One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Guru dan dot dot

Salam Jumaat! Meh sini nak bebel pasal guru bersempena dengan Hari Guru.

Kalau kita perasan, dunia kerjaya sekarang sangat mementingkan kedudukan & title. Ini untuk melambangkan ke'professional' dan kepakaran seseorang dalam kerjaya. Ye la. Bila dah ber'title' kita cakap apa pun orang akan take note. So title melambangkan kepakaran (orang kata. bukan saya. hee). Contohnye, kalau engineer ada title Ir., doktor dengan title Dr., arkiter dengan Ar. (ade ke?). Oleh itu, cikgu juga mesti ada! err kalau bubuh title Tr. oke tak?? syiok nyerr..^_^

Tapi kerjaya sebagai guru tu profesional ke? Yang saya tahu, profesional adalah bidang kerjaya yang menerima latihan (Latihan intensif 2 or 3 bulan saja tidak cukup) dan wujudnya persatuan yang mendokong kerjaya tersebut. nah.. oleh itu guru juga profesional. Banyak isu ke'profesional' seorang guru ni sebenarnya. Pernah seorang Profesor saya (Prof. Dr. Ismail Kailani), menimbulkan isu 'Guru Sementara' dalam dunia perguruan. Beliau menyatakan sepatutnya tidak wujud istilah 'sementara' dalam dunia profesional. Okey, kalau kita g hospital, pernah ke kita jumpa title 'Doktor Sementara' kat sana? memang ralat kita dengar.

Saya tak pernah merendahkan guru-guru sementara kat malaysia ni. Guru sementara itu tak salah. Cuma banyak kesan yang akan timbul jika seseorang itu tiada latar belakang perguruan, tidak pernah menerima latihan perguruan, cuba untuk mendidik. Okey. Cuba kita bayangkan bagaimana seorang doktor mahu mengoperate pesakitnya tanpa ilmu mendalam berkenaan pengoperetan (ape kejadahnya ayat saya ini). Seriau je dengar. Gerenti kita pun tak berani nak serahkan diri untuk dioperate kan? Begitu juga guru. Memang lah takkan ada yang mati dibedah. Tapi sahsiah pelajar itu bagaimana? Kita pun tau situasi di Malaysia ni macam mana. Bila sesorang pelajar itu rosak, yang akan disalahkan ialah guru. Guru. Dan guru.

hmm....tapi bak kata emak saya, apa-apa pekerjaan, bila dilakukan dengan ikhlas, akan membuahkan hasil yang baik. Betul. Tapi kat sini saya tambah, 'keikhlasan dan kemahiran'. Baru superb keputusannya! ngee.. ngee.. jangan mare yee. Tambahkan keikhlasan dan kemahiran dalam diri..insyaALLAH tiada masalah untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.. Malah boleh lebih cemerlang dari guru yang sebenar. Camat Hari Guru..! Guru cemerlang Negara terbilang! (Tema hari guru tahun ni kalau tak silap)

p/s: Ada istilah cikgu 25. penah dengar? maksudnya cikgu yang bekerja cuma untuk menanti 25 haribulan tiba. Gaji masuk..! Lumayan jadi cikgu sekarang nih. Pe'el pelajar2 nye pun lumayan juga.....


6 footstep(s):

Intan and The Boys said...

selamat hari guru!!!
:)

nur'ain said...

Macih..^_^

Shah CJ said...

dr segi perjawatan, kerjaya cikgu mmg profesional. lbh ekslusif lagi guru agama. hanya guru agama bertauliah shj boleh mengajar agama.

mmg kurang setuju istilah guru sementara. kalau guru ganti ok sikit. rasanya dh takde istilah guru sementara, guru sandaran skrg nih.

cikgu 25hb? hmmm.. skrg cikgu 22hb kot.. mana2 kerja pun ada benda nih. bukan cikgu je. cikgu pun manusia biasa gak.. hehe

nur'ain said...

macih cikgu tulun betulkan saya. hehe.

o. cikgu 22 juga kah? hehe. yg penting tak curik tulang sembang kt kantin berejam-jam. saya anti! =p

AinNur Haris said...

emm..
akak setuju tu..apa2 pun keje kita buat mesti ikhlas.. kalau semua cikgu ikhlas, anak murid dpt merasainya...(",)

nak tujukan ucapan SELAMAT HARI GURU untuk semua guru2 di malaysia dan seluruh dunia...(termasuk bakal2 cikgu jugak...hehehe...)

nur'ain said...

kak, saya suka ucapan yang last tu. hehe mmuahh!