Tengoklah acan tu. Manja dengan wak dia. Tak pun wak dia yang manja dengan acan. Kihkih. Kenalkan wak itu adalah ayah saya. Pak Said..:D
Malam ni tadarus saya singkat.. Mungkin kerana mata yang asyik terpejam dan bacaan jadi entah ke mana. Oleh itu saya tukar channel kepada membaca majalah SOLUSI. Moga masih ada berkatnya :D
Jadi untuk topup markah bulan Ramadhan saya, saya nak berkongsi info yang diperolehi dari pembacaan tu :D
Pesan Khalifah Harun al-Rasyidin kepada Pendidik Puteranya.
''Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menyerahkan buah hatinya kepadamu, maka terimalah dia dengan senang hati dan wajib ke atasnya taat kepadamu. Dengan itu,
* Bacakanlah al-Quran kepadanya.
* Beritahukan kisah-kisah kepadanya.
* Ajarkan sunah-sunah kepadanya.
* Jelaskan tujuan perbicaraan dan latar belakangnya.
* Laranglah anak ini bergurau selain pada waktunya.
* Janganlah membiarkan waktu berlalu sehingga mematikan fikirannya.
* Janganlah pula dibiarkan terlalu banyak waktu berhibur untuk anak ini hingga dia terlalu bersenang-lenang oleh masa senggang itu.
* Luruskanlah anak ini dengan penuh pendekatan lemah lembut dan jika dia tidak mahu menerima pendekatan itu maka wajarlah engkau menggunakan kekerasan.''
Khalifah tidak sekali-kali memberi kedudukan istimewa kepada anaknya, apatah lagi menyelimuti anaknya dengan kemewahan dan bersantai. Jelas, dia mahu puteranya dididik dengan membangunkan jiwa dan potensi diri :)
TRIVIA:
1. Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Ismail a.s., Masjid al-Nabawi dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masjid al-Aqsa pula dibina oleh....?
2. Siapakah isteri Nabi s.a.w yang sering memberikan kepada Sayidatina Aisyah r.ha., hari gilirannya bersama Rasulullah?
Fuh. Ini entry 'Mari Menambah dan Berkongsi Ilmu..';)
** huissyyyyyy....hati ini tiba-tiba bagai ditarik-tarik untuk buka semula novel kesayangan...
4 footstep(s):
sbg sahabat, aku juga sayang kamu - laksamana surip panglima bukit meru..
jwpn:
1. masjid al-aqsa dibina oleh khalifah umar al-khattab, diperbesarkan oleh khalifah abd malik b. marwan dn disempurnkan oleh khalifah marwan b. hakam.
2. isteri baginda rasul tersebut ialah ummu salamah.
hehe ;)
wahh..hencem nya Pak Said.. patut la anak daranya cantikk.. (hehehehe..pujian ikhlas ni..)
emm..terima kasih dik'ain..terima kasih CJ..ilmu berguna hari ini..buat la lagi ehh.. dik'ain tanya, CJ jawab.. SAYA baca.. :)
alhamdulillah, tambah ilmu agama pagi2 ni.
:)
cj - wah nama dia.. :))
cj, yg bina msjid aqsa bukan nabi Sulaiman ke?? nnt nnt sy tgok kitab smula :D
cm - macih kak. hehe. akak org ptama puji sy ikhlas. kikiki
kak intan - yeay! tambah markah puasa saya :D maceh
Post a Comment