One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Pasal Taucu

Salam semua :)


Goreng bawang merah + bawang putih + ikan bilis + cili ijau


Tambah petai. mmmm nyum nyum :)


Tambah halia yang gemuk-gemuk, besar-besar. hihih.


Tambah taucu! sedapnya bau~


Tambah air asam jawa, dan tuang air panas
Gula dan garam secukup rasa.
Untuk jadi lauk, tambah telur yang dah siap direbus, atau ikan yang dah siap digoreng.

Siap.


Gambar hidangan tak ada. Sebab saya dan mak dah tak sabar nak makan. hihhih.

Balik dari sekolah petang semalam, agak lewat. Lagi 10 minit nak azan maghrib, mak nak makan untuk berbuka puasa. Saya dah jemu makan rendang daging, ayam masak merah, nasi himpit, lemang, dan kuah kacang dan lain-lain makanan musim raya. Jadi, Taucu adalah menu kami berdua malam semalam. Sedapnya mengalahkan ayam dara goreng berempah. hehe.

Bila musim sekolah, macam ni lah rutin kami. Bila saya cerita ni dekat seorang kawan, dia kata, mesti saya tak pandai memasak. Kalau pandai pun mesti masakan yang biasa dan mudah-mudah aja. huhu..saba je la. Tapi memang betul pun dia kata. Bila fikir-fikir, kesian lah kat laki saya nanti.. Harap-harap dia bukan seorang yang cerewet pasal ini..




"Cikgu! kenapa ada bau petai nih.."







4 footstep(s):

CJ said...

ini le lauk kegemaran aku sejak dulu. hrp2 dpt le merasa masakan awk pasni ye ain. hehe ;)

nur'ain said...

Hehe cj. Knp sy rsa seram sejuk je ni..

CJ said...

seram sejuk?. cuba ambek selimut tebal sket.. ;)

CAHAYA MATA said...

ehemm..ehemm..
tumpang lalu kejap..

cukup tebal tak selimut dik'ain tu..?hehehehehehe.. ;-p