One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Tugas Pertama Cinta?

Salam...^_^

hikhik saya sedang gumbira. taraaa.....tengok nih saya beli apa smlm.. lalalala~



Senyum lebar tak hengat bila sempat mencilok cari novel2 tu kat Giant Permata malam tadi. Tapi saya lom baca lagi. Selak-selak je. Excited sangat. Tak bleh camtu. Nanti lari feel. Saya kena tunggu meter excited tup reda cket baru leh baca. Bagi cool~ hikhik.

Tadi saya jalan-jalan kat alam maya. Terjumpa satu kedai buku on-line. Pstu survey harga dia. Hmm sumer harga turun 10% termasuk novel kat atas nun. Sedikit frust gaks. Tapi saya rasa mesti ada bayaran tuk pos kan. alaaa mesti jadi lagi mahal kann. hehe.

Sementara menunggu meter turun, saya selak2 majalah SOLUSI yang saya beli hari tu. hmm saya nak wat sedikit ulasan tentang satu kolum dalam tu tentang cinta. hehe kolum jiwang? Saya bukan nak berjiwang-jiwang. Tapi ilmu ni beb.. Lambat laun cinta akan hadir gak dalam hidup kita. Waktu tu jangan baru nak nyesal bila cinta ada problem.

Pernah tak u'ols hadapi satu situasi dimana satu masalah timbul akibat masalah komunikasi. Tak kiralah dengan kawan ke. orang-orang atasan ke. ibu bapa ke. adik badik ke. of kos la saya penah. Kebanyakkan masalah timbul akibat dari tersalah skill komunikasi. Besar tau pengaruh dia. Silap hari bulan boleh perang besar dengan orang2 di sekeliling kita.

Jadi, apa kaitan komunikasi dengan aktiviti harian kita? Saya amik sedutan dari apa yang diulas oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam majalah tu.

Manusia perlu didengar cakap dan suara hatinya sepertimana dia perlukan makanan. Tanpa makanan, badan tidak akan sihat dan bertenaga. Maka begitulah juga manusia yang cakapnya tidak didengar, jiwa dan perasaannya akan sakit dan terdera. Kekasih yang baik ialah ialah seorang pendengar yang baik. Soalnya bila kali terakhir kita menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita?

Suami dan isteri yang baik akan menjadi pendengar yang baik kepada cerita, berita, luahan rasa pasangannya. Walaupun mungkin yang diperkatakan itu sudah berkali-kali dan kerap kali 'diulang-tayang'..

Beza antara 'Hearing' dan 'Listening'

Mendengar bukan sekadar dengan telinga. Besar bezanya antara hearing dan listening. Hearing ialah dengan telinga Listening ialah dengan mata dan jiwa.

Kita tidak hanya menajamkan telinga, tetapi kita memberi hubungan mata dan percantuman jiwa apabila mendengar kata-kata pasangan kita. Jangan cepat membalas. Jangan segera menyampuk. Tapi cukuplah dengan mendengar... dan terus mendengar.

Mata kita tumpukan ke matanya. Palingkan seluruh badan menghadapnya. Bukankah itu cara Rasullullah s.a.w apabila mendengar orang lain bercakap dengannya?

Ada satu lagi ayat beliau yang saya nak catat kat sini. Beliau mengatakan hanya orang yang sombong dan ego saja yang tidak suka mendengar dengan mata dan jiwa dari insan lain..


hm.. saya nak muhasabah diri jap ^_^

**psstt.....kacang botor dan kacang bende ai baru betunas...hi hi hi suka...~

11 footstep(s):

Brader Black said...

Nanti nak pinjam eh buku Kang Abik tu.

Nak gak jiwang2.

he he.

en_me said...

bestnyerr baca novell.. kannns

nanonano said...

xpe xpe
bace smpai abes dlu..
dah settle..
bg ai pinjam lak..
ngeee :p

AinNur Haris said...

"..Manusia perlu didengar cakap dan suara hatinya sepertimana dia perlukan makanan. Tanpa makanan, badan tidak akan sihat dan bertenaga. Maka begitulah juga manusia yang cakapnya tidak didengar, jiwa dan perasaannya akan sakit dan terdera.."

akak setuju dgn penyataan di atas.. sangat setuju..!!

tapi..sayangnya manusia selalu hanya ingin didengari tapi tidak mahu berusaha utk mendengar... hukk hukkk... :-(

nur'ain said...

parjo,
heheheh. seram plk ai u nak jiwang2 ni parjo.

nak pinjam..? bolehh...^_~

en_me,
salam dude! ^_^

memang best. rase duk melayang ke alam lain. hehe

nano,
sempat ke baca nobel nano oit...bizi sokmo ngn projek die. hikhik

cahaya mata,
salam kak..^_^

huhu memang betul kak.
.
.
.
lari utk muhasabah diri jap.
hikhik

Anonymous said...

kalau aku bercakap dpn laptop nih. adakah kau sedia mendengar ain?.. hehe

bercakap dgn pokok2 sayur juga satu terapi yg berkesan. tp jgn sampai ada org lain perasan. :P

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

apekah cik ain kite sedang dilanda musim jiwangnye ketika ini?

ooh, menggatal adalah daerah kat Sabah!

nur'ain said...

cj,
sy sudi cj..hakhak

tu la. alhmdllh tunas tu dah timbul. klu idak, bsembg ngn tanah je la jwbnye.

ajai,
jiwa kami org pompuan ni, masuk jamban pon leh jiwang lg tau!

chekgu Bani Hassim said...

pompuan suke kan bace buku2 cite gitu...
melayan perasaan, pastu nangis...
emosi nye...

chekgu Bani Hassim said...

tpi buku2 gini mcm real je kan citenye???

nur'ain said...

cekguBH,
huiii...cuba baca dulu cekgu oiit
saya jamin hati cekgu pon tsentuh

hekhek