One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label SOLUSI. Show all posts
Showing posts with label SOLUSI. Show all posts

My love ♥






Cant wait to explore him ;)



Salam. Morning! ^_^





Rasulullah s.a.w. bersabda,

''Tidak sesekali ahli syurga akan merasai rasa kesal. Melainkan tatkala mereka teringat pada saat-saat dalam kehidupan dunia mereka yang telah berlalu tanpa berzikir kepada Allah Taala!''



Zikir kepada Allah Taala membawa maksud mengingati Allah. Lakukanlah apa saja pekerjaan. Namun ingatilah Dia, pujilah Dia, dan mohonlah pengampunan dariNya. Setiap kali bibirmu bertasbih, bertahmid, dan bertakbir dengan rendah hati padaNya, sepohon pokok buat dirimu di syurga Tuhan..




kredit: SOLUSI



Teka teki


Ada sesiapa nak teka aktiviti yang saya buat semalam? Kalau betul dapat hadiah :D

Kita dah masuk fasa ke 2 dalam bulan Ramadhan. Rasa-rasanya setakat ni bagaimana pola prestasi puasa kita? Menaik? menurun? Atau mendatar?

Ada 3 golongan orang yang berpuasa menurut Imam al-Ghazali, iaitu;

1. Puasa orang kebanyakan.
Ciri2nya: Sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

2. Puasa golongan khusus (orang-orang Soleh)
Ciri2nya: Orang2 yang menahan anggota badan dengan enam perkara berikut:
* menjaga MATA dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama.
(contohnya: tengok aurat amoi)

* menjaga LIDAH daripada berdusta, memfitnah dan mengucap perkataan2 keji.
(contohnya: mengumpat jiran belakang umah)

* menjaga TELINGA daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar
(contohnya: suara manja dari bilik orang sebelah)

* menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan2 negatif.
(contohnya: bertenet sampai lenguh bahu dan leher)

* menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka puasa.
(contohnya: makan berbuka sampai pukul 8.15 mlm)

* menjaga hari agar berada antara TAKUT dan BERHARAP, serta sedar bahawa Allah s.w.t. berhak MENERIMA atau MENOLAK ibadah puasa kita.

3. Puasa golongan yang khusus daripada khusus.
Ciri2nya: Puasa tiga golongan iaitu;
- Para nabi,
- Al-Siddiqun (org2 yg jujur) dan
- Al-Muqarrabin (org2 yang dekat dengan Allah)

Puasa golongan ini mencakupi PUASA HATI daripada urusan duniawi dan hanya mengharapkan bekalan ukhrawi. Wallahua'lam.


kredit: SOLUSI

.................................................

**berjalan-jalan di mid valley di kala bulan Ramadhan, meng'kurus'kan pahala puasa saya.. Kalaulah mask tu boleh digunakan untuk tutup mata..(sape suruh gi sana)

** eh. Cuti sekolah dah abis. Alhamdulillah saya puas bercuti. Puas duk umah seminggu. Huhu. Ada satu yang saya mohon dan rayu dari Tuhan.. Iaitu agar dikuatkan kesabaran saya :)


Prays..



Saya ada impian. Bila dan bagaimana saya akan berubah kepada ini? Saya rindukan rasa tenang itu. Bila pakaian bukan sebagai penghias, tapi sebagai pelengkap peribadi..


Ramadhan, uhibbuka..





"Ahlan Wasahlan, Ramadhan!"
Kau bulan kerinduan,
Hadirmu dinantikan,
Penyiram jiwa gersang,
Membersih dosa bersarang.

Apabila...
malam pertamamu menjengah,
Bertiup al-mutsiiratu dari Arasy,
Menggerakkan pohon-pohon syurga,
Terdengar sayup-sayup merdu suara,
Tak pernah terdengar oleh telinga,
Berbisik si bidadari,
Kahwinkanlah daku,
Dengan hamba-Mu yang berpuasa.

Pintaku,
Angin mutsiiratu yang dingin,
Membelai segala kepayahan,
Memujuk segala kesedihan,
Menyejukkan dalam indahnya pengabdian.

Oh Ramadan...
Hadirmu penuh keberkatan,
Sarat rahsia keindahan,
Melimpah nur kebaikan,
memancar cinta Al-Rahman.

Ramadhanku,
Kau bagaikan pesta ibadah,
Mengajar nafsuku bermujahadah,
Tiap saatmu terkandung hikmah,
Memekar kuntuman hidayah.

Alangkah indahnya hidup,
Andai malammu ku hias tahajjud,
Hayati al-Quran penuh takjub,
Zakat dihulur bersama zuhud,
Amal berganda setinggi Uhud.

Ramadanku,
Tawaran demi tawaran kau sajikan,
Buat perindumu yang beriman,
Membentang samudera keampunan,
Bernaung kasih tiada tepian.

Ramadan,
Setahun ku merindu,
Kau kini milikku,
Hari-harimu pantas berlalu,
Kuatkanlah aku ya Rahman,
Mengaut segala ganjaran,
Berpisah dengan keredhaan.


Di petik dari kolum REMAJA dalam majalah kesayangan...
Bait indah ini milik Saudari Fatimah Syarha Mohd. Noordin




''Sebagai manusia, aku sayang padamu..'' -Laksamana Sunan



Tengoklah acan tu. Manja dengan wak dia. Tak pun wak dia yang manja dengan acan. Kihkih. Kenalkan wak itu adalah ayah saya. Pak Said..:D

Malam ni tadarus saya singkat.. Mungkin kerana mata yang asyik terpejam dan bacaan jadi entah ke mana. Oleh itu saya tukar channel kepada membaca majalah SOLUSI. Moga masih ada berkatnya :D

Jadi untuk topup markah bulan Ramadhan saya, saya nak berkongsi info yang diperolehi dari pembacaan tu :D


Pesan Khalifah Harun al-Rasyidin kepada Pendidik Puteranya.

''Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menyerahkan buah hatinya kepadamu, maka terimalah dia dengan senang hati dan wajib ke atasnya taat kepadamu. Dengan itu,

* Bacakanlah al-Quran kepadanya.
* Beritahukan kisah-kisah kepadanya.
* Ajarkan sunah-sunah kepadanya.
* Jelaskan tujuan perbicaraan dan latar belakangnya.
* Laranglah anak ini bergurau selain pada waktunya.
* Janganlah membiarkan waktu berlalu sehingga mematikan fikirannya.
* Janganlah pula dibiarkan terlalu banyak waktu berhibur untuk anak ini hingga dia terlalu bersenang-lenang oleh masa senggang itu.
* Luruskanlah anak ini dengan penuh pendekatan lemah lembut dan jika dia tidak mahu menerima pendekatan itu maka wajarlah engkau menggunakan kekerasan.''

Khalifah tidak sekali-kali memberi kedudukan istimewa kepada anaknya, apatah lagi menyelimuti anaknya dengan kemewahan dan bersantai. Jelas, dia mahu puteranya dididik dengan membangunkan jiwa dan potensi diri :)


TRIVIA:

1. Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Ismail a.s., Masjid al-Nabawi dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masjid al-Aqsa pula dibina oleh....?

2. Siapakah isteri Nabi s.a.w yang sering memberikan kepada Sayidatina Aisyah r.ha., hari gilirannya bersama Rasulullah?


Fuh. Ini entry 'Mari Menambah dan Berkongsi Ilmu..';)


** huissyyyyyy....hati ini tiba-tiba bagai ditarik-tarik untuk buka semula novel kesayangan...

Hehehehe



SOLUSI isu no.10. Sold out di kedai buku dan stesen petronas berdekatan perumahan saya. Alhamdulillah saya terjumpa di satu kedai, yang saya tak sangka akan jual majalah ni. Hehe. Berbunga-bunga hati saya tau :D

Ini Ramadhan hari ke 4. Harapan saya semoga kita masih dalam mood malam pertama Ramadhan. Saya tertanya-tanya kalau rasa ghairah ini akan bertahan ke malam yang terakhir.. Harapan saya lagi supaya rasa itu menjadi semakin hangat dari hari ke hari, insyaALLAH :D

Terima kasih buat hamba-hamba Allah yang mengingatkan saya supaya tak jemu mengejar rahmat Allah di malam-malam Ramadhan..jasamu ku kenang :)


.....................................................


Ehhh.....hidung saya dah terbau-bau harum biskut raya yang fresh dari oven.. Tapak tangan kiri saya dah terasa gatal-gatal..hehe. Ini tandanya saya dah tak sabar hulur duit raya dari poket sendiri. Hihih. Giliran saya untuk memberi dah sampai rupanya..:D

Selamat berhujung minggu :)




:: Allah mencintaimu dengan nikmat, mengapa membalasnya dengan maksiat..? ::

:: Kehidupan yang terisi dengan perkara-perkara hikmah,
akan menjernihkan akal fikiran dan juga hati ::

Satu lagi buku, dari Telaga Biru.
Serupa macam promoter buku pulak saya ni.
Buku ni saya order dari AdikBijak.com.
Semalam sampai ke tangan saya.
Saya tertarik pada tajuknya.
Selain yakin dengan profail pengarangnya.

Ok. Nampaknya, hujung minggu ni, saya akan enjoy.
Kertas ujian math mesti disiapkan.
Dan kami sekeluarga nak balik kampong. Yeay!

Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masa mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

Jagalah hati


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."


Petikan diambil dari Majalah SOLUSI. Isi kandungan dan juga illustrasinya belum pernah gagal untuk menawan hati saya. Dan i'Allah kepada pembaca yang lain.

Eh. Saya sudah kembali :D

Mulakan harimu dengan kasih sayang

Jika kamu inginkan kebahagiaan, ketenangan, aman dan tenteram, maka mulakanlah hari-harimu dengan kasih sayang. Janganlah kamu mengeruhkan hari-harimu dengan kebencian dan dendam.

Ketika kamu bangun tidur, berazamlah untuk memulakan hari-harimu dengan kasih sayang dan ingatkanlah dirimu dengan azam itu supaya kamu menjadi orang yang penyayang dalam setiap urusan.

Jadikanlah setiap tindakan dan pilihanmu itu bersumber daripada keputusanmu bahawa kamu adalah seorang yang penyayang, sabar, lembut dan ramah.

pssst.. saya sebenarnya terharu melihat bagaimana emak melayan nenek saya yang tidak sihat. Kasih sayang sangat jelas ditunjukkan emak. Saya tertanya-tanya jika saya mampu bertindak seperti itu. Saya berdoa supaya hati saya sentiasa penuh dengan kasih sayang.

Oleh itu, ada sesiapa nak berkasih sayang dengan saya? ekekekek :))

Tugas Pertama Cinta?

Salam...^_^

hikhik saya sedang gumbira. taraaa.....tengok nih saya beli apa smlm.. lalalala~



Senyum lebar tak hengat bila sempat mencilok cari novel2 tu kat Giant Permata malam tadi. Tapi saya lom baca lagi. Selak-selak je. Excited sangat. Tak bleh camtu. Nanti lari feel. Saya kena tunggu meter excited tup reda cket baru leh baca. Bagi cool~ hikhik.

Tadi saya jalan-jalan kat alam maya. Terjumpa satu kedai buku on-line. Pstu survey harga dia. Hmm sumer harga turun 10% termasuk novel kat atas nun. Sedikit frust gaks. Tapi saya rasa mesti ada bayaran tuk pos kan. alaaa mesti jadi lagi mahal kann. hehe.

Sementara menunggu meter turun, saya selak2 majalah SOLUSI yang saya beli hari tu. hmm saya nak wat sedikit ulasan tentang satu kolum dalam tu tentang cinta. hehe kolum jiwang? Saya bukan nak berjiwang-jiwang. Tapi ilmu ni beb.. Lambat laun cinta akan hadir gak dalam hidup kita. Waktu tu jangan baru nak nyesal bila cinta ada problem.

Pernah tak u'ols hadapi satu situasi dimana satu masalah timbul akibat masalah komunikasi. Tak kiralah dengan kawan ke. orang-orang atasan ke. ibu bapa ke. adik badik ke. of kos la saya penah. Kebanyakkan masalah timbul akibat dari tersalah skill komunikasi. Besar tau pengaruh dia. Silap hari bulan boleh perang besar dengan orang2 di sekeliling kita.

Jadi, apa kaitan komunikasi dengan aktiviti harian kita? Saya amik sedutan dari apa yang diulas oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam majalah tu.

Manusia perlu didengar cakap dan suara hatinya sepertimana dia perlukan makanan. Tanpa makanan, badan tidak akan sihat dan bertenaga. Maka begitulah juga manusia yang cakapnya tidak didengar, jiwa dan perasaannya akan sakit dan terdera. Kekasih yang baik ialah ialah seorang pendengar yang baik. Soalnya bila kali terakhir kita menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita?

Suami dan isteri yang baik akan menjadi pendengar yang baik kepada cerita, berita, luahan rasa pasangannya. Walaupun mungkin yang diperkatakan itu sudah berkali-kali dan kerap kali 'diulang-tayang'..

Beza antara 'Hearing' dan 'Listening'

Mendengar bukan sekadar dengan telinga. Besar bezanya antara hearing dan listening. Hearing ialah dengan telinga Listening ialah dengan mata dan jiwa.

Kita tidak hanya menajamkan telinga, tetapi kita memberi hubungan mata dan percantuman jiwa apabila mendengar kata-kata pasangan kita. Jangan cepat membalas. Jangan segera menyampuk. Tapi cukuplah dengan mendengar... dan terus mendengar.

Mata kita tumpukan ke matanya. Palingkan seluruh badan menghadapnya. Bukankah itu cara Rasullullah s.a.w apabila mendengar orang lain bercakap dengannya?

Ada satu lagi ayat beliau yang saya nak catat kat sini. Beliau mengatakan hanya orang yang sombong dan ego saja yang tidak suka mendengar dengan mata dan jiwa dari insan lain..


hm.. saya nak muhasabah diri jap ^_^

**psstt.....kacang botor dan kacang bende ai baru betunas...hi hi hi suka...~

my monDay

Salam Isnin! ^_^

Sihat ke semua.. eheheheh.. selalu pulak cik 'ain nih hapdet blog.. nampak sangat takde keje.. hihih. Ye. Saya sedang menganggur kini Pirate

Awal pagi tadi sambil kemaskan taman kat halaman umah, saya belek2 tempat semaian.. Tapi apasal tak tumbuh pape lagi haa?? Tak jadi ke sayur den nih. Bila tengok semula instruction kat packet biji benih yang ayah saye beli tu, huhu baru saya sedar, nampak sangat la budak ni baru nak belaja bercucuk tanam. Instruction tu bitau, pokok saya tu akan bertunas lepas 10 hari. oit lamenye. Berjanggut den Gasp

hep! korang jangan ejek. senyum2 pon takleh! Wink

Oh ye! saya beli majalah baru hari nih. Majalah SOLUSI. Terbitan Telaga Biru. Majalah Islamik. Sangat bagus. Banyak informasi dan isu-isu terkini tentang Islam dan Dunia. Semua segmennya dikupas dengan baik dan mudah untuk difahami dan dipelajari. Ini baru edisi pertama yang saya beli..saya harap kualitinya terus dijaga dan dipertingkatkan. Orang-orang zaman sekarang sangat dahagakan bimbingan dan maklumat tentang Islam sebenarnya. Termasuklah sayep! Smile

Saya nak share satu artikel dalam majalah ni. Harapnye di izinkan lah. hehe. Saya carik jugak kalau2 ada kenyataan yang tak mengizinkan tulisan dalam majalah ini diculik. Tapi takde pulak.. hehe..

Artikel ni dari segmen 'Angguk Geleng'. Kalau dalam majalah MASTIKA mungkin diletakkan dalam bahagian 'Senyum Pisang'. hehe.



Hanya Suka-Suka, Bukan Benar-Benar Suka


Diceritakan di Negara China zaman dahulu kala, ada seorang pemuda yang begitu mengagumi naga. Lukisan, perbualan dan tindakannya dibayangi oleh rasa kagumnya terhadap naga - melihat rupanya yang gagah, kulitnya yang keras dan nafas naga yang kononnya berapi.

Entah macam mana, satu hari ketika dia berdiri di tingkap.....
tiba-tiba naga yang dipuja-pujanya selama ini muncul. Rupa dan pergerakkan naga itu sungguh dahsyat. Melihat semua itu pemuda itu terkejut dan jatuh pengsan.

Setelah sedar dia mengeluh ketakutan dan penuh kekecewaan, rupa-rupanya bertemu dengan naga sungguh menggerunkan, Tidak seperti memujanya dari jauh.

....

Jangan terlalu memuji dan mengeji seseorang. Jangan tertipu hanya dengan kecantikkan dan kemahsyuran. Contohnya selebriti barat yang punya berjuta peminat dan bertimbun harta, kekadang, anak dan family sendiri pun tidak suka mendekat. Siap main saman-saman lagi. Manusia hanya suka-suka, bukan benar-benar sukakan mereka.


p/s: Perkataan yang ditebalkan adalah tambahan cik 'ain yang anggun supaya ayat itu bertambah sedap dan relevan. ngeh ngeh.