One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Seorang Mujahid itu bagaimana?


err..semalam saya baru tonton animasi Saladin Ayubi. Jatuh ciNta la pulak dengan watak Saladin dalam katun tu. hehe. Masa budak dia nakal, dah dewasa macho abis. Pegangan dan prinsip dia la yang paling menawan hati. (Ntah pape tah dak 'Ain nih. Abaikan oke. hikhik)

Saya yakin dan optimis masih ada lelaki yang berkualiti kat luar sana. Biarpun tak banyak. Kata-kata di bawah saya jumpa di tenet semasa saya sedang mencari pengertian Mujahid yang sebenar.. kita hayati okeh ^_^


"Aku mampu membayangkan al-mujahid itu
sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan,
menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran
yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya.

Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut.
Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya,
perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya
tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya.
Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak
atau dituntut ke atasnya. Dia berjihad dijalannya.

Kamu dapat membaca pada garis wajahnya,
melihat pada kilauan matanya
dan mendengar pada gerakan lidahnya
segala yang bergelora dalam hatinya
berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam,
keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi
dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya.."
~Imam Hassan Al-Banna



0 footstep(s):