Sebenarnya dragon ball ade 7 bijik semuanya
Malam itu, jalan-jalan kat Pantai Lidor. Berselisih dengan satu kumpulan remaja. Tapi cuma lihat seimbas lalu. Tak mahu main mata. hehe. Tiba-tiba, "Cikgu!" Saya terasa panggilan itu untuk saya. Bila saya toleh, seorang remaja lelaki tersengih dan lambaikan tangan. Saya agak rabun jauh dan tak dapat kenal pasti individu itu. Bila dia datang dekat, saya kata "Oh awak.." Dia kata, "Cikgu, lepak sama jom. Lama tak jumpa." Saya kata, "Jom. Awak nak lepak sampai pagi kan? Temankan saya solat isyak dulu." Dia jawab, "Ala cikgu niii.....kalau taknak cakap je laa..dari dulu suka perli saya.." Saya pula yang tersengih. Dalam hati saya jawab, "Tau la pulak budak nih." (Sebenarnya saya pernah mengajar kelasnya semasa praktikal dulu)
Setelah hampir 2 bulan tak jenguk keluarga di KL, malam khamis lalu, lepas ujian Complex Variable, saya bergegas ke stesen bas. Saya dapat tiket pukul 11 malam. Saya cuma bawa beg sandang dengan isi kandungannya sensored. hee. Di Sri Putri, sambil tunggu bas tiba, saya terlihat seorang lelaki omputeh dengan beg yang banyak dan pelbagai saiz, susah payah turun dari bas. Seperti biasa, seorang driver teksi di situ melihat ada bisnes di depan mata dengan segera menerpa ke arah lelaki itu untuk menawarkan penghantaran. Kelihatannya lelaki itu setuju. Tapi yang janggalnya bila lelaki itu dibiarkan terkontang kanting membawa barang-barangnya sedangkan driver itu menonong ke arah teksi. Saya tersengih. Dalam hati saya kata, "Driver itu tak pandai ambil hati penumpang..." (Sebenarnya saya juga kurang pandai mengambil hati...kenapa ya. Kaku kah saya...??)
8 footstep(s):
pantai lido? emm... dah jadi kenangan silam hidup saya... dah lama x jejak kaki ke sana...
wahh palie..jiwang2 gitu. hehe.
teringin le nak pergi pantai lidor nih.. pantai ni kt mana eh?
hehe.. teruknya tak tau. :)
saya pun tak reti amik hati...tapi selalu jatuh hati :D
dik 'ain..
nak ambil hati orang kena minta izin..ok...hehehe...
(windu entrie2 dik 'ain...)
wah! 2 bulan x balik tu! mesti bz sgt2 ni.. hehe..
cikgu ~ cekgu memang..! hehe
13may ~ May memang! hehee
Kak bintang ~ Ohh. ambil hati dengan mintak izin ye kak? windu jugak..^_~
so'od ~ aduhh..pandai awk! hehe
jiwang? erk.. xde laa.. biasa2 jer..
Post a Comment