One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Nenek saya yang cantik...

Bila insan yang kita sayangi pergi menemui Tuhan
pelbagai yang dirasai oleh kita yang ditinggalkan
pilu, sayu, terkejut, dan juga terkilan.

Kita akan mengatakan
rohnya pergi temui Tuhan
tiada lagi kesakitan
tiada lagi tanggungjawab dunia yang beban
tiada lagi rasa sunyi kerana diabaikan.

Bila insan itu telah tiada
cuma yang dapat diharapkan kita
moga rohnya aman tenteram dan bahagia.

Doakan kesejahteraan untuknya
selesaikan hutang piutangnya
mohon maaf bagi pihaknya
dan kirimkan bacaan Al-Fatihah padanya.

......


Arwah nenek saya, Hajjah Ainon bt Dali, pergi tinggalkan kami pada 5 Ogos lalu, hari Selasa jam 4.42 petang di katil Hospital Besar Kuala Lumpur. Saat waktu azan asar berkumandang. Sehari sebelum itu arwah koma. Dengan hanya beralaskan air putih setelah seharian berpuasa sunat Isnin, beliau terjatuh sewaktu dalam perjalanan pulang dari masjid selepas solat isya'. Beliau pergi dengan mudah dan tidak menyusahkan sesiapa.

Saya bersyukur semua anak-anaknya sempat melawat sewaktu arwah masih koma. Beliau pergi secara mengejut, dan ramai ahli keluarga saya berasa terkilan kerana tak meluangkan banyak masa untuknya. Ini termasuklah saya. Pengajaran yang bermakna buat kami agar sentiasa menghargai insan lain sewaktu hayat masih dikandung badan.

Untuk memujuk hati, saya katakan pada adik saya yang masih kecil, arwah di sana akan datang menjenguk cucunya pada bila-bila masa dan untuk itu kita mesti selalu sedekahkan pahala untuknya. Moga roh arwah tenang di sana. Moga arwah tahu kami menyayanginya dan memaafkan segala dosa kami. Sesungguhnya memang hanya itu yang kami harapkan...

Al-Fatihah. Moga secebis pahala itu dapat memberi manfaat yang bermakna kepada beliau di sana..

:puteh_11:

5 footstep(s):

Brader Black said...

Dude,
Takziah.

saudagar gaRAM.. said...

Takziah..

there's a hole in my soul..

Anonymous said...

Sedihnya bila baca..takziah untuk seluruh keluarga ain..smoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,amin..teringat arwah atuk ngan nenek acai dulu,huhu..

Unknown said...

Semoga roh Arwah di tempatkan dikalangan org2 yang beriman.. amin

salam takziah

Shah CJ said...

takziah ain.

Insyallah nenek bersama para solehah di sana.