One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Tuhan memang indah



Tak perlu pada wang bertimbun, dan tak perlu masa yang lama, hanya dengan melihat kombinasi ciptaanNya yang menghijau dan warna warni bunga, cukup buat fikiran kita bagai diterapi. Berkhidmat dengan tanah tak pernah merugikan. Ia pekerjaan yang menenangkan fikiran. Macam atuk, nenek, dan pakcik kita di kampung. Kehidupan mereka saya lihat berbeza dengan yang duduk di bandar. Saya pasti ia disebabkan oleh pekerjaan dan persekitaran. Saya cemburu dan mahu kelebihan itu juga. Jika orang kata kami hanya membazir ruang dan tanah dengan menanam tumbuhan, biarlah. Tanah yang sekangkang kera itu kami jadikan ia terapi percuma. Saya rasakan ia amat perlu. Betul tak kawan?

**Bangga tau bila lihat kupu-kupu dan lebah datang jadi tetamu:D


2 footstep(s):

Anonymous said...

ain.. apa crita pokok kacang bendi. hehe.

bagus le tanam2 pokok bunga sayur ni kan. stgh org, tanah yg ada diguna utk besarkan rumah. aku lbh suka tanam pokok dr besarkan rumah. hehe.. kalau tanam pokok pisang dgn ubi kayu blh makan hasilnya.

Anonymous said...

Cj, jangan tanya pasal pokok bendi tu. Saya rasa ada yang sabotaj saya. Ahahaha. Tapi skrg kt halaman sy ada ulam raja tau. Hehe.