One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Mulakan harimu dengan kasih sayang

Jika kamu inginkan kebahagiaan, ketenangan, aman dan tenteram, maka mulakanlah hari-harimu dengan kasih sayang. Janganlah kamu mengeruhkan hari-harimu dengan kebencian dan dendam.

Ketika kamu bangun tidur, berazamlah untuk memulakan hari-harimu dengan kasih sayang dan ingatkanlah dirimu dengan azam itu supaya kamu menjadi orang yang penyayang dalam setiap urusan.

Jadikanlah setiap tindakan dan pilihanmu itu bersumber daripada keputusanmu bahawa kamu adalah seorang yang penyayang, sabar, lembut dan ramah.

pssst.. saya sebenarnya terharu melihat bagaimana emak melayan nenek saya yang tidak sihat. Kasih sayang sangat jelas ditunjukkan emak. Saya tertanya-tanya jika saya mampu bertindak seperti itu. Saya berdoa supaya hati saya sentiasa penuh dengan kasih sayang.

Oleh itu, ada sesiapa nak berkasih sayang dengan saya? ekekekek :))

5 footstep(s):

CJ said...

saya! saya! saya!

abes le spekulasi lagi. cahaya mata jgn bulat mata eh.. :))

ekekekeke..

insyallah, jgn tunggu mak bapa kita jd tua, skrg pun blh tunjuk kasih sayang kt mrk kan.

Indrasakty said...

Saya juga!

nur'ain said...

cj - betul! :D cuma kadang2 saya terlalu ego. jahat kan saya.

indrasakty - hehe. pissss >_<

saudagar gaRAM.. said...

lu kasihkan gua juga ke?


errrr.....
risau.

hahahahhaha...

CJ said...

kdg2, rasa sayang dr perbuatan lbh bernilai dr ungkapan.

kata2 cuma penenang rasa. tp yang lahir dr hati tu yg terjemah dgn tindakan.

tp ada lbh penting lg. biar lah rasa kasih dn sayang dtg dr iman. iman yg bersinar terang, lalu memancar ke dalam hati orang lain.

:)