One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?

Jawapannya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' lengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian.

Petikan ceramah oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Saya juga jahil. Tapi moga kita tergolong dikalangan hambaNya yang sentiasa berusaha untuk berubah.. amin.

2 footstep(s):

Anonymous said...

bagus.. bagus.. elok jd ingatan buat semua.

kalau nak tunggu jadi baik baru nak suruh org lain buat baik, maka takde le org yang nak mengingatkan.. :)

nur'ain said...

Betul cikgu! Setujuu bangat