One family at home~


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Pregnancy tickers

Monolog dengan HATI




Wahai HATI..
Dengarlah bicaraku..

Mahukah kau menjadi sekeping hati yang ditarbiah
Mahukah kau jadi penyebab kepada halusnya peribadi
Mahukah kau kepada kebahagiaan, ketenangan, dan kemenangan
Mahukah kau kepada cinta sejati idamanmu
Mahukah kau menjadi seperti HATI Khadijah?..

Duhai HATI
Dengarlah bisikan AKAL
Ia telah banyak menyimpan bukti kekuasaan Ilahi
Rendahkan dirimu agar kau menjadi mulia
Jauhkanlah EGO darimu
Kerana kau hanya akan bersinar bila tanpanya...

Wahai HATI..
Halusilah cita-citaku
Sungguh aku tak mahu selamanya terumbang ambing di sini
Aku hanya perlu pada sekeping HATI yang bisa buatku teguh
Aku kasih padamu HATI..
Sangat indah penciptaanmu..

Ya Tuhanku..
Kasihanilah HATIku
Aku mengerti dirinya
Sesungguhnya ia mencintai kebaikan
Bimbinglah ia
Ku pohon dariMu yang MULIA..
Ku rela sujud padaMu yang AGUNG..

5 footstep(s):

Faizal Rahman said...

Selamat hari raya maaf zahir batin..

CAHAYA MATA said...

wahhh..!! sajak dik'ain buat sendiri..?? emm..menarik..dan tersentuh.. :)

dik'ain..raya nanti datang batu pahat ehh.. (^,~)

13may said...

Dam dam dum...bunyi mercun

Selamat hari raya :)

CJ said...

wahai hati, dengarkan bisikan suci dr kalam illahi. tunduklah pada kebenaran, teguh pada keimanan dan kental menongkah arus kebatilan.

slmt hari raya ain. ;)

Si Kachak Suparjo said...

Che'gu,
bagi aku duit raya la.

Musti ko extra cun nanti.
ha ha.

Slamat hari reyerrr!!