One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Hari ni saya malas pakai baju batik

Salam semua :)




Hari ni saya mood orange. Baju saya warna oren. Kamu? :)


Macam-macam tafsiran warna orange yang saya dapat waktu meng'google' tadi. Kebanyakkannya mentafsirkan ia sebagai warna yang ceria dan mengembalikan tenaga.

Sebenarnya hari ni saya takdelah ceria mana. Biasa2 aje. hehe. Kadang-kadang pagi ni saya rasa seperti terhuyung-hayang sikit. Sebab gempa bumi ke? huhu.

Malam tadi lepas Isya' mak jemput jiran-jiran datang makan-makan di rumah. Seronok bila dapat berkumpul sama-sama. Eratkan silaturrahim tujuan utama. Tapi boleh bayangkan, kami berdua balik dari kerja jam 630 petang, singgah kejap di Giant beli barang dapur, dan sampai di rumah jam 715 malam. Mak decide nak masak kuah kacang dan bihun goreng. Saya tak mau cerita macam mana kami berdua bersilat dalam tempoh 2-3 jam tu. Masak, kemas rumah, susun pinggan mangkuk. Tu belum masuk nak mandi, solat lagi. Bahan-bahan nak masak pun time tu jugak baru nak kupas, potong, blender. Ini plan last minit, ayah saya b'kerja di luar minggu ni, cuma malam tadi dia akan berada di rumah, sebab tu mak pulun juga nak jemput jiran-jiran. Alhamdulillah. Kami masak dengan penuh kasih sayang. haha. Silaturrahim adalah sesuatu yang manis bukan? :)

....................................

Ok. Di bawah ni entry selingan :)


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.



**Entry di atas saya ambil dari sinun :)

.................................


p/s: rasa-rasanya bila orang ni nak jemput saya ke 'rumah' barunya :(



7 footstep(s):

wa-a said...

besnyeeee bersilat berdua dengan mak kat dapur.heh.saya baru seminggu tinggal rumah dah rindu momen2 macam ni.haih laa.

btw,tengssss kak ain utk kad raya vas gedabas tu.serius, terjuling jap tgk not merah yg menyelit skali.belek-belek cari alamat tp xjumpe..nak alamat kak!

nur'ain said...

alhamdulillah sampai. legaa akak ni dik:D

nak bls ke. tkyh susah2.. belajar rajin2 k :)

CAHAYA MATA said...

wahhh..
terkasima baca entrie selingan tuu.. emmm.. ITU LAH CINTA yang sukar difahami tp selalu dekat dlm hati..

ehh..dik'ain pun dilanda "bunga-bunga cinta" ke..? ehekk ehekk.. ;-p

nur'ain said...

CM > hehe. akak mmg pakar bab2 cinta nih. sy copy and paste aje :D

CJ said...

syyhhh.. hehe

CJ said...

ops.. nanti aku jemput awk dlm umah baru ye. awk pastinya yg pertama aku jemput. buat masa nih, tadek umah baru lg. sdg cari2 tapak. haha

nur'ain said...

Jemput sy tau.

:D