One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Sadaqallahul'azim

salam cikgu.. Apa kaba? lama tak dengar berita..
salam. tgh buat apa cikgu..? acan sihat? 

Dan banyak lagi mesej yang saya terima.
Saya berterima kasih kerana mereka sudi mengambil tahu tentang saya (dan acan.huhu).
Maafkanlah saya kerana terpaksa mengabaikan sapaan itu.
Walaupun jauh di sudut hati, saya sangat mahu membalas.

Bila dugaan datang bertimpa, sedaya upaya saya mahu hadapi ia dengan sabar.
Namun siapalah saya.
Ada masanya saya akan jatuh dan terduduk.
Jadi apa yang saya lakukan adalah cuba menerima ia sebagai satu kifarah kepada dosa-dosa.
Yang puncanya dari diri yang lemah.
Dan bila tiba detik itu, selalunya saya sering cuba 'menyendiri'.
Bukan tak mahu berkongsi, cuma tak mahu orang lain bersimpati.

Walaupun mungkin ada antara mereka yang tidak membaca catatan ini,
saya mahu mereka menyedari bahawa saya menghargai semua perhatian itu.
Doakanlah saya.
Saya juga selalu mengharap supaya kembalinya diri saya yang dulu.
Tiada apa yang lebih menyedihkan saya, berbanding apa yang sedang saya hadapi.
Seandainya saya boleh berharap..saya mahu tiada yang lebih buruk dari ini.

1 footstep(s):

Shah CJ said...

sabar ye ain. hanya itu aku mampu ucap. aku berdoa awk akan temui diri awk sebenar dn kembali ceria spt dulu. :)