One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Buku Baru


Saya teringat satu buku yang bercerita tentang seorang tokoh Islam zaman Bani Umayyah. Umar bin Abdul Aziz. Kalau salah sila betulkan. Detik yang paling melekat dalam fikiran saya bila terbaca kisah di mana beliau sedaya upaya menolak apabila cuba diangkat menjadi pemerintah tertinggi Islam ketika itu. Sedangkan waktu itu, Islam adalah satu empayar yang mengagumkan. Rentetan terperincinya saya sudah ingat-ingat lupa dan saya perlu rujuk semula untuk bercerita di dalam ini.

Apabila jawatan dan tanggungjawab itu terpikul dibahunya, wajah beliau berubah. Di rumahnya, beliau sujud dan menangis. Rasa rendah. Takut dengan tanggungjawab yang berat itu. Tapi dengan sikap itulah akhirnya beliau berjaya membangunkan empayar Islam dan menjadi kesayangan kepada rakyat. Walaupun cuma 2 tahun memerintah, dalam satu jangka waktu yang singkat, alhamdullillah beliau berjaya membersihkan dan membetulkan kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh pemerintahan Bani Umayyah yang sebelumnya.

Yang terkesan dalam hati saya ialah, meskipun waktu itu Islam satu empayar yang besar, namun beliau hanya mampu melakukan haji di hujung usia pemerintahannya kerana ketidakmampuan dari segi kewangan untuk menunaikannya. Kekayaan bukan sesuatu yang dikejar, tapi kesejahteraan rakyat Islam diseluruh dunia yang jadi perkiraannya.

Di Makkah, ada satu peristiwa yang turut menyentuh hati di mana, ketika jemaah haji seluruh dunia yang tidak mengenali beliau mengerumuninya untuk melihat wajahnya dari dekat, ada seorang kanak-kanak kecil yang berasa hairan dengan keadaan itu lalu bertanyakan kepada ayahnya. Lalu ayahnya menjawab, "Maha Suci Tuhan, wajah yang dicintai Allah pasti akan juga dicintai oleh manusia keseluruhannya."

Luluh hati.

Dan sempena dengan negara kita yang baru melalui fasa perubahan kepimpinan, walaupun bukan keseluruhannya, saya berdoa dan mengharapkan agar situasi ini membawa kebaikan untuk umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia umumnya. Doa adalah senjata untuk orang Islam. Saya terasa jauh lagi kita mampu untuk pergi, tapi banyak halangan yang perlu dikesan dan dibaiki oleh para pemerintah. Dan juga diri sendiri.

Sebenarnya saya rasa gembira dengan perubahan seperti ini, tapi ada rasa gentar juga. Segala-galanya masih terlalu awal untuk dinilai. Apapun, saya rasa kita perlu optimis..dan mendoakan yang baik-baik saja untuk negara kita dan seluruhnya.

4 footstep(s):

faisal said...

sangat setuju ngan awk..:) smoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik untuk semua..:) gembira dalam kerisauan..

cikgu jawe said...

betul tu. umar b. abd aziz. dia wafat muda stlh 2 thn mentadbir bani umaiyyah.

dia bukan mati tua. stgh riwayat kata dia wafat diracun. sebelum itu, anak lelakinya juga wafat diracun. wallahu a'lam.

bintang hati said...

wahh..dik 'ain nampak sangat matang dgn entrie ini...huhuhu...

tahniah...tahniah...!!

nur'ain said...

Faisal ~ Aminn..^_^
Cikgu ~ Cikgu, mungkinkah kita baca buku yang sama? hee
Kak bintang ~ err...malo lah. hekhek