One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Hari ini



Setiap kali saya marah dan membebel pada pelajar, setiap kali itu juga saya akan berasa serba salah kemudiannya. Pernah tak alami perasaan itu? Rasa seperti membuat kesalahan. Kenapa ya..

 Itu cerita semalam. Hari ini semoga semuanya baik-baik saja. Saya mahu fokus. Saya sayangkan pelajar-pelajar saya, tak kira betapa guru lain mahu mereka dibuang dari sekolah. Semoga saya berhasil.. Risau ada, perasaan berharap juga ada.


Pelajar saya umpama cadar putih kepunyaan saya. Mungkin ada kekotoran. Mungkin buang adalah salah satu cara penyelesaian, tapi saya masih mahu beri peluang pada diri sendiri. Ya. Mungkin kerana saya guru fresh. Masih naif. Orang lama kata, tidak tahu sepak terajang alam persekolahan. Saya akui itu dan sebenarnya hati saya ada juga rasa gentar. Tapi saya sayangkan apa yang menjadi milik saya.Saya sendiri mahu ia dibersihkan kembali. Pasti ada penyebabnya kenapa ia kotor. Biarkan saya bereksperimen sendiri. Saya pasti perlukan bantuan. Tolonglah saya. Tapi jangan musnahkan cita-cita saya.


Oh ya. Dari hp, saya cuma boleh baca entry kawan-kawan blog saya. Cuma part mengkomen itu tak boleh. Sesi mengkomen hanya boleh apabila saya ada ruang untuk berinternet di pc. Sekian harap maklum untuk semua.. ^_^


1 footstep(s):

cikgu jawe said...

ain.. aku kdg2 teringin benor tgk bdk2 nakal tu berubah. tp susah juga. dh hantar kaunseling, nasihat, buat baik dn denda pun sama jga. tak berubah.

pastu dia mengajak pula kwn2 dia buat nakal. tu yg kdg2 terpaksa buang sekolah.

sbhgn bdk2 nakal ni ibarat barah. terpaksa kena reject sblm merebak kpd bdk2 lain.