One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Satu Hari

Jumaat lepas saya naik bas KK** dari Johor ke KL. Beli tiket on the spot kat Sri Putri pukul 3.30 p.m. Bila akak tu bagi tau bas akan sampai 3.45 p.m saya ok kan je lah. Sebab saya tahu memang bas tu dari Larkin dan akan tiba lewat 15 minit di Sri Putri. Saya tunggu bas dengan Suria, member saya. Dia nak balik Kluang. Saya berbaju kurung cuma bawa beg galas yang selalu saya bawa ke kuliah. Habis kelas pukul 1, solat zohor dan terus ke Sri Putri.

Lepas beli tiket, saya dan Suria duduk berteduh dari panas terik di bawah satu bus stand kat situ. Ramai yang menunggu bas. Majoriti student UTM jugak. Tiba-tiba datang seorang perempuan, student mungkin. Dia mencuit bahu saya dan bila saya toleh, dia senyum dan kata "Awak, ade sorang mamat kat sana nak kenal ngan awak. Ade no fon tak?" Saya terkebil-kebil 11 saat sebelum jawab, "Nombor fon? saye takde handphone. Nombor fon public adelah. Nak ke?" Suria kat sebelah dah tersengih tengok saya. Lepas tu saya nampak perempuan tu yang terkebil-kebil sebelum jawab, "Hehe takkan takde..bagi lah, die cume nak kenal awak." Saya jawab, "Tak boleh bagi lah wakk..sori ye." Saya sempat senyum supaya dia tak rasa serba salah. Kemudian dia pergi. Waktu itu saya sempat bercakap dalam hati yang saya akan menghargai kalau mamat tu sendiri datang pada saya, dan bukan begini. Kalau dulu, bila berhadapan dengan situasi ini, saya sering kesal dengan diri sendiri bila saya terpaksa tolak dan mungkin orang akan fikir saya sombong. Tapi sekarang saya tahu cara itu yang terbaik untuk saya.

Lepas tu saya sambung berbual dengan Suria. Tunggu punya tunggu, saya tengok jam. 4.00p.m. Bas belum tiba. Sembang lagi sampai penat. Lepas tu tengok jam lagi. 4.20p.m. Saya dah panas punggung, panas hati. Saya dah terfikir untuk cari akak yang jual tiket dan sembur dia dengan lemah lembut. Tapi tak jadi bila saya fikir akibatnya. Saya dah ke hulu ke hilir. 4.25 p.m. Akhirnya bas tiba. Saya orang pertama masuk bas. Kosong. Maksudnya tiada penumpang dari Larkin. Jalan pula clear, takde jem. Jadi saya tahu saya punya alasan untuk rasa geram dengan pengurusan bas ni. Naik tangga bas, abang driver terus bagi salam kat saya. Dengan rasa geram dalam hati, saya cuma mampu balas dengan jeling. Nasib la.

Saya duduk sit depan sekali belakang driver. Lepas duduk dan selesakan diri, saya cuba untuk menenangkan diri pula. Saya terfikir mengapa saya mudah panas hati hari ini. Tiada jawapan.. Saya cuba lelapkan mata.

Lepas 30 minit, dengan mata terpejam, saya terhidu sesuatu. Saya terbau sesuatu yang amat saya anti dalam hidup. Bau asap rokok (Maaf untuk sesiapa yang smoking dan baca entry nih). Abang driver merokok dalam bas ber air-cond, dengan tingkap tertutup. Saya terasa sungguh bodoh sekali kerana terpaksa menyedut asap rokok beracun dan bukannya oksigen. Waktu tu, saya dah tak mampu tenangkan hati. Yang saya mampu lakukan cuma sumpah seranah yang sopan dalam hati untuk abang tu. Nasihat saya untuk abang tu dalam hati, "Bang, kalau nak mati cepat, mati lah sorang-sorang." Saya menekup hidung selama lebih kurang 15 minit. Bila bau asap beracun itu dah tiada, saya tenang kembali.

Tak lama kemudian, bas berhenti di R & R kawasan Machap. Nak isi air. Itu yang saya dengar dari perbualan abang driver dengan driver ke2 nya (co-pilot). 20 minit kemudian bas bergerak meninggalkan kawasan tu.

Tak sampai 15 minit kemudian, abang co-pilot tu pulak merokok. Aiiisshhhhh.....! saya hangin satu badan. Saya tak tahu kenapa, mungkin tindakan luar kawal, saya tendang dinding yang memisahkan saya dan tempat duduk driver. hahaha. Saya ter... Maaf.

Saya tahu, abang tu perasan saya menekup hidung bila dia merokok. Nasib la. Saya memang sengaja. Lepas 10 minit, abang tu tegur saya, "Dik, dah sudah." hahaha. Hampess. Tapi saya buat tak dengar. Malas nak layan.

Sampai R&R Ayer Keroh, bas berhenti 15 minit. Jam waktu tu pukul 7 pm. Ramai penumpang turun tapi saya tidak.Terasa kesal naik bas ni. Minggu lalu, saya naik bas Mara Liner ke KL pada jam yang sama 330pm, pukul 745 pm saya dah tiba di Pudu. Saya tak tahu kenapa saya kurang bersabar kali ini. Banyak yang tak menyenangkan hati kali ni mungkin.

Bas mula bergerak semula. Abang co-pilot sambil tersengih tegur saya, "Dik, tahan ye tak turun berjam-jam dalam bas." "Injap die elok lagii....bukan macam ko." Abang driver jawab. Saya cuma angguk. Betul tiada mood untuk bergurau.

Lebih kurang 30minit saya terlelap.. Lama.


Saya tersedar bila hidung saya sekali lagi terhidu bau gas beracun tadi. Saya malas nak kacaukan hati terus tekup hidung dan mulut dengan tisu. Sambil pejam mata. Waktu tu jam 800 pm dan saya di Seremban mungkin. Lepas 10 minit, abang co-pilot tegur saya, "Dik, apasal selalu tutup hidung." Saya jawab, "Busuk." Abang tu tersengih dan jawab, "Busuk bau ape?" Pada saya abang tu pura-pura tak tahu, tapi saya ambil peluang untuk jawab "Bau asap." Abang tu tergelak dan menjawab, "Bau asap bas tuu.." hehehe. Saya gelak jugak la dalam hati. "Teruk lagi dari asap bas ni bang oii.." Saya membebel dalam hati lagi. Pastu saya layan perasaan bila tengok suasana malam dari dalam bas..

Saya tiba di Pudu jam 9 pm. Terus mencari tren di stesen Masjid Jamek. Saya tak mahu emak datang jemput saya di sini. Sesak dan kalau naik kereta, mungkin lebih lambat saya tiba di rumah. Sebenarnya saya mahu lihat suasana Kuala Lumpur seorang diri..lagi pula saya suka suasana malam. Dalam tren, saya lihat macam-macam orang. Ada mat saleh bercakap dalam Bahasa Melayu, ada sepasang kekasih down sindrom, ada sepasang kekasih berpelukkan yang mungkin tiada tiang untuk dipeluk dan ada seorang wanita tua dengan 2 bungkusan kain yang besar.. Oh ya, seorang mamat melayu bertindik di kening juga menarik perhatian saya bila dia cuba untuk main mata dengan saya. haha. Dan saya terhibur sepanjang itu. Sampai di hentian Damai, saya turun untuk menjenguk nenek. Emak kata, nenek demam dah 5 hari. Waktu saya berjalan itu, saya sedar inilah yang merisaukan emak saya bila dia tahu saya suka berjalan seorang diri. Saya sedar itu, dan saya juga risau. Tapi saya mahu dan cuba bertawakal menyerahkan nasib pada Tuhan. Dia Maha Melindungi.


Alhamdulillah..perjalanan saya pada hari itu selamat dan penuh warna warni. Sampai saja di rumah, saya pengsan. Letih tapi puas.

The end..^_~

5 footstep(s):

Anonymous said...

err tiap2 minggu balik ke?

lainkali jgn duduk btul2 belakang drebar.. diorg ni mmg merokok punye laa..

Anonymous said...

laen kali awak bawa jek topeng asap mcm bomba pakai tu..

atau,

awak bawa air freshener sembur2 kt belakang driver tu.. :)

Intan and The Boys said...

kalau kite la...lama dah driver tu kena ngan kite. tak reti2 agaknya nak bukak tingkap tuh.

bintang hati said...

dik ain..
akk windu banget sama kamu...hehehe..

kalau akk jadi ain, akk pun tendang dinding bas tu..bukan sekali tapi berkali-kali..mana boleh..!!

chayok..chayok...dik ain..!!

nur'ain said...

so'od ~ err...tak. leh bankrap balik tiap mggu.

drebar bas Trans ngn Mara liner tak smoking pun..derang tau etika. hee:D

cikgu ~ cadangan yang baik cikgu. tp tk cun la pulak nak pakai benda tu. hehe.

puteri ~ nak jugak belasah drebar tu. tapi takut dia suruh turun tepi jalan. hehe.

kak bintang ~ kak...windu jugak lah^_^

huisyy....akak tengah ajar saya mengganas ke nih. hehe