One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

master

Malam tadi lame gak saya terkebil-kebil bawah selimut. Cadangnya nak lelapkan mata awal cket dalam jam 11 malam.. 2 3 hari tido lewat cukup buat mata saya lebam. Oleh itu saya mahu pulihkan mata saya yang keletihan tuh. Akhirnya, disebabkan rutin tido malam yang berubah, misi saya malam tadi turut gagal. cis..





hmm..kat atas ni adalah screenprint laman web untuk projek tesis saya kat UTM dulu. Gelap gelita? Memang pun..base itam. Penilai pun syak saya ni black metal. hehe sabo je. Saya bangunkan satu laman web prototaip untuk subjek bahasa pengaturcaraan C++. Pendekatan yang saya gunakan untuk sampaikan isi pelajaran adalah critical thinking dan problem solving.

Di samping membangunkan laman web, saya perlu pastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalamnya bertepatan dengan pendekatan yang telah saya pilih iaitu pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

huh..memang kritikal pun saya waktu tu. Bila imbas semula detik2 di tahun akhir, automatik rase seram sejuk nak sambung master.

Tapi entah macam mana, alhamdulillah, projek tu saya dapat A+. Semuanya hasil bantuan dan sokongan tak berbelah bagi oleh penyelia saya. Lap u Puan Azean! huhuh

hm..sebenarnya saya nak sambung master. Jika diizinkan Tuhan, saya mahu mulakan tahun depan. Saya teringin nak sambung projek thesis ni. Doa-doakanlah saya tak lemau..

Malam tadi akibat misi yang tak complish seperti yang saya nyatakan di awal tadi, akhirnya saya buka pc..dan menghadap semula projek saya ni. adeh.. rasa macam urat saraf kat otak ai ni dah tak connect. Lembap je.

Takleh jadi..saya mesti kembalikan semangat yang pudar dek lama duduk dalam zon selesa menternak lemak..

Tapi betullah orang kata, kalau nak sambung belajar lebih baik segerakan, sebelum payau semua semangat tu. Lebih-lebih lagi bila dah selesa kat satu-satu tempat, sekolah contohnya.

Kalau dah berumah tangga mesti lagi susah kan.. Sedap lagi duk berkepit ngan laki sendiri dari berkepit ngan buku. ahahah!

Selama ni, selesai je degree, dalam kepala otak saya cuma terfikir nak kawin pastu nak cari duit. Tak teringat pun nak sambung belajar..

Nampaknya saya mesti merancang dari sekarang. Tetapkan matlamat sebelum betol2 terlewat..


5 footstep(s):

Brader Black said...

Wo!

Ni dah tahap wajib kawin ni.

Dah ade colan2?

ha ha.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

sengal, lembap, pudar, payau, lemau... byk btol metafora awak yep!

saya senang je...

"apsal dah tanak sambon blaja?"

"otak dah berkarat laa"

byk tol yg awk membebel ari neh ye makcik? bagus, bagus... teruskan...

baru syok nak dengar cerita-ceriti tak berpenghujung neh...

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

hhahahahahahahahaahahhahahahahahahahhahahahahahahahaahahhahahahahahaha
hhahahahahahahahaahahhahahahahahaha
hhahahahahahahahaahahhahahahahahaha
hhahahahahahahahaahahhahahahahahaha
hhahahahahahahahaahahhahahahahahaha

nak gelak je...huhu..

Intan and The Boys said...

kite dari dulu ada cite2 nak sambung master. tapi bila dah kawen, rasa macam jauhhhhhh je cite2 tu.

huhuhu~

nur'ain said...

parjo,
tkpa. takde calon buleh kawin gaks~ hikhik

ajai,
otak saye lom karat lagik. masik angin jep.

hehe

azizee,
org gelak ni ada dua sbb. satu gembira. satu mereng. awak yg mne satu. hikhik

puterikurekure,
jauh? hehe. sempat lagi nak kejar. nnt cit abg nk keje jauh, cit intan leh ikot sbil smbg blaja.... lalalala