One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Kemanisan yang mendera


Bila sehalus mungkin rasa hati dihulur
bila makna rasa itu tidak difahami
bila rasa malu yang menghiasi

Hanya doa tulus yang dipanjat
pada Dia Yang Maha Tahu
setiap pintasan dalam hati..


Dulu saya pernah terfikir yang saya mungkin tak akan dapat merasa manisnya bercinta seperti yang saya baca dalam novel tulisan Habiburrahman. Beliau cuba mendidik pembacanya tentang cinta yang tak perlu dipaksakan. Tuhan telah mengatur jodoh semua hambaNya. Memang betul kita mesti berusaha, tapi bukan memaksa. Beri ruang pada aturan Tuhan. Berdoa agar ditemukan dengan yang terbaik untuk diri. Lalui kehidupan dengan hati yang lapang, menerima dengan redha setiap apa yang Tuhan berikan serta sentiasa bertekad dan berusaha untuk memberi yang terbaik pada insan sekeliling. Dengan izinNya pasti Cinta akan hadir.. Sehalus sutera, rasa itu bagaikan mengalir dalam hati. Ia menyejukkan dan bukan mengacau bilaukan hati. Setelah itu terjadi, usahakan untuk menjalinkan hubungan dengan definasi Islam. Sekiranya ada halangan-halangan, laluinya dengan iman dan hati yang lapang. Usah salah menyalahkan kerana ia hanya memburukkan hati dan keadaan. Ia memang mendera secara total. Namun yakinlah, berpeganglah pada janji Tuhan. Dia tak akan menganiaya hambaNya dengan memberi ujian yang belum diukur dengan kemampuan hambaNya. Pastikan hati ini tidak tergelincir dari tujuan asal kenapa manusia bercinta. Pastikan hati ini bercinta kerana Cinta pada Tuhan. Jika ada unsur nafsu, buanglah ia. Pahat dalam hati yang paling dalam, bahawa cinta kerana nafsu, Tuhan tidak akan menjanjikan kebahagiaan berkekalan. Pasti tiada siapa mahu hidup menderita. Betulkanlah niat. Luruskanlah langkah. Ini semua yang sedang saya lakukan. Saya lemah dan kadangkala hampir juga tersungkur. Namun saya bertekad mahu berpegang pada janji Tuhan. Semoga Tuhan mengampunkan kejahilan saya yang lalu.


Panjang pula entry jiwang minah ni. hi hi.



0 footstep(s):