One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Salam. Bersawangnya blog ni. Tak ada yang bersihkan ke.

Idea tuan rumah semakin tandus dan ditambah lagi dengan kemalasan. Jangan malas-malas. Orang tak suka. Tetamu yang datang mesti dijamu. Mereka datang untuk melawat kamu ain.

Saya baru habis musim orientasi di sekolah baru pada minggu lalu. Orientasi itu tidak ada sesi buli membuli. Alhamdulillah semuanya lancar. Berani la buli saya.

Sejurus habis orientasi pada 17 December itu, saya dan keluarga ke Bagan Lalang. Di daerah Sepang. Apa yang ada di sana? Tiada air terjun yang saya suka. Tapi terima kasih pada seseorang yang dah bersusah payah book chalet tuk kami :D

Resort kami boleh dikatakan di tepi pantai. Memang tepi pantai. Tapi korang tau pantai Selat Melaka macam mana. Tak seindah pantai Laut China Selatan sana. Jadi kenapa pilih Bagan lalang? Jujurnya kerana menemankan emak yang bekerja di sana. Menyemak voucer perjalanan pengawas peperiksaan untuk negeri Selangor. Kami temankan mak sambil bercuti. Orang kata sambil menyelam sambil minum air. Oh ye. Saya saspek air di resort itu kurang bersih (saya saspek lah). Sebab tekak saya sakit. Kemudian jadi demam. Saya memang sensetif dengan air. Sekarang tengah demam lah. Srot.. srot..

Tapi walau apapun saya dapat satu pengajaran baru. Percutian tak semestinya ditempat yang indah sempurna. Apa yang penting hati kita mesti besar untuk terima semua kekurangan yang ada. Keseronokkan terletak pada bagaimana kita mampu merubah suasana.

Malam akhir kami buat bbQ. Seronok. Kami jemput 2 keluarga adik beradik mak saya. Mereka tinggal berhampiran sana. Alhamdulillah objektif tercapai. Aduh. Macam buat sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas pulak. Ada tujuan dan objektif. Objektif emak adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim. Empayar keluarga mesti kukuh dan bersatu, mak kata.

Yang tak bestnya, bila nak balik ke KL. Kereta penuh. Bersempit-sempit kami. Nasib baik cuma 2 jam perjalanan. Saya dan emak bertekad (berangan) untuk beli satu Toyota Innova. Supaya boleh bercuti dengan selesa.

Oh ya. 17 December tu tarikh hari lahir saya. Yang ke 23. Malam pertama di sana, adik berdik dan mak ayah buat kejutan untuk saya. Terkejut juga. Menyampah tau. Saya tak tau nak beri reaksi apa waktu tu. Terima kasih untuk mereka.. Tau-tau je gaji saya keluar hari tu. Gaji pertama saya peroleh pada umur 23 tahun. hmmm manis juga ^_^

. . . . . . . Layankan . . . . . . .


rain.gif

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

5 footstep(s):

Anonymous said...

aku tahu knp ko punya gaji blh keluar awal. hak! hak!

jaga diri dn rajin2 makan ubat. kalau susah, makan dgn pisang. hehe
:)

nur'ain said...

hehe cj. tau takpe :D alhamdulillah. tp potong gaji pon banyak nih tau. hehe

wokay tenkiu..^_^

nanonano said...

woo0oow..
apekah kezutan itu??
hepi belated bday ain,
:)

Intan and The Boys said...

happy belated birthday ain.

demam ek? makan ubat tau ikut time tau. banyakkan minum air masak ok!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

ekk... apesal tak bgtau awal2 besday... :|

ujung taun ye? saye awal taun... maka saya tua setaun dr awak... :p