One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Kesihatan hati juga perlu dibelai manja (dijaga)

Tubuh manusia ada kalanya dijangkiti penyakit. Yang dikatakan seseorang itu sakit adalah apabila keadaan tubuh berasa tidak normal, iaitu berasa tidak selesa.
[ Ah! rupanya kini saya sedang sakit. oooohhh.... ]

Penyakit hati juga penyakit manusia.. Sebenarnya ia penyakit yang paling teruk melanda umat manusia berbanding dengan AIDS, Breast Cancer dan sebagainya. Contoh penyakit hati adalah penyakit kejahilan, penyakit syubhat, penyakit syahwat, dan sebagainya. Jenis-jenis penyakit ini bersifat rohani dan ia akan diterjemahkan melalui perlakuan kita tanpa kita sedari. Sangat merbahaya. Penyakit-penyakit itu tidak mampu disembuhkan dengan ubatan tabii doktor. Jadi, bagaimana nak menghapuskan penyakit hati tu?


Ubat dan Penawar Penyakit Hati


Gelisah dan Sedih
Perasaan gelisah, sedih dan kecil hati tidak dinafikan ianya menyakitkan hati. Ubatnya adalah berusaha menenangkan fikiran dengan mendekatkan diri kepada ALLAH, banyakkan berzikir, sehingga akan lahir ketenangan, perasaan gembira, suka ria dan besar hati menerima kekurangan diri dan insan lain.
Sebaliknya, jika kita menggunakan cara yang salah dan batil, bukan sahaja tidak dapat sembuh, bahkan semakin banyak penyakit yang berjangkit kerananya.

[ Saya memang tak mampu lari dari penyakit ni. Aduh..jika dilayan memang betul-betul menjadi. Harus dilawan! ]

Ragu-ragu
Orang yang kerap berasa bimbang dan ragu-ragu terhadap sesuatu di dalam hatinya, akan sentiasa sakit sehinggalah kebimbangan tersebut hilang. ketika seseorang dilanda kebimbangan; ibarat keadaan suhu orang yang sedang naik menjadi panas, sehingga ia memerlukan pendingin yang boleh menyejukkannnya iaitu embun hidayah keyakinan yang benar. Itulah dia tauhid dan hidayah yang boleh melapangkan dada dan menunjukkan jalan kebenaran.

[ Ni pon penyakit saya gak. adeh banyak betul penyakit dia ]

Cinta dan Rindu
Cara ubatinya? Nikah ^_^
Kalau belum mampu nikah, cara mengubatinya sama seperti penyakit gelisah dan sedih di atas.

[ Yang ini pulak saya no komen. Mungkin saya sedang tawar hati kot. Biasanya menggatal je budak ain nih ]

Kejahilan
Kejahilan dan kebodohan harus diubati dengan mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat. Sesetengah orang mempelajari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat dan beranggapan ia mampu mengubati kejahilan.. Penyakit jahil bukan boleh diubati dengan sebarangan ilmu, silap langkah sumbang jadinya. Ia hanya akan menambah rasa sakit yang tersembunyi dalam hati itu sendiri.

Oh ya. Ada dengar isu senaman yoga? Saya cuma sempat ikut sipi-sipi jek. Dengar radio dalam kereta. Dan baca akhbar sekali-sekala. Saya sendiri bukan pengamal yoga, dan tak tahu menahu pasal mantera yang digunakan di dalamnya. Saya kira amalan seperti solat, zikir, baca Al-Quran, sudah cukup untuk umat Islam mendapat keharmonian jiwa.. wallahua'lam.

Jadi, yang boleh menyembuh penyakit jahil itu hanya ilmu yang bermanfaat sahaja. Seperti ilmu yang menyentuh persoalan iman, keyakinan dan takwa kepada Allah, pembalasan buruk baik dan yang berkaitan dengan balasan syurga dan neraka di akhirat kelak.

[ Saya mesti pupuk diri untuk memperbaiki cara saya menghilangkan penyakit dalam hati saya nih.. Bila salah cara yang saya pilih, hati saya biasanya jadi lebih parah. Saya mahu jadi wanita yang memiliki hati yang baik dan perasaan yang positif iaitu perasaan yang gembira, bersemangat, ghairah, seronok, ceria, yakin, baik sangka dan optimis terhadap semua perkara. ]



Sumber  >> SOLUSI (Telaga Biru) dan tambahan dari kepala otak cik'ain

10 footstep(s):

Azwani Shaari said...

owhhh.. saya adalah berpenyakit cinta dan rindu.. nak kawen, tp belum tiba masanya.. uhukkk..uhukk

KaSiH said...

akak pun ada penyakit jugak...mcm susah nk baik je...hurm...

puterikurekure said...

kite ni asik berpenyakit demam je. dah masuk hari ke-4, tak sembuh2 lagi. alang yang dah elok demam pon, tetiba demam balek.

huhuhu~

CAHAYA MATA said...

dik 'ain chomel..

"Saya mahu jadi wanita yang memiliki hati yang baik dan perasaan yang positif iaitu perasaan yang gembira, bersemangat, ghairah, seronok, ceria, yakin, baik sangka dan optimis terhadap semua perkara.."

akak pun nak jadi wanita yg macam tu..tapi bab GHAIRAH tuuu..akak tak pasti plak.. dik'ain leh explain tak..(jangan bagi cikgu jawe salah faham plak nanti...) ehekk ehekkk... ;-p

cikgu jawe said...

cahaya mata >> ghairah tu ape? nama buah2an ke? inesen nih. :))

aku juga berdoa agar awk jd wanita yg sentiasa positif dn berinspirasi.. hehe. skema!.

ubat rindu itu nikah ye. baru tahuuuu.. hikhik.

nur'ain lǝɯoɔ said...

kak wani,
ahaks. pewit!
i'ALLAH kak, tepat masa dan ketikanya,
pakai baju nikah lah akak ngn dia.
hehe ^_^

kasih,
hurmm...penyakit apa tu kak.
i"ALLAH setiap penyakit ada ubatnya.
mgkn juga ujian utk akak, ikhtiarkan ubatnya ok

puterikurekure,
huhu demam 4 hari tu kak intan..lame.
itu kena ty doktor..bukan ty incet alang..
jumpa doktor ok. kot-kot ade baby
hehe. :D

kak cahaya,
hikhik.
Ghairah tu.. err...err..

Ghairah (bersemangat dan berkeinginan tinggi) untuk semuanya...!

cj,
hehe. cuba cj ty akak, ghairah tu apakah :D

ye. tp itu untuk pasangan yang belum berkahwin saje. kalo cj rindu sy itu citer lain.
ekekekekek

cikgu jawe said...

ekekeke.. kan kita blm kawen.. ops! ngeeeeee...

nyorok atas pokok kelapa :))

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

dilahirkan dalam keturunan pendekar (kendur) seperti saya, org2 tua kat kg selalu berpesan:

"Kalo tetiba rasa nak marah, cecepat ambik wuduk... alang2 dah amek wuduk, pi laa semayang sekali... pastu tgk ape jadi... org2 muda zaman skang nih jahil ilmu... perkara yg mudah2 pun tak reti2 jugak nak tanye org2 tua..."

penyakit hati neh mmg satu penyakit yg hakiki tapi bukan tak boleh diubati...

penyakit syahwat? err err...

13may said...

waaa....kena nikah rupanya... :D

nur'ain lǝɯoɔ said...

cj, turun dari pokok pisang tu skarang..!

ajai, ye betui. amik wuduk. cuba ingat tuhan banyak2. penyakit syahwat pon gitu tau.

may, nikah cepat ok. pstu jgn lupe jemput.