comel. bhahaha.

Sebab apa cermin tu retak, saya dah cerita.. meh tengok >sini<





**saya akan bertugas kat spital cuti akhir tahun nih. makcik nak carik duit.





Salah pelabuhan



Iman: Hati, adakah kau sudah bersedia menyintai seseorang semata-mata kerana Allah?

Hati: Belum.

Iman: Jadi apa yang sedang kau lakukan sekarang wahai hati.

Hati: Aku sedang membuka diriku untuk bercinta, sedangkan aku tau ia bersifat nafsu semata.

Iman: Tarik kembali sauh mu. Bukan disitu tempat pelabuhanmu. Teruskan pelayaran.

Hati: Bagaimana untukku tahu cintaku kerana Allah.

Iman: Bila kau siap menjunjung arahan Tuhan apabila nafsu menggodamu.

Bercinta dengan lelaki lebih muda.



Ada orang tanya pendapat saya tentang:
Hubungan istimewa dengan lelaki yang lebih muda

Jawapan:
Tidak sesuai untuk saya.

Sebab:
1. Lelaki secara fitrahnya lebih lambat alami proses kematangan, berbanding wanita sebayanya.
2. Saya tak mau kelihatan lebih tua dari pasangan.
3. Kerana saya tiada wajah comel seperti Nora Danish. (hehe)
4. Saya tak mau orang kata saya berjalan dengan anak.

Kesimpulan:
Saya sensetif bila orang kata saya nampak tua :|




nehi hei!




Facebook



Pagi ni, niat suci saya terhalang.






Klik gambar untuk lihat kekejaman facebook kepada saya.
Adakah kerana saya pernah men'delete' akaun fb suatu masa dulu?



hahaha




** Delete fb sebab tak mahu pelajar-pelajar menjejaki saya ke alam maya. Saya bajet glemer.


alone


Sedap sangat menggaru. Kulit dah calar balar.
Mak!

.........


Masa azan Maghrib tadi, saya masih kat sekolah. Gelap. Mendung. Sorang-sorang. Terus teringat kenangan zaman sekolah rendah dulu. Saya selalu jadi budak yang terakhir balik. Pernah sekali, saya berbuka puasa kat pagar sekolah. Tunggu mak habis kerja. Sedih gila bila teringat. haha. Tapi tak pula saya menangis. Sekarang, dah besar macam ni, bila duduk sorang macam tu kat sekolah, teresak-esak saya menangis. Bila sorang demi sorang balik, tinggalkan saya, rasa sedih tiba-tiba. Mulalah emosional tak tentu pasal. 



Merenyam








Saya terkena gegata. Gegata tu macam gatal-gatal. Merenyam-renyam rasanya. Sangat sedap bila digaru. Tapi dulu mak pesan kalau kena gegata, jangan garu guna kuku. Mak kata bisa. Oleh itu saya perlu memilih sarung tangan atau sikat untuk menggaru. Hehe.

Saya berdoa esok saya sembuh.. Banyak urusan untuk esok. Keluarga dan sekolah. Takkan nak menggaru depan budak-budak pula.. Kalau tidak saya perlu ke klinik pagi-pagi, ambik ubat penenang gatal. Huhu.



Berangan jap. Hujan-hujan ni.






wau! :D



.......







Saya lihat renungan pelajar-pelajar saya kosong.
Bila ditanya tentang impian dan cita-cita, kebanyakan dari mereka gagal untuk menjawab.
Apa lagi bila ditanya tentang pendirian dan pegangan hidup.
Renungan kosong itu menyedarkan saya.
Tentang tanggungjawab yang sedang dipikul.
Tentang diri sendiri yang selalu terkapai-kapai.

Budaya hiburan mengosongkan minda manusia.
Bila pengisian nafsu diutamakan, kering kontanglah rohani..
Bila rohani jadi kontang, manusia tak akan merasa indahnya iman.
Apatah lagi merasa wujudnya Tuhan mengawasi gerak geri dalam sehari-hari.
Hati tak tenang, keinginan tak pernah puas-puas, tercari-cari pada sesuatu yang tidak pasti apa..





Pesan saya: Jagalah anak masing-masing. PS3 bagi. Ajar solat dan mengaji jangan lupa..








.....



La Tahzan







but you never care
never see me



......



dan hati saya, tetap mahukan kamu.
saya bodoh



Sakit otot.






+ Saya rasa tupai ni pun tidur atas lantai lah malam tadi.. sedapnya kena urut




.....

+ Malam tadi, tengok midnite movie (dengan family)


+ Papadom best

Ikan dan kereta



Segarnya engkau ni cik ikan..
Mandi 24 jam :D

Dalam akuarium saya ada ikan bilis.
Comel jugak.
Sebab badan derang halus.
Lepas tu suka berenang ramai2.
Hehe

Korang..
Malam tadi saya rempuh pagar.
Masa balik dari petrol pump.
Saya ni rabun ayam kot.
Esok nak hantar workshop :|

Apapun, rasanya Tuhan dah makbulkan doa saya.
Saya cuma perlu lebih training.
Biar kena hon banyak kali pun..
Korang, maafkan pemegang2 lesen P ye?
Kami pemandu baru belajar.
Nanti kami expert, kita racing. Ok? :D

 Mak Ayah call dari Madinah.
Happy je suara derang. hehe.
(Alhamdulillah)
Mak macam tau-tau je kereta dia cedera. haha.


Selamat berhujung minggu ^_^


Luahan hati

...Teringin sangat nak memandu.
...Try lah juga.
...Tak mau orang mengata.
...Lesen ada. Tapi serupa tak ada.

...Suatu hari, semasa memandu

...Nak masuk satu ruang yang muat-muat.
...Dengan hati yakin dan mantap.
...Saya rempuh tembok.
...Kereta taklah teruk.
...Tapi self esteem saya yang teruk.
...Tak sangka, kemampuan saya untuk menjangka ruang, adalah lemah.

...Sekarang bila ada ruang yang muat-muat
...Saya macam fobia.
...Apa lagi cilok mencilok.
...Kat MRR2.




...Lagi teruk self esteem saya.
...Kalau kereta orang lain yang kemik.




Dah tu bila nak pandainya? T_T

Raksasa





Tengoklah kuku dia. Saya rasa nak tolong ketipkan. Tunggu balik rumah nanti.
Waktu kecik-kecik dulu, kau comel je. Dah besar ni, kau macam raksasa.
Dia ada nama, kur-kur.
Saya suruh ayah bagi saja kur-kur pada orang, sebab saya rasa dia dah tak comel.
Ayah saya kecik hati kot. Sebab dia yang rajin tengokkan dan bagi makan.. hehe


Hari ni saya akan balik awal ke rumah. Tepat 3.40, saya akan cabut. Moga tak ada relief selepas waktu kerja saya.. Tapi... terasa macam ada je. Selalunya memang saya akan pulang lewat, sebab mahu temankan mak di pejabat. Tapi sekarang mak ayah tengah berehat dari kerja.. Itu yang saya suka bila mereka pergi buat haji. Jauh dari kerja yang tak pernah habis-habis :)


.




Malam tadi




Pagi ini:

"Bye emak. Bye ayah. Jaga diri baik2 tau. Nanti kita jumpa lagi ye. Janji." T_T



Tengahari ini:


Hati saya rasa sayu.



Hati saya mula merindu.



Hati saya mula sebak.





...



...



...



...












Dan saya dah menangis pun!





.....................




Korang..






Masa balik dari sekolah tadi, bila nak tutup gate, saya tengok semua rumah jiran di sini dah gelap. Yang ada hanya lampu jalan. Saya hembus nafas berat dan masuk ke dalam rumah.

Bila keadaan macam ni, saya teringat acan. Saya akan tersenyum.. Auto. Walau mata dah separuh pejam..

Oh ya saya nak cerita:) Malam semalam acan sekeluarga datang KL beraya ke rumah. Masa tu saya dan mak baru balik kerja. Ya Allah, bersinar2 mata saya tengok budak tu. Rasa bahagia tiba2.. Acan suka dengan ikan dalam akuarium. Bising mulut dia bersembang dengan ikan. Haha. Walaupun kejap je dapat jumpa malam tu, tapi terubat jugalah rindu saya. Hehe. Korang jangan geli pulak dengan entry jiwang saya malam ni.






Saya rasa saya suka baby lah. Ada sesiapa nak bagi saya baby?.. Haha! Apa punya endinglah. Malam jumaat macam ni.


Mengumpat

Jangan mengumpat.. Jangan persenda orang di belakang atau di depannya.. Jangan.. JANGAN. 







Kadang-kadang hairan sungguh dengan orang yang suka bercakap belakang nih. Kat depan bukan main rapat lagi. Boleh makan satu pinggan. Kat belakang main umpat-umpat itu ini. Tak loya ke makan daging saudara sendiri. Tak takut ke pahala sendiri di bagi pada orang yang diumpati? Memanglah sedap mengumpat dan mengata nih. Berkumpul ramai-ramai, bersembang dan gelak ketawa. Sampai tak perasan dan mendedahkan aib orang lain. Dosa itu hanya akan terhapus bila si pengumpat meminta maaf dengan ikhlas dari orang yang diumpat. Sanggup ke kita cerita semula apa yang kita umpatkan tentang dia? Manusia akan hilang rasa hormat pada orang yang suka mengumpat dan mengata. Tak kiralah tinggi mana kau duduk.






haih. Dengar orang mengumpat belakang buatkan saya rasa kasihan dengan mereka..Geram pun ada bila mereka tergamak menikam orang lain. Berdoalah selalu supaya kita terhindar dari dosa itu. Kita manusia..




Tutup kedai.





Korang dah cuci bekas kuih raya belom?:D
Budak ain nih. Orang lain beraya seminggu dua, kau raya sampai sebulan. eheheh.

Sekarang jam 11 pagi saya masih kat rumah. Semua kerja dah siap. Yang belum setel adalah kerja kat sekolah. Malasnya nak g awal-awal.. Tolong nasihat saya sikit.

Macam-macam saya nak cerita. Tapi tunggu masa yang sesuai dulu. Kalau saya cerita awal-awal, nanti orang kata, ''Elee. Kecoh je minah ni. Bukannya Sultan yang risik kau pun.''



Kura-kura.



Kat tempat saya kerja, ada satu virus.
Iaitu,
Jangan tunjuk kau pandai itu ini
Nanti kau kena
Kena apa?
Kena buat kerja orang.

haih..

Bukan ke semua orang pun khalifah?
Yang memikul tanggungjawab.
Yang akan dipersoal dan mesti dijawab
Saya yakin, virus ni ada di mana-mana.

.............................


Situasi ni akan menyebabkan semua orang sembunyi dalam cengkerang masing-masing. Macam kura-kura. Tak elok untuk jangka masa panjang sesuatu organisasi.



Gambar ni amik kat situ


Semalam, 8 Oktober, orang gomen dapat gaji. Dapat awal sebab Hari Deepavali minggu depan. Memanglah best dapat gaji.. Alhamdulillah. Tapi jangan lupa untuk berjimat dan menyimpan, sampai 25 November nanti ye. Doa-doalah semoga tak ada perbelanjaan luar jangka atau kecemasan dalam tempoh ini.. Inilah yang namanya, 'Kais bulan, makan bulan'. hehe.

Eh. Papadom, Afdlin Shauki punyer, best tak? :)





Pergi.






Get out from my head. Please..


Credit: Atilla1000

Haji


Musim itu telah hampir tiba







Kali ini,
mak dan ayah akan berangkat ke sana,
dan menjadi antara tetamu,
Tuhan yang Maha Agung..
insyaALLAH


 Syahdunya. uhu..



Alhamdulillah




Alhamdulillah




Alhamdulillah






Nota: Mak ayah dapat penerbangan awal.. 20hb Oktober.. Perasaan saya bercampur baur. Tak terluah rasanya di sini. Apapun, saya sangat gembira dan terharu. Doa saya sebagai anak, semoga urusan ibadah mereka di sana, diredhai dan dimudahkan Tuhan..

..............................

Satu malam, selepas mak ayah selesai kursus Perdana di Putrajaya, saya dan mak duduk bersembang. Tentang tarikh-tarikh perjalanan di sana, wasiat, dan lain-lain.


Mak: Ain nak mak doakan apa kat sana nanti..?
Saya: Doakan ain kawin cepat mak..(dalam hati)


ha ha ha




Senyum..^_^




Senyum seindah suria
Yang membawa bahgia
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri 

♪ Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Ku tersenyum
Kau tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum..membahagiakan
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum kepada semua
Dengan senyuman terjalinlah ikatan 



Rasanya ada sesiapa ingat lagu ni lagi tak? :D

Kata orang bijak pandai, individu yang mampu memberikan senyuman ikhlas, walau apapun situasi, adalah insan yang bahagia dan tenteram hatinya. Keikhlasan hati boleh terpancar dari riak wajah seseorang, dan ia mampu menyinar ke dalam hati insan lain.

Niatkan semoga senyuman kita dikategorikan sebagai sedekah dan ibadah, bila ia mampu membiaskan rasa bahagia kepada insan lain. Kerana senyuman adalah tanda kita menghormati dan menyayangi dirinya.








Apapun, senyuman bukan untuk mengorat ya!


Okeh. Selamat beramal..! ;)