'Queen Control' atau 'King Control' adalah produk cinta yang palsu. Iaitu cinta yang diselaputi kepentingan diri. Kulitnya cinta tetapi isinya keegoan diri. Seperti seorang pemilik burung tekukur - diberi makan, diberi minum, dibersihkan dan dimandikan, dilatih berlagu - tetapi dikurung dalam sangkar. ''Ini burung kesayangangku,'' akuinya di hadapan tetamu. ''Suaranya sungguh merdu,'' pujinya tidak henti-henti.
Cinta kita kekadang begitu. Kita ingin memberi kebaikan yang diingini oleh kita, bukan yang diingini oleh orang yang dicintai.
Belajarlah untuk membebaskan, bukan mengikat.
Tekukur: ''Jika benar kau sayangkan aku wahai tuanku, bebaskanlah aku..''
(Kredit buat majalah kegemaran saya. SOLUSI.)
- Tekukur
0 footstep(s):
Post a Comment