One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Dunia maya tak seindah namanya..

Dalam dunia maya ini, sesiapa bebas mengatakan apa saja. Bebas berkongsi cerita hidup. Bebas berkenalan dengan sesiapa. Juga bebas menyamar sebagai apa saja, hatta sebagai Spongebob sekalipun.

Oleh kerana tiada had dan sekatan, kita bebas menutup kebenaran. Kita juga bebas untuk membunga-bungakan kisah agar ia kelihatan lebih indah, seindah perasaan insan-insan bercinta.

Oleh yang demikian, jika tak mahu penyesalan, kita tidak boleh obses dengan apa yang ada di dalamnya. Kerana segalanya belum pasti lagi kesahihannya. Dunia maya tak seindah namanya. Batasilah kepercayaan padanya..

Saya mahu kongsikan beberapa kisah tentang saya dengan dunia maya ini, di sepanjang saya berkecimpung di dalamnya. Dan untuk hari Isnin yang berbahagia ni, terimalahhhh..... kisah cik 'ain dan incet Dean Winchester.....@malu
eeh silap, incet Solihin....

Saya ada tiga orang kawan dengan nama Solihin. Sedap nama ni. Lurus... Ketiga-tiganya istimewa dengan karakter masing-masing. Sikap, pekerjaan dan pendirian mereka berbeza sama sekali. Nama panggilan mereka juga berbeza. Saya panggil mereka dengan nama In, Soleh, dan seorang lagi Has. Ketiga-tiganya juga, saya kenal sejak 4 tahun lepas. Dalam dunia maya ini. Masa zaman muda-muda dulu saya selalu buka laman sembang. IRC. Mereka antara yang masih kekal menjadi kawan saya sehingga kini.

In seorang yang prihatin. Seorang lelaki yang agak tegas. Tapi masih rajin melayan perangai saya. Mungkin kerana dia anak sulung dan punya ramai adik. Dia sudah bertunang.

Soleh pula mungkin boleh saya anggap sebagai adik kerana muda beberapa bulan dari saya. Rajin juga melayan. Dia selalu tido awal (hikhik). Bakal menjadi suami yang setia di rumah insyaALLAH. Tak rajin keluar jenjalan. Dia seorang sahabat yang sudi mendengar apapun omelan saya dan ikhlas memberikan pendapat walaupun pahit bagi saya. Saya hormati dia..

Has. Seorang army officer. Has cuma nick name. Dia gunakan nama itu untuk memperingati seorang sahabatnya yang mati lemas kerana menyelamatkan nyawanya satu masa dulu. Dia ada sense of humor yang buat saya mengong dan hilang akal. Menjadi seorang tentera menyebabkan dia mempunyai hati kering (walaupun sebenarnya masih ada sisa jiwang dalam hati dia. ahaks. dia tak mahu terima kenyataan itu)

hmm. Namun mereka ada persamaan. Ketiga-tiganya sabar dan sudi menerima orang lain seadanya. Berterus terang. Tahu membezakan kawan dan kasih. Tak bermain dengan kata-kata manis. Saya seorang insan yang celik dan tak mahu tertipu dengan bayang-bayang. Alhamdulillah mereka selalu ada..
[o yee..mereka da bepunye. harap maklum. hikhik]


...



**Sebenarnya saya saje nak dedikasikan satu entry untuk mereka.
**Para Solihin semua..belanja weihhh. hikhik.@senyumkenyit

12 footstep(s):

CAHAYA MATA said...

wahh..wahh..!!
yg mana satu idaman qalbu...? ehekk..ehekkk... setakat KAWAN menjadi KEKASIH tu biasa la dik 'ain...jgn malu-malu ekk.. ;-p

nur'ain said...

huiii kak. depa member sy. sumer dah ade makwe. ahaks.

nordee said...

mmacam kebetulan yang best kan...nama sama..

Kujie said...

kenal bertahun di realiti
hidup serumah
makan sepinggan
tido sebantal pun belum tentu kita betul² kenal...:p

nur'ain said...

kak nordee,
saya pon tk perasan. smlm bru perasan. hehe

kujie,
salam kijie..:)
memang betul
kita hanya mampu berbaik sangka
sesama manusia

cikgu jawe said...

org dulu kata..

dr mata turun ke hati.

org skrg kata..

dr alam maya bertemu di alam realiti. hehe

berbaik sangka dn pd masa yg sama berhati2 juga. ramai org yg memakai topeng otromen kt alam maya. lagak spt super dupa hero.

cendawanintim said...

so sweeeeeeeeeet persahabatan kamu..

biar kita berkawan biasa2 ajer, namun ianya kekal sebagai luar biasa..

nur'ain said...

cj,
betul..alam maya tak seindah namanya :)

cendawanintim,
huhu. time kasih..akak memang memahami!

indrasakty said...

Aduss.. ruginya amat (merujuk kepada ayat terakhir dalam kurungan).

nur'ain said...

indrasakty, ahaks.....^_^ derg yg rugi. ahahahah

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

org seperti ini mmg sukar dicari... bila dah dpt, jgn dilepaskan... tak rugi sekadar menghulurkan tali persahabatan... kelak, mereka juga yang boleh diharapkan, insya-Allah...

p/s : saya tidak tergolong seperti mereka, harap maaf...

nur'ain said...

ajai oit. hikhik ^_^

insyaALLAH. awk pon tergolong dikalangan para solihin jgk..:)