One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Ulser beranak pinak

Esok dah mula sesi persekolahan. Jujurnya saya rasa teruja dan bersemangat. Saya pasti budak-budak tu rindukan saya. Hahah. Tapi, ulser dalam mulut saya masih belum baik lagi. Ada tiga tempat semuanya. Semuanya sedang masak ranum. Aduh.. cakit! cakit! Bila ada ulser, saya tak mampu buka mulut luas-luas. Oleh itu suara saya tak dapat keluar semaksima mungkin. Budak-budak tidak suka kalau suara saya perlahan. Lagipun mana boleh saya kalah dengan suara mereka. Tak boleh jadi ni. Nampaknya saya mesti rancang pengajaran yang hanya perlukan penggunaan suara yang minimum. hmm..tapi apa ye. Ada tiga rancangan dalam kepala saya:

Pertama: Menggunakan bilik komputer, dan pc sebagai medium pengajaran.
Masalah yang akan dihadapi: Bilangan pc yang tak dapat menampung bilangan pelajar kelas saya. Aduh lagi kecoh nanti jadinya.

Kedua: Memberi kerja kelas secara kumpulan. Projek.
Masalah yang akan dihadapi: errr...untuk jadual hari Isnin, saya akan mengajar di kelas yang belakang-belakang..saya risau projek lain yang jadi.. jahat fikiran saya ni kan?

Ketiga: Beri ujian individu pada mereka.
Masalah yang akan dihadapi: Mungkin pelajar tidak besedia untuk ujian kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina. hmm...tapi ok juga cadangan ni. Senakal-nakal pelajar sekolah saya, mereka sangat risaukan peperiksaan ataupun ujian. Oleh itu setiap kali ada ujian, mereka akan jadi lebih serius.

Oleh itu, saya memilih untuk melancarkan ujian pada hari esok. Dan semoga saya berjaya mengawal kelas tanpa suara berlebihan. yuhuuuuu.....!

3 footstep(s):

Anonymous said...

salam ain.

org tua kata punca ulser sbb panas dalam badan. cuba minum air byk2. elakkan air batu dn blh try air kelapa muda.

blh gak sapu ubat bonjela atau tak nk pedih sapu ubat gigi cenduku.

kalau tk baik juga, masak sepedas2nya sehabis pedas dn lumur kt ulser tu. haha!.

aku cdgkan strategi ke 4. bawa mrk ke perpustakaan utk ambil markah nilam. hehe

lumur sambal tu aku gurau jek. nk buat pun blh gak. sendiri tanggung. huhu

nur'ain said...

ekekekek. cj, meraung berguling la saya kena sambal tu.

betul, musim sekarang tak menentu. panas sgt.. pstu ujan lebat.. pstu panas terik lagi. mana lah tak panas dalam badan.

AinNur Haris said...

wahh..wahhh..
begitu mengambil berat sekali yer.."sayang" nya dia..

emm..safwan..panggil ummi lagi sekali..cepat skit.. ;-p