One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Lailahaillallah

........................

Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan Baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia, Saifudin, mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermula satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab (halangan) masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi...


HIJAB SANG PENCINTA adalah pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Ia sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Awang Ramlee Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri yang menghayatinya.

.................



huiiiii sapa kata ini novel romantikus...sapa kata saya tak suka thriller... sapa kata saya jiwang2.... sapa kata.... sapa.... hakhak. mengong jap :D

Buat kalian yang gemarkan cerita2 seperti Lord of The Ring dan yang seangkatan dengannya, novel ini juga pasti (dengan izin ALLAH) akan membuatkan mata anda buntang, hati anda berdebarrrr..... hehe over. Tapi ini kenyataan :)

Olahan cerita yang seimbang..tersusun kemas tanpa mengabaikan ke'thriller'an nya..penceritaan dari sudut Islamik buat novel ni lebih menusuk dalam hati. InsyaALLAH penuh dengan pengisian rohani. Cair hati saya yang beku tanpa peringatan atau tazkirah yang susah bebeno saya nak perolehi kebelakangan ni. Saya gemarkan pengisian sebegini..serampang dua mata.. Saya suka baca tentang sejarah2 Islam.. hikmah yang terdapat di dalamnya mudah masuk ke dalam hati saya melalui penceritaan :D

"Iblis mendiami hati yang lalai, tempat maksiat, dan tempat kotor.. Keluarganya terdiri daripada kalangan jin, syaitan dan Taghut. Makhluk terkutuk ini bercita-cita hendak memesong dan mengkafirkan semua umat manusia. Maka... berlindunglah pada ALLAH setiap masa. Usah biarkan hati kita lalai dari mengingati DIA. Iblis gentar pada hati-hati yang selalu mengingati Tuhan yang satu. Lailahaillallah" - Laksamana Sunan

12 footstep(s):

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

abad 21? hoh...

wajib try baca neh!

pinjam...

Anonymous said...

erk.. mcm best aje. tapi minat membaca aku dh sikit merudum skrg nih. hehe

insyallah ain, moga2 awk dpt suami yg beriman, soleh dn berkerjaya. hik hik :)

en_me said...

wah, dah lamer me tak bacer novellls.. ahaks

nanonano said...

ingatkan crita yg direka2 cm hr tu..
pastu tergantung tgh jln..
grrr..

nur'ain said...

ajai,
nak pinjam. bak sini doploh ringgit. sy belikan terus tuk awk. hakhak

cj,
hehe sy pon same kebelakangan ni merudum abis minat tu. tapi skrg sdg musim pemulihan..hikhik

baca cj, sesuai ngn cj i'ALLAH :D

en_me,
hehe. klu gitu sy syorkan me baca novel ni. gerenti tak menyesal. (i'ALLAH) hikhik

nano,
err...nano..marahnye die.

larikkk!

hikhik

AinNur Haris said...

emm..selama ni akak anggap karya Ramli Awang Murshid adalah karya utk org2 dewasa dan matang... akak selalu jg merasakan akak tak cukup piawaian utk mengerti dan menikmati hasil karya beliau..

tapi...dik 'ain baca novel Ramli Awang Murshid...???? usyhhh... tercabar ni.. tercabar...

hehehehehehe...

~ enjoy your reading yupp ~

nur'ain said...

salam kak..^_^

hikhik. cubalah kak baca novel tu ngn siri sebelumnya. best tau. tak rugi. i'ALLAH sesuai dengan jiwa akak jgk. kita kan sama.

^_^

saudagar gaRAM.. said...

gua suka baca..

dragon ball..
dragon quest..





tapi tu dulu..
ehh..tu bukan novel ke?

Brader Black said...

Best ke saifudin?


Best lagi Gimbaran.

ngahahahah!

nur'ain said...

SG,
dude, itu mungkin taraf novel utk lu. ahahaks :p

suparjo,
parjo!! apakah??!

da baca ke. sangat kagum! gimi5. hakhak

Anonymous said...

salam ain :)
stp kali saya mengulang baca trilogi tersebut..rajen la saya dok berangan Laksamana Sunan..kan sronok jika bakal suami spt dia?:p ehehe:p
w'pun novel ni hanyalah fiksyen tp saya baca mcm novel ni betul bdasarkan crta benar..

nur'ain said...

snm, salam..^_^

eheheh. betul tu. terasa real. wpun hanya rekaan, peribadinya masih boleh dicontohi..

Apapun nabi kita tetap no 1. hikhik