One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Jejaka Acheh

Saya duduk sebelah mamat indonesia dalam bas dari JB ke KL. Ensem wa cakap ama lu.. Ada iras Ari Wibowo lagik.

Di kawasan Rehat dan Rawat, dia minta saya jagakan barangnya sementara dia turun dari bas untuk ke toilet. "err..tak takut saya curi barang awak ke?" Dia hanya senyum nampak gigi. Saya tahu tiada yang berharga di dalam beg itu. Mungkin dia cuma mahu uji saya. Sebelum turun dia tanya, kalau saya mahu pesan apa2 untuk mengalas perut. Hmm perlu hati2 ni. Bau-bau bahaya. haha.

Kemudian dalam bas, dia tanya saya. "Kamu dari UTM?" Saya mengiyakan. Saya masih eksyen. Kemudian dia kenalkan diri. Nama yang dia beri adalah Ula. "Tapi bukan ular ya.." Dia sengih nampak gigi lagi. Dia dari Acheh. Umur 26. Belajar di UTM juga. Sedang master dalam perniagaan katanya. Sudah lama di Malaysia. Sebelum ini belajar di USM Penang.

Antara topik awal yang kami bualkan:

"Ain, kenapa ya, pelajar perempuan di UTM susah untuk bersikap mesra. Terutamanya pada kaum lelaki."

"Saya tak katakan mereka sombong.. Cuma saya mahu tau kenapa mereka kurang mesra.."

"Salahkah senyum"

"Adakah senyum itu bawa maksud yang buruk antara lelaki dan perempuan?"

(saya terasa) wuhuuuu... saya cuba jawab se'rasional' mungkin. Perlu beking kaum sendiri juga ya.. hehe. Tapi saya akui apa yang dia kata. Saya sendiri suka senyum. Tapi untuk wanita saja.. Mungkin untuk kaum lelaki saya terlupa.

Dan banyak lagi yang kami bualkan..tukar-tukar pendapat.. kami bualkan sesuatu yang bernas saja ya. Dari situ saya tau dia bukan lelaki yang suka cakap kosong. Dia juga kelakar. Ada rezeki saya ceritakan apa lagi perkara yang kami bualkan.

Di akhir perjalanan itu, saya harap akan jumpa dia lagi satu masa nanti. Dia boleh jadi rakan yang baik. Haih. Terlupa minta nombo tepon lak tuh. hahahah~


6 footstep(s):

rasso said...

ehehe...

ai leh piki macam2....

nanonano said...

wahh !!
psssttt.. ade tuka2 no tepon dak???

kachak said...

ehem,
ai brad pitt dri sulawesi tau.

ha ha.
cHreT!!

nur'ain said...

rasso,
yu pikir ape..hehe:D

nano,
tkde..lupa..isk!

siKachak,
hoho nak no tepon!

Tyra said...

aisey... rugi tak tukar number tefon.. :(

aku..ibnmasir said...

hehe..de pe2 ke ngan lelaki acheh tue..