One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Mengandung.


Pagi ini jam 6 saya sudah terjaga. Alhamdulillah. Alarm minda saya sudah kembali ke asal. Minggu depan pengajian akan diteruskan. Saya akan kaget jika bangun pagi di sana, jam 6.45 ++ seperti waktu cuti. Alamatnya saya akan ke kuliah tanpa mandi... Erk!! Tipu je.

Habis solat, saya pantas ke dapur (lupa mandi). Di sana saya bersilat. Dua adik kecil saya itu akan ke sekolah jam 7.15. Mereka perlu bersarapan dengan nasi. Supaya bertenaga sepanjang di sekolah. Ini kerana duit belanja yang diberi selalunya akan disalah gunakan. Saya tahu tu! Belanja yang mereka dapat selalunya tidak dibelanjakan. Tapi dimasukkan dalam tabung. Itu bagus. Tapi kemudiannya, mereka akan kelaparan.

Sambil saya mengemas dapur, saya jenguk adik-adik saya di meja makan. Bersebelahan dengan sliding door yang menghadap taman mini. Saya terliur untuk duduk bersarapan dengan mereka. Dingin pagi menambah mood saya untuk makan!

Saya sudah habis satu pinggan. Setengah cawan air milo. Saya tidak mahu mengira kalori. Nanti saya sakit jiwa. Dalam mahu menghabiskan sisa minuman, saya tersedak. Aksi saya seperti wanita yang dikesan hamil. Saya segera berlari ke sinki dan meluahkan semula air milo itu ke dalamnya.

Ya Allah.......saya puasa!

Hehe..saya sudah kenyang. Mak saya pernah kata. Kalau kes begini, namanya Allah mahu beri hadiah pada kita. Ape pun saya sudah beberapa kali sendawa. Alhamdulillah...:D

"Dila ingat kak ain mengandung..!"

Ciss adikku ini. Terpengaruh dengan televisyen betul!

6 footstep(s):

so'od said...

heheh..
terlupa tertaksengaja xpe..
kehkeh..

nur'ain said...

itu lah..seronok.. hek hek..:D

- G O R O - said...

Salam Dunia!

Anda mengalami short term memory mungkin?

atau ia satu "Hibah" dari Allah

nur'ain said...

ya..salam kenalan!

short term memory..hm..mungkin juga :D

'Hibah' = 'hadiah' kan? Alhamdulillah..hehe.

Anonymous said...

hehehe.. akak baru nak ucap tahniah kat ko.. rupanya imaginasi yusuf haslam dan razak mohaideen semata2.. ekekeke

nur'ain said...

hehe akak nih. tp itu lah..sy frust jgk. hek hek