One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

d i a


hmm..baru kejap tadi, saya baca blog seseorang. Dia antara insan yang buat saya teruja untuk berblog. Saya tertarik pada corak kehidupan dia. Sebenarnya saya cemburu. Yang saya nampak dia seorang yang 'family-man'. Keluarga adalah satu punca utama kebahagiaan dia. Selain dari kawan-kawan. Dia ada ibu bapa yang sporting, kelakar, memahami, penyayang, romantik gak (hihi memandai je), tapi itu yang saya dapat rasa la. Cerita tentang dia dan keluarganya buat saya bersemangat dan selalu muhasabah diri. Dia ni misteri orangnya. Tapi kelakar.. Kisah dia dengan keluarga dan kawan2nya, buat saya ketawa dan turut rasa hepi dengan kehidupan dia.

Tapi, entah di mana silapnya, something happen kat dia. Tutup blog. Terus lost.

Sekarang alhamdulillah, saya dapat jejak dia semula. Betul tekaan saya, ada sesuatu yang dah terjadi pada kehidupan dia. Bila saya baca tulisan dia, saya dapat rasa dia dalam kesedihan dan kemurungan. Saya tak tahu dan tak mahu menyibuk dengan rahsia orang lain, saya cuma dapat berdoa supaya dia terus bersemangat, tabah dan ceria seperti selalu. Itu yang saya harapkan lah.

Tapi ada sesuatu yang tidak berubah..masih ada sense of humor yang best dalam penulisan dia. hehe. Cuma ia diselang selikan dengan rintihan-rintihan hati yang tersembunyi.

Hm..andai kata dia terbaca tulisan saya, saya harap dia tak kisah dengan entry saya ni. Saya cuma nak beritahu yang kehadiran tulisan-tulisan dia buat saya rasa terisi. Saya cuma dapat berdoa dan berharap supaya satu hari nanti segalanya akan pulih seperti sediakala, malah saya tau, jika hari itu tiba, pasti dialah insan yang paling bersyukur. Tapi kalau hari itu tak tiba, saya harap dan doakan moga dia akan terus tabah dan dapat menghargai setiap detik yang ada. Saya mahu dia yakin sesungguhnya pasti ada rahsia dan hikmah, mengapa tuhan aturkan kehidupannya sedemikian. Apapun, saya akur..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.